S y a r i a h & Law in MALAYSIA – Version 2.0 -

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

  • Sumbangan Artikel

    Saya mengalu-alukan kepada semua pengunjung laman web ini untuk menyumbangkan sebarang artikel ilmiah berkaitan Undang-undang Syariah di Malaysia. Sila hantar artikel kepada email saya syafiqe@gmail.com. Sila tulis nama penuh anda berserta jawatan atau penuntut di institusi mana sekiranya ada.
  • KEMUKAKAN KEMUSYKILAN ANDA

    Sebarang pertanyaan berkaitan isu-isu melibatkan perundangan dan pentadbiran Islam di Malaysia samaada undang-undang keluarga Islam, Jenayah Islam, Perbankan dan Kewangan Islam dan sebagainya boleh kemukakan persoalan di bahagian "KEMUKAKAN PERSOALAN ANDA". Hanya soalan yang terpilih sahaja akan disiarkan.
  • UNDIAN

  • BLOG STATS

    • 76,583 pengunjung
  • web stats
  • Subscribe

[CALL FOR PAPERS] INTERNATIONAL CONFERENCE ON RESEARCH IN ISLAMIC LAWS (ICRIL 09) 2009/1430H

Posted by syafiqe on November 19, 2008

Posted in MAIN PAGE | Leave a Comment »

MAKLUMAN

Posted by syafiqe on November 19, 2008

SAYA INGIN MEMAKLUMKAN KEPADA PENGUNJUNG LAMAN WEB INI YANG ADA MENGHANTAR SOALAN KEPADA SAYA, SEKIRANYA SAYA LEWAT UNTUK MEMBERI RESPON TERHADAP PERSOALAN ANDA, SAYA INGIN MEMOHON MAAF. INI DISEBABKAN KEKANGAN MASA MENYEBABKAN SAYA LEWAT UNTUK MEMBERI RESPON. TERIMA KASIH

Posted in MAIN PAGE | Comments Off

Hakim syariah tak terikat mahkamah lebih tinggi

Posted by syafiqe on January 31, 2009

DI mahkamah sivil, doktrin duluan mengikat atau lebih terkenal di kalangan peguam sebagai stare decisis adalah suatu kaedah di mana prinsip keputusan sesebuah mahkamah yang lebih tinggi terpaksa diikuti oleh mahkamah bawahan tanpa mengambil kira keputusan betul atau sebaliknya. Doktrin ini bertujuan memastikan keseragaman keputusan mahkamah. Ia juga bagi menjamin mahkamah bawahan mengikuti keputusan mahkamah atasan.

Realitinya memang banyak kes di mana mahkamah bawahan tidak mengikuti prinsip ini secara harfiah dengan memberi pelbagai alasan termasuk membezakan kes mahkamah bawahan itu dengan kes diputuskan mahkamah yang lebih tinggi.

Sebagai seorang dilatih dalam bidang guaman sivil dan syariah, saya berasa terpanggil untuk memberi sedikit pandangan terhadap isu ini dan membuat perbandingan apa yang berlaku di mahkamah syariah untuk tatapan pembaca.

Prinsip stare decisis ini sebenarnya tidak terpakai di mahkamah syariah. Tiada doktrin duluan mengikat yang diamalkan di mahkamah syariah. Namun dalam membuat sebarang keputusan di mahkamah syariah, hakim mahkamah bawahan perlu menghormati prinsip kes diputuskan mahkamah yang lebih tinggi.

Tahap penghormatan ini pula tidaklah sampai mengikat mereka membuat keputusan. Penghakiman mahkamah yang lebih tinggi mempunyai nilai mempengaruhi keputusan mahkamah bawahan saja.

Read the rest of this entry »

Posted in ARTIKEL PGSM | Leave a Comment »

Keputusan keluar fatwa perlu fakta, hujah tepat

Posted by syafiqe on January 26, 2009

Petikan BERITA HARIAN

MEMBUAT keputusan untuk menentukan status sesuatu perkara atau menghasilkan fatwa mengenai isu membabitkan umat Islam bukan perkara mudah, sebaliknya ia memerlukan kajian yang kadang kala memakan masa agak lama.

Setiap keputusan perlu disokong oleh fakta dan hujah yang tepat supaya dapat menjawab sebarang persoalan yang mungkin timbul apabila hasil kajian itu dibincangkan untuk mendapat satu kata putus yang tepat serta boleh diterima umum.

Di sinilah Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memainkan peranan penting menghasilkan penyelidikan serta hasil kajian berkualiti dan tepat bagi tujuan perancangan, seterusnya pelaksanaan yang berkesan bagi isu berkaitan Islam di negara ini.

Bahagian Penyelidikan Jakim yang ditubuhkan pada Mac 1971 dikenali dengan nama Pusat Penyelidikan Islam adalah hasil persetujuan yang dicapai dalam Persidangan Islam SeMalaysia bertujuan mewujudkan pengurusan berkesan pada peringkat Persekutuan dan negeri.

Matlamat jangka panjang penubuhan pusat berkenaan ialah sebagai sumber rujukan berwibawa yang mempunyai maklumat berkualiti apabila timbul masalah membabitkan umat Islam berkaitan akidah, syariah, muamalat dan sosial.

Read the rest of this entry »

Posted in Isu Perundangan | Leave a Comment »

[BERSAMA PGSM] Polemik isu hudud wajar diselesai secara ilmiah

Posted by syafiqe on January 15, 2009

BARU-BARU ini beberapa tokoh politik pembangkang dan kerajaan berpolemik mengenai hukum hudud di negara ini. Pengerusi DAP, Karpal Singh, dilaporkan sebagai berkata, pelaksanaan hukum hudud melanggar Perlembagaan Persekutuan. Ia disokong pula Ketua Biro Penerangan dan Komunikasi MCA, Lee Wei Kiat.

Polemik itu tercetus kerana kenyataan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang berkata orang bukan Islam tidak perlu gentar dengan hukum hudud kerana ia hanya terpakai kepada orang Islam.

Apabila timbul persoalan sebegini biasanya akan timbul pula persoalan sifat Perlembagaan Persekutuan itu sendiri sama ada sekular ataupun Islamik. Namun, kepemimpinan MCA mempertikaikan kesahihan negara Islam ini dengan mengutarakan laporan Suruhanjaya Reid dan keputusan Mahkamah Agong mengatakan Perlembagaan Persekutuan adalah bersifat sekular.

Read the rest of this entry »

Posted in ARTIKEL PGSM | Leave a Comment »

[BERSAMA PGSM] Pembinaan sahsiah, peribadi ciri modal insan Islam

Posted by syafiqe on January 10, 2009

SERING kali ramai menyalahkan Islam apabila berlaku sesuatu perkara tidak baik. Mereka mengatakan Islam menindas dan menghalang pembangunan. Malah, ada juga mengatakan jika mengamalkan Islam, kita tidak akan maju, tidak berakhlak dan sebagainya.

Mereka ini sebenarnya gagal melihat keindahan Islam kerana tidak mengamalkan agama Islam sebagai tata kehidupan.

Sebagai sebuah tatacara yang mengawal kehidupan seharian, Islam menggariskan panduan lengkap, sistematik dan tersusun supaya kehidupan manusia tidak tersasar daripada matlamat mencari keredaan Allah serta ibadah kepada Pencipta.

Islam menekankan pembangunan modal insan berasaskan kepada ciri pembinaan sahsiah dan keperibadian Muslim. Ini kerana manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah dan khalifah yang diberi kelebihan serta kekuatan ilmu.

Keunggulan keperibadian manusia hendaklah disulami dengan akhlak mulia, ilmu pengetahuan berpaksikan kepada keesaan Allah dan ketakwaan kepada-Nya. Inilah sebabnya Islam mengambil berat peranan moral atau akhlak dalam pembentukan sahsiah diri.

Namun, apa yang menyedihkan sekarang ini, kita melihat umat Islam tidak menjadi contoh kepada orang lain. Umat Islam tidak memiliki akhlak mulia atau menjadi idola kepada orang lain. Lebih dahsyat lagi, umat Islam ketinggalan dalam kebanyakan bidang kerana meninggalkan agama dalam kehidupan mereka.

Read the rest of this entry »

Posted in Isu Perundangan | Leave a Comment »

MEMPERKASAKAN KONTRAK SOSIAL : ANTARA CABARAN DAN HARAPAN

Posted by syafiqe on January 4, 2009

Oleh:

Mohamad Syafiqe bin Abdul Rahim

Negara kita merupakan negara yang terdapat pelbagai kaum atau etnik yang hidup harmoni. Ia adalah unik kerana walaupun penduduknya terdiri daripada berbilang etnik namun konflik antara kaum jarang berlaku. Jika berlaku tidaklah sehingga menghancurkan negara.

Di antara masalah utama ke arah kemerdekaan ialah masalah perpaduan. Ia berkait rapat dengan kepelbagaian keturunan, budaya, bahasa dan agama. Setiap kaum mahukan bahasa ibundanya dijadikan bahasa kebangsaan. Di samping itu, kaum-kaum lain berasa bimbang apabila orang Melayu mahukan agama Islam dijadikan agama rasmi. Sementara itu orang bukan Melayu menuntut supaya mereka diberikan kerakyatan.

Sebaliknya orang Melayu mempersoalkannya. Masalah ini bukan disebabkan oleh sikap kaum-kaum yang ada di tanah Melayu tetap hasil daripada dasar pecah dan perintah Inggeris yang mengasingkan mereka dari segi tempat tinggal dan bidang ekonomi. Ini menyebabkan mereka kurang berinteraksi, akhirnya mewujudkan jurang perbezaan dan menjejaskan perpaduan. [Nazaruddin Mohd Jalil, 2001]

Kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC.

Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara.

Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini. [Mohamed Jauhar Hassan, 1996]

Read the rest of this entry »

Posted in Isu Semasa | Leave a Comment »

Metode Pungutan Zakat Zaman Rasullulah dan Para Sahabat

Posted by syafiqe on December 10, 2008

Artikel ini akan menjelaskan secara ringkas tentang metode pungutan zakat ketika zaman Rasullulah dan para sahabat. Menurut S.M Hasanuz Zaman, perintah zakat telah dikuatkuasakan oleh Rasullulah s.a.w dengan pengutusan para sahabat sebagai pegawai pemungut zakat[1]. Mereka diamanahkan untuk mengutip zakat di setiap rumah orang-orang Islam dan juga dihantar ke daerah naungan Islam di samping suku-suku kaum yang bertaburan di Semenanjung Arab. Baginda amat mementingkan pegawai-pegawai yang jujur, ikhlas dan amanah. Setiap pegawai dibekalkan dengan Kitab al-Sadaqah yang mengandungi garis panduan tentang zakat, cara penentuan dan aliran agihan zakat daripada orang kaya kepada orang miskin. Jelas, metode utama kutipan zakat ketika zaman Rasullulah ialah dengan mengutus utusan atau pengutip zakat kepada setiap jajahan takluk Islam dan juga kepada Kabilah di Semenanjung Arab. Walaubagaimanapun, Rasullulah s.a.w juga mengutus surat kepada sesuatu kaum  bersam pegawai pemungut zakatnya. Setiap surat yang dihantar menerangkan kewajipan berzakat dan kadarnya.

Zaman para sahabat tidak memperlihatkan sebarang perubahan ketara dalam metode atau kaedah pemungutan zakat cuma hanya berlaku perubahan dari segi bentuk sumber yang dikeluarkan zakat dan juga asnaf-asnaf yang dikenakan zakat. Namun hanya satu perubahan besar telah dilakukan dalam metode kutipan zakat iaitu ketika zaman Khalifah Uthman. Antara perubahan yang dilakukan ialah zakat terus dipotong daripada wang pencen gaji. Tindakan ini dilakukan dalam usaha untuk memperbanyakkan hasil zakat dan diagihkan kepada penerimanya denan lebih memuaskan.

Secara ringkasnya proses kutipan zakat ketika zaman Rasulullah dan para Sahabat hanya menumpukan dari konteks pungutan berorientasikan amil perseorangan. Mereka dilantik untuk membolehkan umat Islam membayar zakat kepada mereka  dan tidak ada satu metode pungutan yang berlainan sehinggalah pada zaman Khalifah Uthman yang memperkenalkan metode potongan zakat daripada wang pencen gaji. Perubahan demi perubahan terus dilakukan bagi memudahkan umat Islam membayar zakat secara lebih cepat dan mudah. Penubuhan amil korporat kini telah membolehkan institusi zakat lebih fleksibel dalam memikirkan kaedah metode pungutan zakat yang terkini selaras dengan kecanggihan teknologi dan kemudahan prasarana yang efektif.


[1] S.M. Hasanuz Zaman (1991), Economic Functions of an Islamic State (The Early Experience), Leicester:The Islamic Foundation, hal. 197

Posted in Isu Perundangan | Comments Off

[BERSAMA PGSM] Sensitiviti kaum bukan alasan halal penjualan arak

Posted by syafiqe on December 3, 2008

Oleh Zainul Rijal Abu Bakar

TINDAKAN Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak cadangan Pas Selangor untuk memperkenalkan peraturan membataskan penjualan arak berkuat kuasa Januari depan, amat dikesali. Alasan yang diberikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana menghormati sensitiviti berbilang kaum dan agama di negeri itu amatlah pelik dan tidak masuk akal.

Apa yang dicadangkan Pas Selangor hanya peraturan membabitkan orang Islam. Tidak langsung timbul masalah dengan masyarakat berbilang bangsa atau cubaan untuk melaksanakan undang-undang Islam terhadap bukan Islam.

Mereka bebas mengamalkan agama masing-masing. Ini juga menggambarkan keretakan dan keampuhan kerajaan diterajui PKR di negeri itu. Penulis tidak berhasrat menulis isu politik, tetapi secara objektifnya hanya menyentuh aspek perundangan dan hukum syarak yang menunjukkan betapa silapnya keputusan kerajaan negeri itu.

Seperti dinyatakan di atas, peraturan dicadangkan hanya dilaksanakan terhadap orang Islam dan isu berbilang kaum dan agama tidak harus diketengahkan. Sering kita berlindung di bawah sensitiviti ini bagi mengelak daripada mengamalkan Islam sebagai cara hidup. Namun, sebenarnya kita mengorbankan jati diri umat Islam serta menerjah keluar tatacara kehidupan yang dianjurkan Rasulullah. Tidakkah akhlak Rasulullah adalah terbaik dan tidak minum arak.

Read the rest of this entry »

Posted in Isu Perundangan | Leave a Comment »

[BERSAMA PGSM] Mempertikai fatwa usaha jatuh kredibiliti Islam

Posted by syafiqe on November 19, 2008

SEJAK kebelakangan ini pelbagai pihak dengan lantang mempertikaikan fatwa yang dibuat Majlis Fatwa Kebangsaan atau Majlis Fatwa Negeri-Negeri. Malah, hasrat Majlis Fatwa itu untuk membuat fatwa tertentu juga sering dicemuh dan diperlekehkan.

Ia terbukti apabila Majlis Fatwa Kebangsaan membuat ketetapan baru-baru ini yang mengharamkan pengkid iaitu wanita yang menyerupai lelaki sama ada dalam bentuk penampilan atau berpakaian. Begitu juga halnya apabila pengumuman dibuat bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengeluarkan fatwa mengenai hukum senaman yoga.

Pelbagai pihak termasuk institusi, orang perseorangan sama ada Islam atau bukan Islam memperkatakan mengenai tindakan Majlis Fatwa ini. Tindakan ini sebenarnya adalah kesinambungan usaha menjatuhkan kredibiliti Majlis Fatwa dan institusi Islam yang lain.

Ia berikutan Mahkamah Persekutuan membuat penghakiman bahawa institusi fatwa adalah sah di sisi Perlembagaan Persekutuan baru-baru ini dalam kes Sulaiman Takrib lawan kerajaan Terengganu dan Kahar Ahmad melawan kerajaan Selangor dan dua lagi. Keputusan sebulat suara Mahkamah Persekutuan, adalah mahkamah tertinggi dalam negara ini menjelaskan kedudukan fatwa di negara ini dan tidak perlu dipertikaikan lagi selepas itu.

Read the rest of this entry »

Posted in Isu Perundangan | Leave a Comment »