S y a r i a h & Law in MALAYSIA – Version 2.0 -

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

  • Sumbangan Artikel

    Saya mengalu-alukan kepada semua pengunjung laman web ini untuk menyumbangkan sebarang artikel ilmiah berkaitan Undang-undang Syariah di Malaysia. Sila hantar artikel kepada email saya syafiqe@gmail.com. Sila tulis nama penuh anda berserta jawatan atau penuntut di institusi mana sekiranya ada.
  • KEMUKAKAN KEMUSYKILAN ANDA

    Sebarang pertanyaan berkaitan isu-isu melibatkan perundangan dan pentadbiran Islam di Malaysia samaada undang-undang keluarga Islam, Jenayah Islam, Perbankan dan Kewangan Islam dan sebagainya boleh kemukakan persoalan di bahagian "KEMUKAKAN PERSOALAN ANDA". Hanya soalan yang terpilih sahaja akan disiarkan.
  • UNDIAN

  • BLOG STATS

    • 315,035 pengunjung
  • web stats
  • Subscribe

TRANSEKSUAL MENURUT PERSPEKTIF PERUNDANGAN DI MALAYSIA

Posted by syafiqe on March 19, 2008

 

 

 

 

Negara kita pernah digemparkan dengan keputusan sebuah kes di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka yang memutuskan bahawa perkahwinan sepasang “suami” dan isteri hendaklah difaraqkan kerana si “suami” merupakan seorang perempuan dan bukannya seorang lelaki. Ini merupakan satu misalan berkaitan isu transeksual yang berlaku di Malaysia. Namun jika dilihat senario “mak nyah” yang banyak berlaku kini, maka ia bolehlah dijadikan sebagai satu misalan yang cukup mudah.Transeksual bolehlah didefinisikan sebagai seseorang yang percaya bahawa dirinya tidak mewakili atau menggambarkan sifat jantinanya yang sebenar. Transvestite ialah orang yang mengamalkan “transvestism” yang ditakrifkan sebagai “the unnatural desire to wear the clothing of opposite sex” atau keinginan memakai pakaian berlainan dengan jantinanya. [Longman Dictionary of Contemporarry English (1978)]. Malah, golongan ini juga cenderung untuk melakukan pembedahan pertukaran jantina.
Perspektif Islam
Jika diperhatikan menurut perspektif Islam, adalah jelas perbuatan transeksual ini ditegah oleh Islam. Ini berdasarkan kepada beberapa petikan ayat al-Quran antaranya yang bermaksud “Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain daripada Allah, maka sesungguhnya rugilah dia dengan kerugian yang terang nyata…” [Surah al-Nisa' ayat 119].

Terdapat juga sebuah hadis yang bermaksud “Rasulullah melaknati lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki” [Hadith Riwayat al-Bukhari]. Adalah jelas bahawa berdasarkan dalil-dalil tersebut menunjukkan betapa Islam menolak sekeras-kerasnya amalan transeksual di kalangan umat manusia.

Perspektif Perundangan Di Malaysia

Menurut perundangan di Malaysia, status golongan transeksual masih lagi tidak jelas. Jika diperhatikan di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan ia menjelaskan berkaitan dengan kesamarataan semua orang di sisi undang-undang dan tidaklah boleh ada perbezaan oleh sebab agama, kaum, keturunan, tempat lahir atau jantina. Peruntukan ini menyebut “jantina” merujuk kepada perbezaan lelaki dan perempuan sahaja manakala golongan transeksual masih wujud ketidakjelasan daripada segi jantina. Ini termasuklah juga golongan khunsa yang tidak disebut secara jelas dalam peruntukan tersebut.

Sehingga kini, tiada satu peruntukan pun di dalam undang-undang yang mentakrifkan “lelaki” dan “perempuan”. Akta Tafsiran 1967, Seksyen 4(2) hanya menyatakan “Mana-mana perkataan dan perbahasan yang ditujukan kepada kaum lelaki termasuklah perempuan”. Walaubagaimanapun, perkataan yang ditujukan khusus kepada perempuan tidaklah pula termasuk dan meliputi lelaki.

Perlu diingat bahawa kebanyakan undang-undang di Malaysia membezakan antara lelaki dan perempuan berdasarkan kepada butir-butir peribadi yang tercatat dalam surat beranak atau kad pengenalan. Sebarang pertukaran nama pada kad pengenalan adalah dibolehkan namun apabila ia melibatkan pertukaran status jantina atau agama, maka ia akan melibatkan soal bidang kuasa perundangan yang perlu diputuskan oleh Mahkamah.

Jika dilihat status golongan transeksual menurut perundangan Islam di Malaysia pula, ternyata ianya merupakan satu kesalahan jenayah Syariah yang boleh dikenakan tindakan di Mahkamah Syariah. Semua negeri di Malaysia mempunyai beberapa peruntukan khusus melibatkan transeksual. Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah -Wilayah Persekutuan 1997 (AKJSWP 1997) misalnya memperuntukkan berkaitan dengan kesalahan lelaki berlagak seperti perempuan (pondan) [Seksyen 28], liwat [Seksyen 25] dan musahaqah (persetubuhan antara perempuan dengan perempuan) [Seksyen 26].

Malah, umat Islam di setiap negeri Malaysia terikat dengan fatwa yang dikeluarkan oleh negeri atau Majlis Fatwa Kebangsaan (sekiranya digazetkan di negeri). Dalam hal ini, pada 1983 telah diputuskan bahawa pembedahan pertukaran jantina adalah haram daripada segi syarak. Dengan ini, maka dengan sendirinya jika seseorang itu cuba untuk melakukan pertukaran jantina, perbuatan itu adalah haram dan boleh dikenakan tindakan kerana melanggar fatwa yang telah diwartakan. [Seksyen 12 AKJSWP 1997]

Isu-isu dan konflik

Mohamad Ismail Bin Hj Mohd Yunus dalam penulisan beliau bertajuk “Gender Reassignment: A Legal Perspective on Rape” cuba membincangkan tentang isu berkaitan jenayah rogol dan statusnya apabila melibatkan golongan transeksual yang telah melakukan pembedahan pertukaran jantina. Di Malaysia, jenayah rogol diperuntukkan di bawah Seksyen 375 Kanun Keseksaan iaitu rogol boleh dilakukan oleh seorang lelaki terhadap seorang perempuan, mesti wujud unsur ketidakrelaan dan perlu ada kemasukan alat kelamin lelaki ke dalam faraj wanita.[ (2000) 4 MLJA 174 ]

Persoalan kini ialah sekiranya jenayah rogol itu dilakukan terhadap seorang yang transeksual, adakah ia boleh dianggap satu kesalahan dan sabitan boleh dikenakan? Misalnya sekiranya seorang lelaki merogol seorang transeksual yang disangka seorang perempuan, sudah tentu lelaki itu tidak boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 375 kerana keperluan seksyen tersebut ialah persetubuhan antara seorang lelaki dan perempuan tanpa kerelaan perempuan itu sedangkan dalam kes ini, transeksual bukanlah perempuan yang sebenar.

Di samping itu, terdapat beberapa isu yang memerlukan perbincangan teliti berkaitan status transeksual ini. Seperti mana yang telah dijelaskan penulis, meskipun fatwa menjelaskan bahawa status transeksual adalah haram menurut Islam, namun bagaimana pula sekiranya pertukaran jantina itu masih tetap dilakukan. Apakah status seorang lelaki (transeksual) itu? Adakah dia tetap lelaki walaupun perbuatan itu haram atau adakah dia seorang perempuan?

Ini penting kerana jika dia (selepas pertukaran jantina) ditangkap berkhalwat dengan seorang lelaki, bolehkah ia disabitkan dengan kesalahan itu sedangkan dia bukan perempuan yang asli. Masalah ini mungkin lebih mudah diputuskan sekiranya dia tidak melakukan pertukaran jantina dan hanya berpakaian perempuan. Namun persoalan kini ialah jika dia telahpun melakukan pertukaran jantina. Malah ini ditambah sekiranya nama pada kad pengenalannya juga telah ditukar kepada nama yang lebih ‘perempuan’.

Penyelesaian

Apa yang jelas di sini ialah konflik-konflik sebegini perlulah diambil perhatian serius. Ini kerana, sehingga kini Malaysia tidak mempunyai dasar yang jelas berkaitan status transeksual. Penulis berpandangan beberapa perkara penting perlu diteliti dalam menyelesaikan isu ini. Pertama kerajaan perlulah membuat dasar khusus bagi memutuskan dari segi jantina status mereka yang telah melakukan pertukaran jantina. Meskipun adalah jelas Malaysia melarang perbuatan pertukaran jantina dilakukan di Malaysia, namun pembedahan tersebut masih boleh dilakukan di negara-negara lain.

Kedua, perlunya dibuat satu peruntukan khusus bagi mengenakan tindakan undang-undang terhadap mereka yang melakukan pembedahan pertukaran jantina. Seperti mana dijelaskan sebelum ini, pertukaran jantina masih boleh dilakukan di negara-negara lain. Ketiga, kerajaan perlu tegas bagi memastikan bahawa sebarang pertukaran nama yang menimbulkan kekeliruan jantina dihentikan. Ini kerana, ia boleh memberi satu kelebihan kepada golongan transeksual untuk menukar nama asal mereka kepada nama yang sesuai dengan ‘jantina’ baru mereka. Keempat, status perkahwinan golongan transeksual ini perlulah tidak diiktiraf oleh undang-undang di Malaysia. Ini bertujuan untuk mengelakkan wujudnya perkahwinan sejenis seperti kes nikah sejenis yang pernah berlaku di Melaka.

Secara ringkas, oleh sebab dasar serta perundangan Malaysia masih kurang jelas berkaitan isu transeksual ini, maka suatu tindakan yang konkrit perlulah dilaksanakan. Dalam hal ini, adalah penting digubal peruntukan khusus bagi menjelaskan status sebenar transeksual. Adalah amat malang sekiranya golongan transeksual ini diberi perlindungan di Malaysia untuk menukar jantina dan mempunyai status jantina yang berlainan dengan jantina asal mereka. Ini boleh memberi kesan besar khususnya kepada masyarakat Islam kerana ia akan melibatkan soal perkahwinan, urusan perwalian, pembahagian harta pusaka dan sebagainya.

About these ads

9 Responses to “TRANSEKSUAL MENURUT PERSPEKTIF PERUNDANGAN DI MALAYSIA”

  1. [...] TRANSEKSUAL MENURUT PERSPEKTIF PERUNDANGAN DI MALAYSIA [...]

  2. yana said

    salam…mengenai isu pondan n transeksual ini, kita hanya tahu bhawa perbuatan itu slh kerana mengubah kejadian Allah SWT, adakah terdapat hukuman ditetapkan ke ats yg bergelar pondan ini?boleh tak jelaskan menurut perundangan islam?thanx…

    JAWAPAN:

    Jika saudari bertanya hukuman menurt undang-undang jenayah islam di Malaysia, ada berdasarkan enakmen kesalahan jenayah syariah. Pondan boleh dikenakan hukuman kerana ia satu kesalahan. Menurut ISlam pula, adalah jelas bahawa ia adalah haram. Malah terdapat hadis secara jelas dimana Allah melaknat golongan sedemikian.

  3. mad nor said

    bagi saya sekiranya berlaku transeksual oleh masyarakat malaysia terutamanya orang islam, cukuplah dengan peruntukan yang ada di dalam enakmen dan akta yang menyatakan perlakuan lalaki menyerupai wanita dan sebaliknya. ini sudah membuktikan bahawa seseorang itu berperwatakkan bukan dari jantina asalnya. apa yang perlu kita ketatkan adalah dari segi hukumannya. ini kerana ia melibatkan hal pewarisan harta, perwalian dan sebagainya. pendapat saya kita kekalkan peruntukan yang ada dan menambah baik hukumannya kepada yang lebih berat. sekiranya kita ingin membuat satu undang-undang yang baru berkaitan dengan transeksual ia akan mengambil masa yang lama dan akan menyebabkan banyak perkara yang dikira penting akan terabai seperti penyelesaian isu murtad. sekian terima kasih

  4. Dafi said

    salam. Ble tak bg lbh bnyk info ttg transgender @ mak nyah kepada sy sbb sy nak buat kajian ttg mereka terutamanya di sarawak. maklumat ttg diri mereka kat cni kurang. sy mohon kerjasama pihak yg berkenaan. klu ada apa2 maklumat sila email kan ke ‘gaddafi_dolah@yahoo.com’

  5. Ann said

    salam. ada tak Hukuman yang tetap untuk each negeri di malaysia (i assume ada sebab kaalu ada akta against transexualism..so mesti ada hukuman if melanggar akta tu..)..if ada..boleh share tak?

  6. Tikah said

    Awak ambil dari http://www.jksnpp.gov.my/app_jksn/index.php?option=com_content&task=view&id=129 tapi tak citation. Ini merupakan satu plagiarism.

  7. teddy said

    hai..pasal isu ini tiada kaitan dengan sesiapa…yang pelik dan persoalan dalam masyarakat malaysia kini adalah…kenapa dan mengapa isu ini diketengahkan padahal ia tidak penting mana pun…dan kenapa masyarakat malaysia sibuk dengan kehidupan pondan @ transeksual ini….masyarakat malaysia sudah kehabisan isu untuk di utarakan di media dan laman sesawang…bertapa sempitnya pemilkiran golongan masyarakat kita di malaysia…pondan @ tanseksual mempunyai kehidupan tersendiri….tiada seorang insan di dunia ini sempurna…so..baik jangan sibuk dan mengata sesuka hati tntg pondan@transkual…..jangan kerana undang2 untuk menjatuhkan org lain…dan ada ajaran agama untuk menjadikan diri lebih hebat…undang2 boleh dipinda dan dibina oleh manusia sendiri….so kenapa golongan ini ditindas dan mana hak glongan ini hidup di muka bumi ini….kata 1 malaysia…bangsa bersatu…kenapa glongn ini tidak diiktiraf sbagaimana mengiktirafkn 1 mlysia…..mana kata yang lemah dilindungi…semua yer manis janji sahaja….glongan ini byk kelebihan dari insan yg mganngap diri sempurna…so nak mengata dan berkata agak2 la ckit…mengata org adalah 1 dosa dlm agama…..tiada siapa yang tahu akhirat nti….tq

  8. pernikahanmuslimjogja…

    [...]TRANSEKSUAL MENURUT PERSPEKTIF PERUNDANGAN DI MALAYSIA « S y a r i a h & Law in MALAYSIA – Version 2.0 -[...]…

  9. [...] juga belaian. Sila klik sini untuk info lanjut.  Manakal pengertian dari segi perundangan sila ke sini. Terima kasih pakcik google kerana memudahkan [...]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 51 other followers

%d bloggers like this: