S y a r i a h & Law in MALAYSIA – Version 2.0 -

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

  • Sumbangan Artikel

    Saya mengalu-alukan kepada semua pengunjung laman web ini untuk menyumbangkan sebarang artikel ilmiah berkaitan Undang-undang Syariah di Malaysia. Sila hantar artikel kepada email saya syafiqe@gmail.com. Sila tulis nama penuh anda berserta jawatan atau penuntut di institusi mana sekiranya ada.
  • KEMUKAKAN KEMUSYKILAN ANDA

    Sebarang pertanyaan berkaitan isu-isu melibatkan perundangan dan pentadbiran Islam di Malaysia samaada undang-undang keluarga Islam, Jenayah Islam, Perbankan dan Kewangan Islam dan sebagainya boleh kemukakan persoalan di bahagian "KEMUKAKAN PERSOALAN ANDA". Hanya soalan yang terpilih sahaja akan disiarkan.
  • UNDIAN

  • BLOG STATS

    • 315,561 pengunjung
  • web stats
  • Subscribe

[ARTIKEL PGSM] Peguam Syarie Menulis: Syarat ketat poligami jamin kebajikan waris

Posted by syafiqe on May 23, 2008

Oleh Mohamad Isa Abd Ralip

Mahkamah Syariah utamakan keadilan pertimbang permohonan tambah isteri

KES pemandu lori, Mohamed Nor Awang, 57, yang mempunyai 18 anak membuat permohonan poligami ke Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu untuk membenarkan beliau mengahwini seorang lagi perempuan, sedangkan sudah mempunyai tiga isteri, mendapat liputan meluas.

Hakim yang mengendalikan kes itu, Hakim Tinggi Syariah, Shaikh Ahmad Ismail menyifatkan kes itu sebagai pelik dan bersejarah.

Apa yang menyebabkan kes itu dianggap pelik dan bersejarah ialah kerana ketiga-tiga isteri beliau yang sedia ada bersepakat mengizinkan hasratnya untuk berkahwin satu lagi menjadikan isterinya empat.

Bertambah pelik lagi apabila ketiga-tiga isteri Mohamed Nor bersungguh-sungguh membantu membuat permohonan untuk membolehkan suami mereka berkahwin seorang lagi. Malah mereka memberi persetujuan tanpa syarat untuk suami berkahwin walaupun pendapatan Mohamed Nor hanya RM 1,500 sebulan.

Keizinan ketiga-tiga isteri Mohamed Nor mengundang persepsi sesetengah pihak yang beranggapan beliau mengamalkan ilmu menundukkan isteri sehingga sepakat membenarkannya berkahwin lagi.

Tanggapan itu dinafikan Mohamed Nor sambil menyatakan keizinan mereka atas dasar persefahaman, pengorbanan dan sikap bertanggungjawab selama ini yang membuka hati isteri-isterinya untuk memberi keizinan beliau berkahwin lagi.

Namun, hasrat Mohamed Nor ingin berkahwin lagi satu belum tercapai selepas Hakim Syarie yang mengendalikan kes mengarahkan beliau mengemukakan kepada mahkamah afidavit tambahan (kenyataan bertulis secara bersumpah tambahan) dengan alasan munasabah untuk berkahwin isteri keempat kerana pendapatan bulanannya rendah (RM 1,500) dan dibimbangi tidak mampu menyara keluarga serta berlaku adil kepada semua isterinya.

Mengulas isu itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dipetik menyatakan bahawa setiap umat Islam boleh berkahwin tiga atau empat, terserah kepada keadaan seseorang itu, mampu atau tidak.

Beliau menambah, jika seseorang itu hendak berkahwin empat, hendaklah bersifat adil serta berkemampuan menyediakan nafkah zahir dan batin sama ada kepada isteri atau zuriatnya nanti.

Umat Islam yang ingin berkahwin lebih daripada satu diingatkan tidak menjadikan perempuan bakal mereka kahwini sebagai barangan untuk berseronok saja. Sebaliknya mereka hendaklah menjadikan perempuan sebagai insan yang boleh menenangkan hati, selain berniat untuk meramaikan umat Nabi Muhammad pada akhirat kelak.

Hasrat seseorang itu untuk berkahwin lebih satu dibenarkan oleh hukum syarak jika ia mampu dari segi zahir dan batin malah, mampu juga untuk berlaku adil antara kedua-dua pihak.

Hal itu dijelaskan melalui al-Quran dalam firman Allah yang bermaksud: �Jika kamu takut bahawa kamu tak akan berlaku adil mengenai anak yatim, maka kahwinilah olehmu perempuan yang baik bagimu, dua, tiga atau empat orang. Tetapi jika kamu takut, bahawa kamu tiada akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang saja.� � (Surah An-nisa, ayat 3)

Peruntukan undang-undang di Malaysia juga tidak melarang seseorang itu berkahwin lagi satu tetapi dengan syarat hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada mahkamah terlebih dulu.

Sebagai contoh, merujuk Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor, 2003 Seksyen 23 (1) memperuntukkan: �Tiada seorang pun lelaki semasa wujudnya suatu perkahwinan boleh, kecuali dengan mendapat kebenaran terlebih dulu secara bertulis daripada mahkamah, membuat akad nikah perkahwinan yang lain dengan perempuan lain.�

Seksyen 23 (4) Enakmen yang sama menyatakan bahawa permohonan seseorang itu untuk berpoligami hendaklah dikemukakan kepada mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah mengandungi perkara berikut:

  • Suatu ikrar (akuan) yang menyatakan alasan mengapa perkahwinan dicadangkan itu patut atau perlu;
  • Pendapatan pemohon pada masa itu;
  • Butir komitmennya dan kewajipan tanggungan kewangannya yang patut ditentukan;
  • Bilangan orang tanggungannya (isteri atau isteri-isteri sedia ada dan anak) termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan dicadangkan itu;
  • Pandangan isteri atau isteri-isterinya sedia ada sudah diperoleh atau tidak terhadap perkahwinan yang dicadangkan itu.Mengikut seksyen 23 (5) enakmen yang sama, mahkamah selepas menerima permohonan akan memanggil pemohon, isteri atau isteri-isterinya sedia ada, bakal isteri, wali kepada bakal isteri dan orang lain yang mahkamah berpandangan boleh memberi keterangan di atas permohonan poligami itu.Kes itu hendaklah didengar secara tertutup. Mahkamah boleh memberi kebenaran kepada pemohon jika mahkamah berpuas hati bahawa pemohon memenuhi kesemua syarat ditetapkan. Jika permohonan tidak memuaskan hati, mahkamah boleh menolak permohonan untuk berkahwin lagi satu.

    INFO: Syarat poligami:

  • Perkahwinan yang dicadangkan itu patut atau perlu, memandang antara lain, hal berikut iaitu kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak persetubuhan atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri sedia ada;
  • Pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, seperti dikehendaki hukum syarak, semua isteri dan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi tanggungannya berikutan perkahwinan dicadangkan itu;
  • Pemohon berupaya memberi layanan adil kepada semua isterinya mengikut kehendak hukum syarak;
  • Perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syarie kepada isteri atau isteri isteri sedia ada.Syarat di atas hendaklah dibuktikan oleh pemohon keseluruhannya, jika pemohon gagal membuktikan syarat itu, mahkamah boleh untuk tidak membenarkan permohonan pemohon berkahwin lagi satu.Dalam hal ini, walaupun ada persetujuan di pihak isteri atau isteri sedia ada mahkamah masih boleh untuk tidak membenarkan permohonan pemohon sehingga mahkamah berpuas hati dengan syarat di atas terlebih dulu dipenuhi.

    Syarat yang dibuat penggubal undang-undang bukan bertujuan menafikan hak pemohon serta hasrat isteri-isteri pemohon sedia ada, sebaliknya untuk menjaga hak isteri atau isteri-isteri dan bakal isteri termasuk anak supaya tidak terabai nafkah hingga menyebabkan ketidakadilan kepada mereka.

    Masalah tidak akan timbul jika pemohon seorang berkemampuan dari segi kewangannya. Apa ditimbulkan di sini adalah apabila pemohon itu tidak mempunyai kemampuan serta pendapatan yang baik. Dibimbangi semata-mata bagi menjaga hasrat seseorang untuk berkahwin berlaku kemudaratan lebih berat seperti pengabaian nafkah terhadap isteri serta anak.

    Harus diingat, perkahwinan bukan terarah kepada hawa nafsu saja sebaliknya ia diselangi tanggung jawab yang besar serta amanah Allah yang harus dipikul suami. Tanggungjawab memberi nafkah terletak di bahu suami selain mendidik isteri serta anak ilmu dunia dan akhirat.

    Penulis ialah Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)


  • About these ads

    6 Responses to “[ARTIKEL PGSM] Peguam Syarie Menulis: Syarat ketat poligami jamin kebajikan waris”

    1. [...] memberi nafkah terletak di bahu suami selain mendidik isteri serta anak ilmu dunia dan akhirat. (Syariah and Law in Malaysia ) [...]

    2. Poktolol said

      Bukankah perkahwinan itu menghindar dari zina ?…isteri nabi semua nya tiga belas orang …ada yang lebih tua daripada umurnya ..ada yang janda..ada yang anak dara….mengapa perlu syarat emas permata (kewangan) untuk berpoligami ….sedangkan nabi berkahwin demi menjaga maruah seseorang….demi menjaga maruah sahabatnya..berkahwin demi menjaga kebajikan seseorang dan berkahwin demi menjaga agamanya……soal kemampuan adalah tidak perlu sebagai syarat kerana rezeki adalah qada dan qadar allah…dan kita perlu akur dengan tanda-tanda hari kiamat bahawasanya golongan lelaki semakin berkurangan dan golongan wanita semakin ramai..jadi siapakah yang akan menjaga maruah dan kebajikan mereka. bukan kah kaum adam ?sebab itulah allah telah menzahirkan kehidupan nabi muhammad sebagai contoh yang baik dan mempunyai maksud untuk kita memahami mengapa nabi berkahwin ramai

    3. anuar said

      salam.saya ingin bertanya berapakah minimum gaji untuk berkahwin lagi satu.

    4. anuar said

      ingin bertanya apakah syarat minimum gaji untuk berpoligami

    5. well said.

    6. kila said

      assalamualaikum,,

      sya mrupakan pelajar tingktn 6 jurusn syariah
      pada thun ini sya d’tugs kn utk mlakukn penulisn ilmu bkaitn dgn kesan perkahwinan tnpa kbenaran mahkamh
      bolehkah anda bkongsi serba sedikit mgenai nya

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

     
    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    Join 51 other followers

    %d bloggers like this: