S y a r i a h & Law in MALAYSIA – Version 2.0 -

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

  • Sumbangan Artikel

    Saya mengalu-alukan kepada semua pengunjung laman web ini untuk menyumbangkan sebarang artikel ilmiah berkaitan Undang-undang Syariah di Malaysia. Sila hantar artikel kepada email saya syafiqe@gmail.com. Sila tulis nama penuh anda berserta jawatan atau penuntut di institusi mana sekiranya ada.
  • KEMUKAKAN KEMUSYKILAN ANDA

    Sebarang pertanyaan berkaitan isu-isu melibatkan perundangan dan pentadbiran Islam di Malaysia samaada undang-undang keluarga Islam, Jenayah Islam, Perbankan dan Kewangan Islam dan sebagainya boleh kemukakan persoalan di bahagian "KEMUKAKAN PERSOALAN ANDA". Hanya soalan yang terpilih sahaja akan disiarkan.
  • UNDIAN

  • BLOG STATS

    • 315,440 pengunjung
  • web stats
  • Subscribe

Memahami Konsep Sistem Perbankan Islam Secara Ringkas

Posted by syafiqe on June 4, 2008

Oleh:

MOHAMAD SYAFIQE BIN ABDUL RAHIM (JABATAN SYARIAH & UNDANG-UNDANG AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA)

DEFINISI SISTEM PERBANKAN ISLAM

Istilah perbankan adalah kata terbitan daripada perkataan ‘bank’. Perkataan bank berasal daripada perkataan Itali iaitu ‘banco‘ yang beerti kepingan papan tempat meletak buku atau sejenis meja iaitu ‘bench‘. Bank juga didefinisikan sebagai institusi yang menawarkan perkhidmatan kewangan seperti jagaan wang, pertukaran mata wang, pemberian pinjaman dan terimaan bil pertukaran. Qamus al-Munjid fi al-Lughah wa al-A’lam pula menyatakan bank sebagai tempat untuk meletakkan harta bagi tujuan pekerjaan tertentu di bawah penyelenggaraan yang khusus.

Manakala perbankan Islam pula boleh didefinisikan sebagai perbankan yang selaras dengan sistem nilai dan etos Islam. Dengan kata lain, ia merupakan institusi yang diwujudkan untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan bank khususnya kepada umat Islam yang berlandaskan syarak. Ini bermakna, perbankan Islam bermaksud pelaksanaan operasi perbankan yang berlandas prinsip yang ditetapkan Islam. Ia juga merupakan instisusi kewangan yang berobjektif untuk mengimplementasikan prinsip ekonomi dan kewangan Islam dalam arena perbankan.

Sistem perbankan Islam pula bermaksud satu rangka kerja institusi perbankan dan kewangan yang prinsip perjalanan dan amalannya berdasarkan kepada Syariah untuk merealisasikan keadilan dalam pengagihan kekayaan dan pendapatan. Secara lebih ditil, ia sebagai suatu sistem perbankan yang prinsip perjalanan dan amalannya berlandaskan hukum Islam atau di dalam bahasa Arab disebut sebagai Syariah. Ini bererti segala operasi yang terdapat di dalam bank samaada penyimpanan wang mahupun urusan pinjaman dilakukan berlandaskan hukum Syariah. Penggunaan prinsip ini juga meliputi transaksi bank yang lain seperti urusan kiriman wang, surat jaminan, surat kredit, tukaran wang asing dan sebagainya.

KONSEP ASAS SISTEM PERBANKAN ISLAM

Meskipun di dalam Islam istilah bank tidak wujud, tetapi ini tidak bermakna institusi perbankan tidak diiktiraf di dalam Islam. Prinsipnya bukanlah sesuatu yang baru kerana ia telahpun dijelaskan secara umum di dalam al-Quran dan Sunnah lebih daripada 1400 tahun yang lalu iaitu melalui pengharaman riba’. Penulis berpandangan, Islam telahpun memberi satu panduan khusus berkaitan dengan sistem perbankan Islam meskipun tidak secara khusus. Jika diamati, dengan turunnya ayat tentang pengharaman riba’, ia merupakan perintis bagi membolehkan perbankan Islam lebih berkembang dari masa ke semasa sehingga membawa pembaharuan hasil daripada modifikasi yang lebih dinamik dan tersusun.

Malah ketika zaman perkembangan Islam, Baitulmal telah dijadikan sebagai satu institusi yang mengurus harta dan kewangan masyarakat ketika itu. Sejarah Islam juga membuktikan bahawa Rasullulah s.a.w telah dianggap sebagai di kalangan masyarakat ketika itu dengan mempraktikkan amalan al-Wadiah. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w sebelum diutus menjadi Rasul dikatakan sebagai seorang yang terkenal dengan kejujurannya (al-Amin). Oleh itu, Baginda masih menyimpan segala harta yang diberi orang ramai sehinggalah saat akhir sebelum berangkat dari Makkah ke Madinah dan melantik Saidina Ali untuk memulangkan segala simpanan itu pada tuannya.

Namun yang jelas, konsep sistem perbankan Islam adalah merupakan suatu penglibatan secara langsung dengan amalan kewangan tetapi ia adalah berdasarkan Syariah Islam dan menggunakan kaedah-kaedah Fiqh. Secara mudah, antara prinsip Islam yang perlu dipatuhi ialah penghapusan riba, larangan sebarang bentuk gharar, larangan perjudian, fokus kepada aktiviti dan komoditi yang halal dan menumpukan kepada konsep keadilan. Sobri Salamon pula menggariskan tujuh prinsip dan konsep utama sistem perbankan Islam iaitu Allah sebagai pemilik mutlak, manusia sebagai khalifah, integrasi nilai akhlak, penghapusan riba, perkongsian untung, bersikap positif terhadap ekonomi dan mengeluarkan zakat.

Oleh itu, meskipun sistem perbankan Islam dikatakan terikat dengan konsep-konsep seperti disebut di atas, namun ia masih lagi menawarkan servis-servis seperti ditawarkan perbankan konvensional seperti deposit, kemudahan kredit (credit facilities), pindahan wang (fund transfer) dan sebagainya. Namun apa yang membezakan ialah sistem perkongsian untung rugi menjadi alternatif kepada sistem perbankan konvensional yang berasaskan kepada riba’.

Secara teorinya, mekanisme utama dalam sistem perbankan Islam yang berasaskan perkongsian untung rugi tersebut ialah mudarabah (profit sharing) dan syarikah atau musyarakah (partnership) yang merupakan dua bentuk akad usahasama. Selain itu, metode lain bagi menggantikan riba’ dalam sistem perbankan Islam antara lain ialah seperti al-Ijarah (leasing), sewa beli (al-Ijarah thumma al-Bay’), al-Bay’ Bithaman Ajil (BBA) dan al-Murabahah (mark-up).

Oleh itu jika diamati, sekiranya kemudahan dan servis perbankan konvensional menghasilkan hubungan ‘pemiutang-penghutang’ (lender-borrower), namun dalam perbankan Islam hubungan antara bank dan pelanggan adalah sama ada ‘penjual-pembeli’(seller-buyer), ‘penyewa-menyewa’ (lessor-lesse) dan ‘pembiaya-pengusaha’ (financier-entrepreneur).

Oleh demikian, penggantian sistem urusan bank dan kewangan konvensional yang berasaskan kepada riba kepada sistem berasaskan perkongsian untung rugi bukan sahaja menggantikannya daripada sudut teknikal tetapi ia juga menggunakan mekanisme pembiayaan yang sesuai dengan keperluan Syariah dan masyarakat Islam. Ini kerana penubuhan bank konventional hanyalah semata-mata untuk memaksimumkan keuntungan sedangkan konsep dan objektif penubuhan perbankan Islam berdasarkan dua faktor utama iaitu faktor agama dan faktor keuntungan.

Oleh itu, sistem perbankan Islam yang komprehensif bukan sahaja menumpukan kepada aspek larangan riba tetapi ia juga perlu meliputi aspek perundangan, prosedur dan instrumen yang akan menjadi asas untuk mencapai keadilan dan kesaksamaan. Dengan kata lain, sistem perbankan Islam akan menjadi satu sistem yang lengkap hanya apabila ia memiliki undang-undang Syariahnya yang tersendiri meliputi seluruh spektrum dalam perbankan.

RUJUKAN

Joni Tamkin Borhan (2001), Sistem Perbankan Islam di Malaysia: Sejarah Perkembangan, Prinsip dan Amalannya, Jurnal Usuluddin, Bil. 14, hal. 137

Zainal Amin Ayub, Mohammad Azam Hussain, Nurretina Ahmad Shariff & Hassan Ali (2007), Harmonizing Civil Litigation With Syariah Litigation in Islamic Banking: Malaysia Experience, CLJ, Vol. 2, hal. Ix

Joni Tamkin Borhan (2000), Pemikiran Perbankan Islam: Sejarah dan Perkembangannya, Jurnal Usuluddin, Bil. 12, hal. 106

Ab. Mumin Ab. Ghani (1999), Sistem Kewangan Islam dan Pelaksanaannya di Malaysia, Kuala Lumpur : JAKIM

Fuad al-Omar & Mohamad Abdel Haq (1996), Islamic Banking Theory, Practice and Challenges, Karachi : Oxford University Press

Mei Pheng, Lee & Ivan Jeron, Detta (2007), Islamic Banking and Finance Law, Kuala Lumpur: Pearson Longman

Mohd Kamal Khir, Gupta, Lokesh & Shanmugam, Bala (2008), Islamic Banking: A Practical Perspective, Kuala Lumpur : Pearson Longman

Sudin Haron (1996), Prinsip dan Operasi Perbankan Islam, Kuala Lumpur: Berita Publishing

Saiful Azhar Rosly (2005), Critical Issues on Islamic Banking and Financial Markets, Kuala Lumpur : Dinamas Publishing

Radiah Abdul Kader (2001), Ekonomi Islam, Kuala Lumpur : Univision Press, hal. 144

al-Harran, Saas (Ed.) (1995), Leading Issues in Islamic Banking and Finance, Petaling Jaya: Pelanduk Publication

About these ads

10 Responses to “Memahami Konsep Sistem Perbankan Islam Secara Ringkas”

  1. hamba Allah said

    assalamualaikum..
    saya meminta izin dr tuan penulis untuk menjadikan artikel ini sebagai rujukan bg tugasan kerja kursus saya..
    harap diizinkan..
    terima kasih..

  2. irroshine said

    salam..

    saya ingin bertanya aapakah isu yang paling kritikal untuk dikaji dalam sistem perbankan islam ini?

    al-Faqir ila Allah
    wan

  3. sheda said

    Assalamualaikum w.b.t.

    Saya seorang pelajar UiTM Shah Alam. Saya ingin mengajukan soalan mengenai peranan agama Islam dalam pembangunan ekonomi dan sosial.

    Harap pihak tuan dapat membantu saya dalam persoalan ini. Jika terdapat sebarang bahan rujukan berbentuk buku atau jurnal, saya mohon tuan dapat mngemukakannya kepada saya melalui e-mail.

    Sekian, terima kasih.

  4. Niena Azman said

    assalamualaikum w.b.t

    boleh tak bantu sya untuk mencari maksud skim perbankan tanpa faedah serta fungsinya……

    sya amat memerlukannya dengan segera….

    terima kasih…

  5. Izdihar said

    Aslm alkm.

    Tolong berikan sejak bila Baitul Mal beroperasi dan sehingga bila ia tamat?. Tolong Berikan sejak bila pula Bank beroperasi dan sehingga bila? dan bermula di tangan siapa?
    Apakan kronologi peranan Baitul Mal bermula dari Rasulullah hingga Sultan Abdul Hamid, Khalifah Othmaniah Turki-1924?

    Ingatlah Islam itu Luas seumpama Laut. bukannya Sempit seperti akuarium.

    Wallahu Aalam.

  6. banks said

    banks…

    [...]Memahami Konsep Sistem Perbankan Islam Secara Ringkas « S y a r i a h & Law in MALAYSIA – Version 2.0 -[...]…

  7. Helen asdin said

    Selamat malam..
    Saya ingin bertanya lebih lanjut tentang perkembangan sistem kewangan Islam d Malaysia.bagaimana syariah Islam d praktiskan dalam sistem kewangan msia..

    Sebarang bahan rujukan @ berita terkini untuk memahami persoalan sy dgn lebih lanjut, sila emel kepada sy.
    Saya harap kita dapat berkerjasama..
    Terima kasih..:)

  8. Prediksi Angka Jitu Hari Ini…

    [...]Memahami Konsep Sistem Perbankan Islam Secara Ringkas « S y a r i a h & Law in MALAYSIA – Version 2.0 -[...]…

  9. kurang jelas,dan banyak fakta yang diselindungkan..kebatilan masih kelihatan,astaghafirullah

  10. zaid said

    salam..ana mntak izin nk copy tok jd rujukan pembacaan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 51 other followers

%d bloggers like this: