S y a r i a h & Law in MALAYSIA – Version 2.0 -

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

  • Sumbangan Artikel

    Saya mengalu-alukan kepada semua pengunjung laman web ini untuk menyumbangkan sebarang artikel ilmiah berkaitan Undang-undang Syariah di Malaysia. Sila hantar artikel kepada email saya syafiqe@gmail.com. Sila tulis nama penuh anda berserta jawatan atau penuntut di institusi mana sekiranya ada.
  • KEMUKAKAN KEMUSYKILAN ANDA

    Sebarang pertanyaan berkaitan isu-isu melibatkan perundangan dan pentadbiran Islam di Malaysia samaada undang-undang keluarga Islam, Jenayah Islam, Perbankan dan Kewangan Islam dan sebagainya boleh kemukakan persoalan di bahagian "KEMUKAKAN PERSOALAN ANDA". Hanya soalan yang terpilih sahaja akan disiarkan.
  • UNDIAN

  • BLOG STATS

    • 316,260 pengunjung
  • web stats
  • Subscribe

[BERSAMA PGSM] Peguam Syarie Menulis: Profesion peguam syarie perlu dimartabat

Posted by syafiqe on June 13, 2008

Oleh Zainul Rijal Abu Bakar

PROFESION guaman sama ada sivil atau syariah memang sudah tidak asing lagi dan ia adalah suatu kerjaya yang dihormati serta berpengaruh dalam masyarakat. Oleh kerana profesion peguam syarie ditadbir secara berasingan daripada peguam sivil, kelihatannya seolah-olah darjat dan kedudukan kedua-dua peguam ini adalah berbeza.

Peguam syarie dikatakan ketinggalan dan dipinggirkan dalam banyak aspek termasuk keilmuan, perundangan dan pemacuan ekonomi negara.

Peruntukan undang-undang berkenaan peguam syarie di negara ini boleh didapati dalam Akta/Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah di setiap negeri di Malaysia atau pun Kaedah-kaedah Peguam Syarie Negeri-negeri.

Peruntukan berkenaan kemasukan peguam syarie pula agak berbeza antara satu negeri dengan satu negeri lain. Pada masa sama, hingga ke hari ini tiada badan khusus bagi memantau pengurusan institusi guaman syarie di seluruh negara.

Usaha ke arah mewujudkan Akta/Enakmen Amalan Guaman Syarie yang selaras tanpa menjejaskan mana-mana bidang kuasa negeri adalah satu keperluan untuk kesejahteraan profesion ini.

Hingga hari ini, kita dapati perbincangan membabitkan kepeguaman syarie dan isu syariah kadang-kadang hanya dapat dilihat berkisar dalam aktiviti persatuan yang ditubuhkan oleh komuniti guaman syarie.

Sememangnya sudah menjadi tanggungjawab kelompok peguam syarie untuk bergiat aktif dalam usaha mempromosi kesyumulan undang-undang Islam. Bukan saja dalam bidang kehakiman malah, bidang perdagangan dan perniagaan bagi menjana ekonomi umat Islam seperti dianjurkan Islam.

Keprihatinan pihak kerajaan mempertingkatkan pengurusan institusi Mahkamah Syariah dewasa ini amat memberangsangkan. Dengan bajet yang besar diberikan kepada sumber manusia dan pembangunan fizikal Mahkamah Syariah, sudah tentu akan dapat mempertingkatkan lagi kredibiliti Mahkamah Syariah dalam menyelesaikan sesuatu kes yang dibicarakan di hadapan mahkamah.

Namun sebenarnya, tanggungjawab menyelesaikan kes bukan saja digalas oleh hakim atau mahkamah tetapi juga peguam syarie. Komitmen peguam syarie membantu mahkamah membuat keputusan yang adil penting untuk memperluaskan kecapaian keadilan kepada orang awam.

Di negara ini, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) adalah badan pusat yang dipertanggungjawabkan untuk merancang, memperkemas dan menyelaraskan pengurusan kes di Mahkamah Syariah Negeri.

Dalam konteks memperkemaskan pengurusan dan membincangkan mengenai kedudukan peguam syarie, JKSM akan menganjurkan �Konvensyen Peguam Syarie Seluruh Malaysia� pada 14 Jun 2008 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Konvensyen yang akan dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Konvensyen julung kali diadakan ini penting bagi membicarakan perkara berkaitan peguam syarie termasuklah peranan, hala tuju dan cabaran yang dihadapi peguam syarie.

Ketua Hakim Syarie JKSM, Datuk Ibrahim Lembut akan menyampaikan ucaptama mengenai peranan peguam syarie dan perkembangan institusi kehakiman di Malaysia. Lima kertas kerja akan dibentangkan bertajuk Peguam Syarie Dalam Institusi Qada, Isu-isu Dalam Kaedah dan Peraturan Peguam Syarie Negeri, Peranan dan Hala tuju Peguam Syarie di Biro Bantuan Guaman, Etika Peguam Syarie – Pengawasan dan Pelaksanaan dan Hala tuju dan Cabaran Profesion Guaman Syarie Malaysia Di Abad 21.

Objektif konvensyen untuk menghasilkan resolusi bagi mengemas kini Kaedah/Peraturan Peguam Syarie Negeri, membantu usaha JKSM mengumpul maklumat serta data mengenai firma peguam syarie selain bertukar pandangan mengenai prospek dan hala tuju peguam syarie.

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyeru semua ahli persatuan dan peguam syarie di seluruh Malaysia menyertai konvensyen yang akan memberi peluang dan ruang lebih besar untuk berbincang dan berkhidmat memartabatkan undang-undang syariah.

Semoga semua peguam syarie sama-sama menyokong usaha baik JKSM dalam merancang usaha penyelarasan institusi peguam syarie dan maklumat lanjut boleh diajukan kepada JKSM atau layari portal e-syariah di alamat http://www.esyariah.gov.my.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang komentar boleh dihantar ke excopgsm@yahoo.com. Sila layari http://peguamsyarie.blogspot.com

About these ads

2 Responses to “[BERSAMA PGSM] Peguam Syarie Menulis: Profesion peguam syarie perlu dimartabat”

  1. kisah muallaf…

    [...][BERSAMA PGSM] Peguam Syarie Menulis: Profesion peguam syarie perlu dimartabat « S y a r i a h & Law in MALAYSIA – Version 2.0 -[...]…

  2. Normalina said

    salam perkenalan..
    saya disini ingin mengetahui mengenai profesion seorang peguam yang ada di dalam negara kita ini..
    saya ingin mengetahui yang lebih lanjut mengenai profesion seorang peguam ini , kerana ingin menyelesaikan tugasan saya sebagai seorang pelajar..
    saya berharap , anda dapat membantu saya.
    terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 51 other followers

%d bloggers like this: