S y a r i a h & Law in MALAYSIA – Version 2.0 -

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

  • Sumbangan Artikel

    Saya mengalu-alukan kepada semua pengunjung laman web ini untuk menyumbangkan sebarang artikel ilmiah berkaitan Undang-undang Syariah di Malaysia. Sila hantar artikel kepada email saya syafiqe@gmail.com. Sila tulis nama penuh anda berserta jawatan atau penuntut di institusi mana sekiranya ada.
  • KEMUKAKAN KEMUSYKILAN ANDA

    Sebarang pertanyaan berkaitan isu-isu melibatkan perundangan dan pentadbiran Islam di Malaysia samaada undang-undang keluarga Islam, Jenayah Islam, Perbankan dan Kewangan Islam dan sebagainya boleh kemukakan persoalan di bahagian "KEMUKAKAN PERSOALAN ANDA". Hanya soalan yang terpilih sahaja akan disiarkan.
  • UNDIAN

  • BLOG STATS

    • 314,923 pengunjung
  • web stats
  • Subscribe

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Posted by syafiqe on October 19, 2008

Oleh:

Mohamad Syafiqe bin Abdul Rahim

Jabatan Syariah & Undang-Undang

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris disebut “invironment” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku, 2002)

Terdapat satu lagi definsi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman “environmentalisme“. Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkait dengan aktiviti manusia. (A. Bullock & O.Stallybrass, 1997)

Kesemua definisi yang dikemukakan di atas secara umumnya menjelaskan alam sekitar adalah keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi kehidupan sesuatu organisma. Definisi ini adalah definisi yang diterima dalam pengajian Sains Alam Sekitar yang hanya terbatas kepada fenomena fizikal sesuai dengan pandangan semesta moden yang berteraskan kepada metode emperikal. (Mohd Nur Hakimi Razana, 2004)

Dalam menguruskan alam sekitar, Barat memperlihatkan bahawa etika alam sekitar dalam diri manusia adalah penting bagi menjamin kualiti alam sekitar. Prinsip-prinsip tentang alam sekitar yang dibahaskan oleh Barat tidak harus bersifat teori sahaja sebaliknya mestilah berupaya dipraktikkan.

Pengurusan alam sekitar di Barat bermula pada akhir kurun ke 19 kesan daripada Revolusi Industri. Perkembangan itu bermula dengan tercetusnya kebimbangan ke atas kesan yang timbul daripada proses pembangunan ke atas alam sekitar. Oleh itu, mereka berusaha dengan pelbagai kaedah bagi mengawal kualiti alam sekitar daripada terjejas.

Namun, walauapapun kaedah atau langkah yang diambil, mereka masih lagi gagal untuk menguruskan alam sekitar dengan berkesan. Apa yang pasti, ini disebabkan gejala “pemencilan pengaruh keagamaan” sebagai salah satu faktor penyumbang kegagalan tersebut.

KONSEP ALAM SEKITAR MENURUT ISLAM

Menurut Islam, “invironmentalisme” berasaskan kepada ajaran tauhid atau kefahaman kesatuan yang menggabungkan manusia, alam dan tuhan. Agama Islam menjadikan akhlak sebagai teras hubungan antara manusia, alam dan tuhan. Menurut sebuah hadis Rasullulah, misi kerasulannya ialah menyempurnakan akhlak yang mulia. (Zaini Ujang, 1993)

Berasaskan dasar itu, sebenarnya sebarang masalah atau pencemaran alam sekitar berpunca daripada kesempurnaan akhlak manusia terhadap dirinya, alam dan tuhan. Konsep manusia sebagai khalifah menunjukkan bahawa alam sekitar ini merupakan hak Allah dan ciptaan-Nya maka manusialah perlu melaksanakan misi dan amanah itu. Di samping itu, alam ini merupakan tanda yang tersirat atau simbol tentang kebesaran dan kekuasaan Allah.

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR MENURUT ISLAM

Manusia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan alam sekitar kerana manusia dijadikan daripada unsur-unsur alam dan akhirnya akan kembali seperti asal kejadiannya. Unsur alam lain seperti air juga mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan manusia kerana ia membina pertumbuhan dan kesihatan daripada manusia. Ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud: “Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai Bahawa Sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda Yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda Yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman?” (al-Anbiya’, 30)

Bahan makanan manusia juga dijadikan daripada unsur air termasuk juga semua jenis haiwan. Ini telah dijelaskan oleh Allah di dalam firmannya yang bermaksud: “Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan Yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan Dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan Dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja Yang ia kehendaki (selain dari Yang tersebut), kerana Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu” (an-Nur, 45)

Menerusi penjelasan dan penerangan berdasarkan dalil-dalil tentang hubungan manusia dengan unsur-unsur tadi, dapat dilihat bahawa hubungan manusia dengan alam sekitar adalah sangat erat saling berkait rapat antara satu sama lain. Malah ada ulama’ yang mengatakan bahawa jasad manusia dijadikan daripada unsur yang telah bercampur melalui bahan makanan yang didapati daripada tumbuh-tumbuhan (Muhammad al-Mubarak, 1973). Dengan ini jelaslah kepada kita betapa jelas dan kompleksnya kejadian manusia dihubungkan terus dengan unsur-unsur bumi.

PENGURUSAN ALAM SEKITAR MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Dalam konteks mengurus alam sekitar, Islam menegaskan supaya manusia tidak melakukan kerosakan kepada alam sekitar sebagaimana yang telah kita lihat kini, kerosakan alam sekitar yang dilakukan oleh tangan manusia seperti pembalakan, penarahan bukit dan sebagainya. Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” (al-Rum, 41)

Sesungguhnya alam sekitar dan segala kekayaan adalah milik mutlak Allah sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Allah jualah Yang Menguasai alam langit dan bumi serta Segala Yang ada padanya; dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu” (al-Maidah, 120). Jelas, tiada siapa yang berhak melarang orang lain menceroboh haknya sendiri untuk mencari sara hidup di alam ini. Tetapi perlulah diingat bahawa dalam mengejar kekayaan, alam sekitar tidak patut dicemar atau dimusnahkan. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah dalam firmannya yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi” (al-Syu’ara, 183)

Dalam konsep Islam terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar sebagai satu pengurusan alam sekitar yang dikehendaki oleh Islam, maka Islam meletakkan 5 konsep penting yang perlu diterapkan ke dalam diri manusia supaya wujudnya proses pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.(Mohd Nur Hakim Razana, 2004)

  1. Konsep Tauhid

Dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, aspek penting yang paling ditekankan ialah konsep tauhid. Ini kerana ia merupakan keperluan asas dalam Islam. Dalam pandangan tauhid, manusia hanya takut pada satu kuasa dan dipertanggungjawabkan dihadapan seorang hakim sahaja, mengadap pada satu kiblat dan menumpukan harapan dan kehendak pada satu sumber sahaja. (Mohd Zuhdi Marzuki & Amer Saifude Ghazali, 2002)

  1. Konsep Syariah

Syariah adalah teras perundangan hidup Islam. Ia merupakan bidang ilmu pengetahuan yang menyediakan peradaban Islam dengan peraturan yang tetap. Segala teori Syariah merangkumi semua aspek kehidupan manusia dan meliputi kehidupan peribadi, sosial, politik dan intelektual. Secara praktiknya, ia memberi makna dan isi kepada perbuatan orang Islam dalam kegiatan mereka di dunia. (Ziaudin Sardar, 1990)

  1. Konsep Ilmu

Sebagai langkah ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, ilmu pengetahuan merupakan perkar penting yang mesti ditekankan. Ini kerana orang yang berilmu dan mengamalkannya tidak akan melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan diri, masyarakat dan juga alam sekitar. (Nurhibah Hasan Zawawi, 1999)

  1. Konsep Khalifah

Dalam konsep mengurus alam sekitar, konsep ini amat penting untuk manusia menjaga alam sekitar. Apabila mereka sedar diri mereka sebagai seorang khalifah, maka mereka tidak akan melakukan kerosakan kepada lam sekitar malah akan menjaga dengan sebaik mungkin.

  1. Konsep Akhlak

Akhlak adalah amat penting terutama sekali kearah pengurusan ala sekitar. Akhlak yang mulia adalah akhlak yang mengarahkan ke arah kebaikan dan keharmonian. Dalam konsep penjagaan alam sekitar, sifat-sifat mulia seperti kasih sayang, sifat suka menjaga kebersihan, bertanggungjawab dan sikap murni yang lain amat penting dalam menjaga alam sekitar dengan sebaiknya.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa semakin pantas dunia berkembang seiring dengan teknologi terkini, maka begitu juga semakin bertambahnya masalah-masalah yang melibatkan alam sekitar.Iklim duni ayang semakin panas akibat pemanasan global merupakan salah satu contoh mudah bagaimana kegagalan manusia dalam memelihara alam sekitar. Sememangnya Islam menggalkan umatnya agar sentiasa memajukan diri dengan pelbagai nikmat yang dikurniakan di alam ini. Namun perlu diingat ianya juga tidaklah boleh sehingga melampaui batas yang telah ditetapkan oleh syariat.

Sepertimana yang telah diperjelaskan penulis sebelum ini, konsep alam sekitar menurut Barat ternyata hanya menumpukan usaha pemeliharaan alam sekitar berdasarkan konteks falsafah hidup mereka sahaja tanpa disulami dengan nilai-nilai agama. Mereka beranggapan agama tiada kaitan dengan alam sekitar. Namun ini ternyata berlainan dengan Islam dimana Islam menekankan kehidupan ini secara keseluruhan iaitu berdasarkan hubungan manusia yang bukan sahaja terhad kepada Allah dan manusia tetapi juga meliputi hubungan manusia dengan alam sekitar. Ini jelas membuktikan setiap makhluk ciptaan Allah itu berhubungan di antara satu sama lain dan saling kait mengait bagi meneruskan kelangsungan hidup yang harmoni di dunia. Maka dalam hal ini, Islam menekankan konsep-konsep asas dalam mengurus alam sekitar agar sistem yang telah ditetapkan Allah itu tidak terganggu. Ini sepertimana yang telah dibicarakan penulis iaitu dengan berdasarkan konsep tauhid, syariah, ilmu, khalifah dan akhlak. Maka andai kata semua konsep ini berjaya diasimilasikan dengan sempurna oleh setiap manusia dalam kehidupan mereka maka akan terjaminlah alam sekitar ini daripada kerakusan manusia itu sendiri. Soalnya kini, mampukah ia dihayati sepenuhnya ?

About these ads

9 Responses to “PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR MENURUT PERSPEKTIF ISLAM”

  1. suzana said

    salam..saya nak tanya tentang aplikasi prinsip-prinsip islam di dalam hubungan manusia dan alam sekitar,harap tuan bagi maklumat yang lebih umum tentang pertanyaan saya ini..

  2. iiman87 said

    salam.apa nama buku yang di tulis oleh Mohd Zuhdi Marsuku, 2002

  3. [...] PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR MENURUT PERSPEKTIF ISLAM [...]

  4. mia hanisa said

    podaa laa

  5. etika alam sekitar yang ditulis oleh mohd zuhdi marsuki & amer saifude gazali

  6. i like this essay
    10 q 4 ur essay
    may god bless u

  7. i like tentang esei ni

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 51 other followers

%d bloggers like this: