S y a r i a h & Law in MALAYSIA – Version 2.0 -

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

  • Sumbangan Artikel

    Saya mengalu-alukan kepada semua pengunjung laman web ini untuk menyumbangkan sebarang artikel ilmiah berkaitan Undang-undang Syariah di Malaysia. Sila hantar artikel kepada email saya syafiqe@gmail.com. Sila tulis nama penuh anda berserta jawatan atau penuntut di institusi mana sekiranya ada.
  • KEMUKAKAN KEMUSYKILAN ANDA

    Sebarang pertanyaan berkaitan isu-isu melibatkan perundangan dan pentadbiran Islam di Malaysia samaada undang-undang keluarga Islam, Jenayah Islam, Perbankan dan Kewangan Islam dan sebagainya boleh kemukakan persoalan di bahagian "KEMUKAKAN PERSOALAN ANDA". Hanya soalan yang terpilih sahaja akan disiarkan.
  • UNDIAN

  • BLOG STATS

    • 316,386 pengunjung
  • web stats
  • Subscribe

Archive for the ‘Isu Perundangan’ Category

Keputusan keluar fatwa perlu fakta, hujah tepat

Posted by syafiqe on January 26, 2009

Petikan BERITA HARIAN

MEMBUAT keputusan untuk menentukan status sesuatu perkara atau menghasilkan fatwa mengenai isu membabitkan umat Islam bukan perkara mudah, sebaliknya ia memerlukan kajian yang kadang kala memakan masa agak lama.

Setiap keputusan perlu disokong oleh fakta dan hujah yang tepat supaya dapat menjawab sebarang persoalan yang mungkin timbul apabila hasil kajian itu dibincangkan untuk mendapat satu kata putus yang tepat serta boleh diterima umum.

Di sinilah Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memainkan peranan penting menghasilkan penyelidikan serta hasil kajian berkualiti dan tepat bagi tujuan perancangan, seterusnya pelaksanaan yang berkesan bagi isu berkaitan Islam di negara ini.

Bahagian Penyelidikan Jakim yang ditubuhkan pada Mac 1971 dikenali dengan nama Pusat Penyelidikan Islam adalah hasil persetujuan yang dicapai dalam Persidangan Islam SeMalaysia bertujuan mewujudkan pengurusan berkesan pada peringkat Persekutuan dan negeri.

Matlamat jangka panjang penubuhan pusat berkenaan ialah sebagai sumber rujukan berwibawa yang mempunyai maklumat berkualiti apabila timbul masalah membabitkan umat Islam berkaitan akidah, syariah, muamalat dan sosial.

Read the rest of this entry »

Posted in Isu Perundangan | 1 Comment »

[BERSAMA PGSM] Pembinaan sahsiah, peribadi ciri modal insan Islam

Posted by syafiqe on January 10, 2009

SERING kali ramai menyalahkan Islam apabila berlaku sesuatu perkara tidak baik. Mereka mengatakan Islam menindas dan menghalang pembangunan. Malah, ada juga mengatakan jika mengamalkan Islam, kita tidak akan maju, tidak berakhlak dan sebagainya.

Mereka ini sebenarnya gagal melihat keindahan Islam kerana tidak mengamalkan agama Islam sebagai tata kehidupan.

Sebagai sebuah tatacara yang mengawal kehidupan seharian, Islam menggariskan panduan lengkap, sistematik dan tersusun supaya kehidupan manusia tidak tersasar daripada matlamat mencari keredaan Allah serta ibadah kepada Pencipta.

Islam menekankan pembangunan modal insan berasaskan kepada ciri pembinaan sahsiah dan keperibadian Muslim. Ini kerana manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah dan khalifah yang diberi kelebihan serta kekuatan ilmu.

Keunggulan keperibadian manusia hendaklah disulami dengan akhlak mulia, ilmu pengetahuan berpaksikan kepada keesaan Allah dan ketakwaan kepada-Nya. Inilah sebabnya Islam mengambil berat peranan moral atau akhlak dalam pembentukan sahsiah diri.

Namun, apa yang menyedihkan sekarang ini, kita melihat umat Islam tidak menjadi contoh kepada orang lain. Umat Islam tidak memiliki akhlak mulia atau menjadi idola kepada orang lain. Lebih dahsyat lagi, umat Islam ketinggalan dalam kebanyakan bidang kerana meninggalkan agama dalam kehidupan mereka.

Read the rest of this entry »

Posted in Isu Perundangan | Leave a Comment »

Metode Pungutan Zakat Zaman Rasullulah dan Para Sahabat

Posted by syafiqe on December 10, 2008

Artikel ini akan menjelaskan secara ringkas tentang metode pungutan zakat ketika zaman Rasullulah dan para sahabat. Menurut S.M Hasanuz Zaman, perintah zakat telah dikuatkuasakan oleh Rasullulah s.a.w dengan pengutusan para sahabat sebagai pegawai pemungut zakat[1]. Mereka diamanahkan untuk mengutip zakat di setiap rumah orang-orang Islam dan juga dihantar ke daerah naungan Islam di samping suku-suku kaum yang bertaburan di Semenanjung Arab. Baginda amat mementingkan pegawai-pegawai yang jujur, ikhlas dan amanah. Setiap pegawai dibekalkan dengan Kitab al-Sadaqah yang mengandungi garis panduan tentang zakat, cara penentuan dan aliran agihan zakat daripada orang kaya kepada orang miskin. Jelas, metode utama kutipan zakat ketika zaman Rasullulah ialah dengan mengutus utusan atau pengutip zakat kepada setiap jajahan takluk Islam dan juga kepada Kabilah di Semenanjung Arab. Walaubagaimanapun, Rasullulah s.a.w juga mengutus surat kepada sesuatu kaum  bersam pegawai pemungut zakatnya. Setiap surat yang dihantar menerangkan kewajipan berzakat dan kadarnya.

Zaman para sahabat tidak memperlihatkan sebarang perubahan ketara dalam metode atau kaedah pemungutan zakat cuma hanya berlaku perubahan dari segi bentuk sumber yang dikeluarkan zakat dan juga asnaf-asnaf yang dikenakan zakat. Namun hanya satu perubahan besar telah dilakukan dalam metode kutipan zakat iaitu ketika zaman Khalifah Uthman. Antara perubahan yang dilakukan ialah zakat terus dipotong daripada wang pencen gaji. Tindakan ini dilakukan dalam usaha untuk memperbanyakkan hasil zakat dan diagihkan kepada penerimanya denan lebih memuaskan.

Secara ringkasnya proses kutipan zakat ketika zaman Rasulullah dan para Sahabat hanya menumpukan dari konteks pungutan berorientasikan amil perseorangan. Mereka dilantik untuk membolehkan umat Islam membayar zakat kepada mereka  dan tidak ada satu metode pungutan yang berlainan sehinggalah pada zaman Khalifah Uthman yang memperkenalkan metode potongan zakat daripada wang pencen gaji. Perubahan demi perubahan terus dilakukan bagi memudahkan umat Islam membayar zakat secara lebih cepat dan mudah. Penubuhan amil korporat kini telah membolehkan institusi zakat lebih fleksibel dalam memikirkan kaedah metode pungutan zakat yang terkini selaras dengan kecanggihan teknologi dan kemudahan prasarana yang efektif.


[1] S.M. Hasanuz Zaman (1991), Economic Functions of an Islamic State (The Early Experience), Leicester:The Islamic Foundation, hal. 197

Posted in Isu Perundangan | Comments Off

[BERSAMA PGSM] Sensitiviti kaum bukan alasan halal penjualan arak

Posted by syafiqe on December 3, 2008

Oleh Zainul Rijal Abu Bakar

TINDAKAN Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak cadangan Pas Selangor untuk memperkenalkan peraturan membataskan penjualan arak berkuat kuasa Januari depan, amat dikesali. Alasan yang diberikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana menghormati sensitiviti berbilang kaum dan agama di negeri itu amatlah pelik dan tidak masuk akal.

Apa yang dicadangkan Pas Selangor hanya peraturan membabitkan orang Islam. Tidak langsung timbul masalah dengan masyarakat berbilang bangsa atau cubaan untuk melaksanakan undang-undang Islam terhadap bukan Islam.

Mereka bebas mengamalkan agama masing-masing. Ini juga menggambarkan keretakan dan keampuhan kerajaan diterajui PKR di negeri itu. Penulis tidak berhasrat menulis isu politik, tetapi secara objektifnya hanya menyentuh aspek perundangan dan hukum syarak yang menunjukkan betapa silapnya keputusan kerajaan negeri itu.

Seperti dinyatakan di atas, peraturan dicadangkan hanya dilaksanakan terhadap orang Islam dan isu berbilang kaum dan agama tidak harus diketengahkan. Sering kita berlindung di bawah sensitiviti ini bagi mengelak daripada mengamalkan Islam sebagai cara hidup. Namun, sebenarnya kita mengorbankan jati diri umat Islam serta menerjah keluar tatacara kehidupan yang dianjurkan Rasulullah. Tidakkah akhlak Rasulullah adalah terbaik dan tidak minum arak.

Read the rest of this entry »

Posted in Isu Perundangan | Leave a Comment »

[BERSAMA PGSM] Mempertikai fatwa usaha jatuh kredibiliti Islam

Posted by syafiqe on November 19, 2008

SEJAK kebelakangan ini pelbagai pihak dengan lantang mempertikaikan fatwa yang dibuat Majlis Fatwa Kebangsaan atau Majlis Fatwa Negeri-Negeri. Malah, hasrat Majlis Fatwa itu untuk membuat fatwa tertentu juga sering dicemuh dan diperlekehkan.

Ia terbukti apabila Majlis Fatwa Kebangsaan membuat ketetapan baru-baru ini yang mengharamkan pengkid iaitu wanita yang menyerupai lelaki sama ada dalam bentuk penampilan atau berpakaian. Begitu juga halnya apabila pengumuman dibuat bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengeluarkan fatwa mengenai hukum senaman yoga.

Pelbagai pihak termasuk institusi, orang perseorangan sama ada Islam atau bukan Islam memperkatakan mengenai tindakan Majlis Fatwa ini. Tindakan ini sebenarnya adalah kesinambungan usaha menjatuhkan kredibiliti Majlis Fatwa dan institusi Islam yang lain.

Ia berikutan Mahkamah Persekutuan membuat penghakiman bahawa institusi fatwa adalah sah di sisi Perlembagaan Persekutuan baru-baru ini dalam kes Sulaiman Takrib lawan kerajaan Terengganu dan Kahar Ahmad melawan kerajaan Selangor dan dua lagi. Keputusan sebulat suara Mahkamah Persekutuan, adalah mahkamah tertinggi dalam negara ini menjelaskan kedudukan fatwa di negara ini dan tidak perlu dipertikaikan lagi selepas itu.

Read the rest of this entry »

Posted in Isu Perundangan | 2 Comments »

[ARTIKEL PGSM] Menguatkuasa undang-undang penjualan minuman keras lebih ketat

Posted by syafiqe on November 6, 2008

Masyarakat Islam perlu diberi kesedaran mengenai kesalahan jenayah syariah

SETIAP hari kita akan membaca di akhbar mendapati banyak permohonan mendapatkan permit menjual minuman memabukkan di negara kita. Peraturan yang berkuatkuasa sekarang mengkehendaki orang yang berhasrat menjual minuman memabukkan hendaklah mendapat permit atau lesen terlebih dulu.

Pemohon juga perlu mengiklankan hasratnya bagi mengetahui sama ada wujud bantahan oleh orang ramai atau sebaliknya. Tujuan peraturan itu memang baik bagi mengawal, memantau dan menyelia penjualan minuman memabukkan secara berleluasa sejajar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

Namun hakikatnya, masih banyak kedai yang menjual minuman memabukkan secara terbuka. Malah ia mudah diperoleh walaupun oleh orang beragama Islam. Natijahnya, objektif peraturan yang disebut di atas tidak kesampaian.

Penjualan minuman memabukkan yang berleluasa ini mendatangkan keresahan di kalangan orang Islam khususnya apabila premis menjual arak itu terlalu hampir dengan kawasan perumahan yang majoritinya didiami orang Islam atau di premis yang dibuka 24 jam sehari, memungkinkan orang Islam membelinya tatkala tiada ramai pengunjung kedai itu.

Malah kegusaran itu ditambah lagi apabila kita mendapati minuman memabukkan itu diletakkan sebaris dengan minuman lain. Seolah-olah sensitiviti umat Islam langsung tidak diambil kira dalam hal ini kerana pekedai hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

Read the rest of this entry »

Posted in Isu Perundangan | 1 Comment »

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Posted by syafiqe on October 19, 2008

Oleh:

Mohamad Syafiqe bin Abdul Rahim

Jabatan Syariah & Undang-Undang

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris disebut “invironment” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku, 2002)

Terdapat satu lagi definsi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman “environmentalisme“. Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkait dengan aktiviti manusia. (A. Bullock & O.Stallybrass, 1997)

Kesemua definisi yang dikemukakan di atas secara umumnya menjelaskan alam sekitar adalah keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi kehidupan sesuatu organisma. Definisi ini adalah definisi yang diterima dalam pengajian Sains Alam Sekitar yang hanya terbatas kepada fenomena fizikal sesuai dengan pandangan semesta moden yang berteraskan kepada metode emperikal. (Mohd Nur Hakimi Razana, 2004)

Dalam menguruskan alam sekitar, Barat memperlihatkan bahawa etika alam sekitar dalam diri manusia adalah penting bagi menjamin kualiti alam sekitar. Prinsip-prinsip tentang alam sekitar yang dibahaskan oleh Barat tidak harus bersifat teori sahaja sebaliknya mestilah berupaya dipraktikkan.

Pengurusan alam sekitar di Barat bermula pada akhir kurun ke 19 kesan daripada Revolusi Industri. Perkembangan itu bermula dengan tercetusnya kebimbangan ke atas kesan yang timbul daripada proses pembangunan ke atas alam sekitar. Oleh itu, mereka berusaha dengan pelbagai kaedah bagi mengawal kualiti alam sekitar daripada terjejas.

Namun, walauapapun kaedah atau langkah yang diambil, mereka masih lagi gagal untuk menguruskan alam sekitar dengan berkesan. Apa yang pasti, ini disebabkan gejala “pemencilan pengaruh keagamaan” sebagai salah satu faktor penyumbang kegagalan tersebut.

Read the rest of this entry »

Posted in Isu Perundangan | 9 Comments »

Wajib uji HIV untuk nikah

Posted by syafiqe on October 7, 2008

Peraturan dilaksana tahun depan: Jakim
KUALA LUMPUR: Mulai tahun depan, semua semua pasangan Islam di negara ini yang mahu berkahwin, diwajibkan menjalani ujian saringan HIV sebagai syarat sebelum dibenarkan untuk melangsungkan pernikahan.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata dasar itu dapat dilaksanakan tahun depan selepas semua majlis agama negeri memberi persetujuan untuk menguatkuasakan peraturan berkenaan pada Persidangan Ketua-Ketua Jabatan Agama anjuran Jakim, Julai lalu.
�Walaupun bakal pengantin yang ingin berkahwin didapati positif HIV melalui ujian itu, mereka tidak akan dihalang bernikah jika tetap mahu meneruskan perkahwinan.
�Sebaliknya pihak berkuasa agama negeri masing-masing akan berperanan membantu pasangan terbabit dengan memberi kaunseling dan khidmat nasihat supaya langkah pencegahan serta persediaan lengkap dari sudut fizikal dan mental dapat diambil,� katanya kepada Berita Harian.
Pada 2006, Ketua Pengarah Jakim ketika itu, Datuk Mustapa Abdul Rahman mengumumkan bakal pengantin di seluruh negara akan diwajibkan menjalani ujian saringan HIV/Aids mengikut modul Jabatan Agama Johor (JAJ), yang mewajibkan semua bakal pengantin Islam mendapatkan sijil kesihatan sebelum bernikah.
Bagaimanapun, dasar yang dipelopori Johor sejak 2001 itu tidak dapat dilaksanakan kerana Jakim tidak boleh mengeluarkan arahan kepada semua kerajaan negeri bagi mewajibkan ujian berkenaan berikutan hal ehwal agama Islam terletak di bawah bidang kuasa mereka.
Setakat ini, Selangor, Kelantan, Terengganu, Perak, Johor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan mewajibkan ujian saringan itu bagi bakal pengantin, manakala Sarawak belum melaksanakannya.
Pahang dan Sabah pula tidak mewajibkan ujian itu sebaliknya memberi pilihan kepada bakal pengantin sama ada untuk melakukannya atau tidak.
Wan Mohamad berkata, ujian saringan yang akan dijalankan ke atas pasangan yang bakal berkahwin itu juga akan ditawarkan secara percuma.

Posted in Isu Perundangan | 1 Comment »

[ARTIKEL RAMADHAN] Kita Sering “Syok” Sendiri: Gagal Hayati Hakikat Insan

Posted by syafiqe on September 23, 2008

Kita sering mendengar berita yang menyiarkan betapa hebatnya kebejatan sosial muda-mudi masa kini. Kini ramai masyarakat yang sering alpa dan hanyut dalam suasana dan kehidupan kota. Kita tidak boleh mengklasifikasikan ini hanya sebagai kes-kes terpencil. Islam mengajar umatnya supaya mencegah kemungkaran meskipun ianya kemungkaran yang kecil. Ini kerana kemungkaran yang kecil sudah tentu akan membesar sekiranya tidak dicegah. Ibn Khaldun dalam kitab karangan beliau yang terkenal al-Muqaddimah, menjelaskan kalangan orang bandar amat berkecenderungan untuk melakukan maksiat dan berperilaku buruk kerana mereka banyak terdedah dengan pelbagai bentuk keseronokan dan tarikan keduniaan yang terdapat di sekelilingnya. Misalnya mereka yang asalnya ‘orang kampung’ kini sudah tidak sedar diri dan menganggap mereka adalah ‘orang bandar’ sehingga sanggup melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam.

Daripada contoh tersebut, adakah boleh disimpulkan bahawa mereka melakukannya kerana menganggap ianya biasa pada mereka ataupun terbiasa dengan faktor persekitaran di kota? Pada dasarnya, kedua-duanya adalah sama. Ini kerana, mereka yang menganggapnya sebagai biasa adalah mereka yang gagal menghayati dan tidak sedar akan asal usul kehidupan mereka yang sebenar. Manakala mereka yang terbiasa dengan persekitaran kota bolehlah digolongkan sebagai mereka yang ‘culture shock’ kerana tidak mempunyai daya tahan yang cukup bagi menangkis segala pengaruh-pengaruh tidak baik dari kota. Malah mungkin boleh dikatakan bahawa kedua-dua golongan ini telah “syok” sendiri hingga lupa pada asal usul kehidupan mereka yang sebenar.

Elemen utama di sini ialah pemahaman asal-usul seseorang itu. Inilah yang dikatakan sebagai mengenali hakikat diri. Jika seseorang itu sedar akan hakikat dirinya yang sebenar dan tidak “syok” sendiri, sudah tentu dia akan berjaya mengatasi segala permasalahan yang melanda dirinya. Kita juga sering membaca bagaimana pemimpin kita berjaya walaupun terpaksa mengharungi jerih perit kemiskinan dan kesusahan. Mungkin ini juga boleh menjadi misalan berguna. Apa yang jelas, kegagalan masyarakat menghayati hakikat sebenar diri mereka boleh membawa kepada  jalan kesesatan. Ini ditambah dengan godaan hawa nafsu yang dipengaruhi oleh hasutan syaitan. Apabila seseorang itu bertuhankan hawa nafsu, sudah tentu setiap perbuatannya akan berpaksikan kepada nafsu semata-mata tanpa pertimbangan akal yang sempurna. Ibn Abbas menyatakan bahawa seburuk-buruk sembahan di muka bumi ini adalah hawa nafsu.

Seseorang itu boleh mengurus dirinya dengan sempurna sekiranya dia sedar akan hakikat dirinya sendiri. Dia sedar akan kehidupannya yang sebenar samaada miskin, susah, tidak sempurna dan sebagainya. Semua kondisi ini akan mempengaruhi pemikirannya daripada terpengaruh dengan anasir negatif yang berpaksikan hawa nafsu. Said Ramadhan al-Buti dalam buku beliau bertajuk Manhaj al-Hadharatul Insaniah fi Al-Quran menjelaskan bahawa menurut al-Quran konsep hakikat insan adalah lebih luas, objektif yang jelas dan kukuh. Al-Quran secara tegas dalam menjelaskan tentang konsep hakikat insan melihat ia daripada dua konsep. Pertama ialah hakikat bahawa manusia itu diciptakan daripada unsur yang hina. Asal usul kejadiannya adalah daripada tanah. Jalinan zuriatnya berasal daripada air yang hina. Keadaan manusia jika dikurniakan umur yang panjang akan kembali juga kepada keadaan yang tua sehingga nyanyuk.

Hakikat kedua yang membentuk aspek kedua daripada hakikat insan menurut al-Quran pula ialah hakikat bahawa manusia adalah makhluk yang dimuliakan ke atas seluruh makhluk yang lain. Manusialah makhluk yang para malaikat diperintahkan untuk sujud kepadanya iaitu melalui peribadi Nabi Adam sebagai manusia yang dimuliakan oleh Allah dengan melantiknya sebagai khalifah di muka bumi. Manusialah satu-satunya makhluk bernyawa yang berakal dan berkemampuan untuk menguruskan pelbagai urusan.

Persoalannya kini, mengapa al-Quran memfokuskan perbincangan tentang kedua-dua hakikat ini secara serentak? Mengapa Allah terus menerus memperingatkan manusia tentang keadaannya yang lemah dan tercipta daripada asal-usul yang hina dina, sedangkan dalam masa yang sama al-Quran juga memperingatkan bahawa manusia mempunyai kedudukan istimewa berbanding makhluk yang lain? Ini kerana, manusia yang memahami hakikat insan yang sebenar dan mampu melaksanakan tugas khalifah di muka bumi ini hanyalah mereka yang dididik dengan kedua-dua hakikat ini secara seimbang dan serentak. Mereka sedar akan hakikat bahawa penciptaannya daripada unsur yang hina dan juga dididik untuk mengetahui tentang nikmat Allah yang dikurniakan ke atasnya iaitu sifat luarbiasa serta kedudukan yang lebih tinggi berbanding makhluk lain.

Biasanya manusia yang dirinya dibentuk dengan dua hakikat ini akan berjaya memainkan peranannya sebagai manusia dengan sempurna. Kedua-dua hakikat insan ini akan menjadi kayu pengukur sejauh mana kemampuannya melaksanakan tugas sebagai khalifah. Mereka yang hanya hidup dengan melihat kepada hakikat sifat lemah semata-mata tentunya akan merasa lemah selamanya sehingga menyebabkannya malas berusaha dan akhirnya ditindas oleh mereka yang lebih hebat. Sikap tidak yakin dan menganggap diri lemah dan tidak tahu tanpa mencuba terlebih dahulu sering menjadi masalah masyarakat kita. Orang Melayu khususnya berasa tidak yakin dan merasakan mereka tidak mahir berniaga berbanding bangsa lain sedangkan mereka mendapat banyak keistimewaan sebagai bumiputera oleh kerajaan.

Begitu juga dengan hakikat kedua iaitu jika manusia itu hanya merasakan diri mereka mempunyai martabat dan keistimewaan yang tinggi tanpa menyedari hakikat asal-usul penciptaan mereka, maka golongan ini akan sentiasa berasa angkuh dan menganggap merekalah yang paling berkuasa hingga menindas golongan lain. Sejarah membuktikan bagaimana Allah membinasakan kaum yang angkuh dengan kekuasaan Allah. Lihat sahaja bagaimana Allah menghancurkan kekuasaan Firaun yang menganggap dirinya sebagai tuhan sedangkan dia tidak sedar hakikat bahawa dia juga adalah sama seperti manusia yang lain.

Jelas daripada perbincangan hakikat insan menurut al-Quran ini memperlihatkan kepada kita konsep sebenar apa yang perlu kita seimbangkan. Kita perlulah sedar dengan hakikat bahawa penciptaan kita ini adalah daripada unsur yang hina dan lemah. Dengan cara ini ia akan membawa kita untuk lebih berusaha dan yakin pada diri sendiri. Dalam masa yang sama, berbekalkan kepada hakikat bahawa Allah mengurniakan keistimewaan akal kepada kita berbanding makhluk yang lain membolehkan kita mengoptimumkann fungsi akal ini dengan sebaik mungkin tanpa melampaui batasan yang ditetapkan. Namun adalah penting bagi kita supaya tidak alpa kepada kehidupan dunia sehingga gagal menghayati hakikat insan yang sebenar. Umpama ungkapan yang sering disebut oleh muda-mudi kini iaitu “Kau jangan asyik syok sendiri je sampai melebih-lebih pulak…”

Posted in Isu Perundangan | Leave a Comment »

INSTITUSI BAITULMAL : KONSEP LAMPAU DAN MASA KINI

Posted by syafiqe on August 12, 2008

Oleh: Mohamad Syafiqe bin Abdul Rahim

Pada umumnya hanya terdapat satu sahaja institusi kewangan dan pemegang amanah harta dalam Islam iaitu Baitulmal. Harta-harta yang terkumpul dalam khazanah Baitulmal merupakan harta negara dan dimiliki oleh semua rakyat yang tinggal di negara tersebut. Baitulmal mengikut pandangan al-Mawardi menggambarkan ia seperti tempat merekodkan pembahagian dan pengumpulan harta.[ Al-Mawardi, 1983, al-Ahkam al-Sultaniyyah, Dar al-Shahab li al-Tiba'ah, Kaherah, hal. 124]

Jika dilihat tafsiran mengikut Dictionary of Islam, ia boleh ditakrifkan sebagai perbendaharaan negara yang menerima wang yang dipungut oleh negara Islam dari pelbagai sumber seperti zakat, ghanimah, jizyah dan lain-lain.[Patrick Thomas Huges, 1964, Dictionary of Islam, Lahore Premier Book House, Lahore, hal. 35]

Read the rest of this entry »

Posted in Isu Perundangan | 8 Comments »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 51 other followers