S y a r i a h & Law in MALAYSIA – Version 2.0 -

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

  • Sumbangan Artikel

    Saya mengalu-alukan kepada semua pengunjung laman web ini untuk menyumbangkan sebarang artikel ilmiah berkaitan Undang-undang Syariah di Malaysia. Sila hantar artikel kepada email saya syafiqe@gmail.com. Sila tulis nama penuh anda berserta jawatan atau penuntut di institusi mana sekiranya ada.
  • KEMUKAKAN KEMUSYKILAN ANDA

    Sebarang pertanyaan berkaitan isu-isu melibatkan perundangan dan pentadbiran Islam di Malaysia samaada undang-undang keluarga Islam, Jenayah Islam, Perbankan dan Kewangan Islam dan sebagainya boleh kemukakan persoalan di bahagian "KEMUKAKAN PERSOALAN ANDA". Hanya soalan yang terpilih sahaja akan disiarkan.
  • UNDIAN

  • BLOG STATS

    • 316,124 pengunjung
  • web stats
  • Subscribe

Kemukakan PERSOALAN ANDA

RUANGAN INI DITUTUP BUAT SEMENTARA WAKTU.

62 Responses to “Kemukakan PERSOALAN ANDA”

  1. syafiqe said

    SILA KEMUKAKAN PERSOALAN ANDA DI SINI

  2. BAYU said

    SOALAN:

    Akum..sy telah berkenalan dengan seorang lelaki yang telah ditinggalkan isterinya kira-kira 3 tahun. Tetapi teman lelaki sy berniat utk melepaskan isterinya. Namun disebabkan jarak yang jauh dan kewangan yang tidak mencukupi telah membuatkan kes ini tergantung. utk pengetahuan, isterinya berasal dari sarawak.

    Bagaimana utk menyelesaikan masalah ini…

    KOMEN SAYA:

    Terima kasih di atas soalan tersebut.

    Isunya disini ialah

    1] Saudari telah berkenalan dengan seorang lelaki.

    2] Lelaki tersebut telah ‘ditinggalkan’ isterinya selama 3 tahun.

    3] Kes tersebut masih belum selesai dan tergantung.

    Baik soal utama yang perlu diselesaikan di sini sebenarnya ialah status antara teman lelaki saudari dan isterinya. Ini kerana selagimana mahkamah tidak memutuskan status perkahwinan teman lelaki saudari dengan isterinya yang asal maka saudari tidak boleh bernikah dengan teman lelaki saudari.

    Memang benar dari sudut hukumnya, saudari masih boleh bernikah kerana sepertimana dimaklumi, lelaki dibenarkan berkahwin hingga 4 orang. Namun perundangan Islam di Malaysia memerlukan juga kebenaran mahakamah bagi meluluskan permohonan poligami.

    Jadi bagi untuk mengelakkan kerumitan, kes tersebut perlu diselesaikan terlebih dahulu. Ramai mengambil jalan pintas dengan berkahwin di luar Malaysia misalnya di Thailand dan sebagainya. Namun tindakan tersebut sebenarnya memang sah menurut Syarak tetapi lebih mendatangkan banyak kerumitan pada masa hadapan. Ini kerana ia akan melibatkan soal pendaftaran nikah di Malaysia termasuklah akan didenda maksimum RM 1000 kerana kesalahan berhubungan akad nikah.

    Malah jika pernikahan tersebut tidak didaftarkan segera, ia akan melibatkan implikasi lain seperti soal pendaftaran anak yang baru lahir dan jika berlaku perceraian pula akan melibatkan soal tuntutan-tuntutan nafkah dll. Tetapi disebabkan pernikahan itu tidak didaftarkan, maka mahkamah tiada bidangkuasa untuk mendengar sebarang tuntutan tersebut.

    Pada pandangan saya, yang paling utama kini ialah kes tersebut perlulah diselesaikan segera. Memang benar ia melibatkan soal kos yang tinggi tetapi teman lelaki saudari boleh meminta bantuan guaman daripada biro bantuan guaman. Jika layak, segala kos guaman akan ditanggung oleh pihak biro bantuan guaman.[lihat laman web http://www.bheuu.gov.my/bbg/index.shtml

    Daripada pemerhatian saya, jika melibatkan kes perceraian dimana kedua-dua pihak bersetuju untuk bercerai, ia tidak akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Mungkin dalam tempoh 3 bulan sahaja bergantung kepada mahkamah tertentu. Namun yang penting jika teman lelaki saudari belum melafazkan talak, maka berkemungkinan kes akan lebih mudah diselesaikan. JIka lafaz telah dilafazkan diluar mahkamah, maka mungkin ia akan memakan masa bagi mahkamah kerana mahkamah perlu tentukan status lafaz tersebut samada jatuh talak atau tidak. Jadi saya nasihatkan jangan lafazkan talak di luar mahkamah dahulu tetapi biar mahkamah membuat keputusan terlebih dahulu.

    Namun apa yang penting, saya nasihatkan saudari bagi pihak teman lelaki saudari untuk mendapatkan dahulu maklumat berkaitan biro bantuan guaman terlebih dahulu. Nasihat saya, yang penting kes tersebut perlu diselesaikan terlebih dahulu.

    Terima Kasih… jika ada persoalan lagi boleh kemukakan soalan saudari…

  3. syafiqe said

    PERSOALAN INI DIHANTAR MELALUI EMAIL

    Saya nak minta tolong untuk membantu saya memahami apa yang boleh saya lakukan.
    1. Saya telah berkahwin pada bln 12/2004 dan juga telah bercerai dengan talak 1 pada bulan Jun 2006. Kes ini telah selesai di Mahkamah Tinggi Syariah di Selangor.
    2. Sebelum eddah tamat iaitu pada bulan september 2006 bekas isteri dan saya telah setuju untuk kembali. Dengan ada saksi, malangnya dia tidak mahu mendaftarkan semula perkahwinan dengan alasan saya tidak mahu meminta maaf kepada ahli keluarga beliau. (Sedangkan ahli keluarga beliau pernah memukul saya dan menghina emak dan ayah saya).
    3. Jadi bagaimana status perkahwinan saya ini. Untuk ini kalau bekas isteri nak menikah macammana? Kami tidak tinggal bersama walaupun telah setuju untuk kembali dalam masa eddah tersebut jadi bagaimana?

    4. Untuk penjagaan anak memang bekas isteri sudah dapat hak jagaan. Nak tahu bagaimana dan apa yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan hak penjagaan balik / bersama kerana sekarang saya cuma boleh membawa balik anak 2 hari setiap 2 minggu. (Anak saya seorang sahaja dan lelaki baru berusia 2 stgh tahun).
    5. Kalau bekas isteri pindah kerja / berhenti kerja / pindah rumah. Adakah saya boleh mengetahuinya. Kerana sekarang dia sudah berahsia.
    6. Sekarang saya susah nak berjumpa dengan anak kerana bekas isteri tidak mahu hantar anak untuk berjumpa dengan saya dan tidak mahu hantar ke tempat yang neutral.
    7. Ini menjadi masalah kerana terpaksa jemput anak di rumah beliau sedangkan dia tinggal dengan ahli keluarganya yang sentiasa mahu memukul saya. (Laporan tentang pergaduhan pun ada).

    Sila bantu saya untuk mendapatkan khidmat nasihat dari siapa dan mungkin juga saya perlukan bantuan guaman. Untuk pengetahuan saya bekerja di sektor kerajaan.

    Segala bantuan pihak Encik Syafiqe amatlah dialukan. Terima kasih.

    KOMEN SAYA:

    Terima kasih di atas soalan encik.InsyaAllah di sini saya akan cuba untuk menjawab persoalan encik seringkas dan sebaik mungkin.

    ISU RUJUK

    Dalam kes encik, encik telah menyatakan bahawa encik telah berkahwin pada bulan Disember 2004 dan kemudian telah bercerai dengan talak satu pada bulan Jun 2006. Isu sama ada lafaz talaq dilafazkan di dalam atau di luar mahkamah atau sah atau tidak lafaz tersebut rasanya tidaklah perlu diulas saya di sini kerana secara jelas mahkamah telahpun memutuskan perceraian encik dan bekas isteri encik.

    Isunya di sini adalah apabila timbulnya kemahuan daripada isteri encik untuk kembali semula kepada encik. Adalah jelas bahawa sekiranya isteri yang telah diceraikan dengan talak satu, suami boleh merujuk kembali sebelum tamat eddah. Dalam kes ini, isteri encik bersetuju untuk kembali kepada encik dan encik boleh merujuknya sebelum tamat eddah isteri iaitu pada bulan September 2006 [seperti dinyatakan]. Oleh itu, jika mengikut hukum syarak, memang benar encik boleh melafazkan rujuk terhadap bekas isteri encik dengan disaksikan saksi. Dan sememangnya ia bolehlah dianggap sebagai sah.

    Masalah yang timbul ialah isteri encik enggan mendaftarkan kembali perkahwinan tersebut dengan alasan tidak mahu meminta maaf kepada ahli keluarganya. Untuk pengetahuan pihak encik, setiap perceraian dan apabila pihak-pihak itu ingin kembali semula, maka mahkamah perlu menegsahkan dan mendaftarkan lafaz rujuk mereka itu terlebih dahulu. Maka selepas itu barulah perkahwinan dianggap sah.

    Memang benar, jika dilihat mengikut hukum Syarak, adalah benar rujuk telah berlaku dan encik telahpun dianggap kembali kepada bekas isteri. Untuk pengetahuan, jika perceraian itu akibat talak satu dan telah dirujuk sebelum tamat eddah, maka perkahwinan tersebut tidak memerlukan aqad nikah serta mahar yang baru. Namun perlu diingat ini juga melibatkan soal pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia. Sebenarnya semua undang-undang yang digubal itu bukanlah untuk menyusahkan pihak-pihak tersebut tetapi bertujuan untuk mengelakkan sebarang implikasi yang lebih buruk pada masa hadapan. Sebagai contoh, tujuan perlunya pasangan yang ingin merujuk semula perkahwinan merek aselepas perceraian adalah bertujuan untuk memastikan setiap lafaz rujuk adalah benar-benar sah. Ini kerana hanya mahkamah sahaja yang berautoriti untuk menentukannya.

    Di samping itu jika berlaku perceraian sekali lagi, maka ini akan menimbulkan masalah lain pula. Oleh kerana perkahwinan itu tidak didaftarkan semula disebabkan rujuk tidak didaftarkan di Mahkamah, maka jika berlaku tuntutan nafkah eddah, hak penjagaan, mutaah dan sebagainya, mahkamah tidak berbidangkuasa untuk mendengar segala tuntutan tersebut kerana tiada rekod pernikahan di daftarkan.

    Encik juga ada menyatakan bahawa meskipun telah rujuk, tetapi encik tidak tinggal bersama dengan isteri encik. Mungkin selagi keadaan tersebut berterusan, maka tidak akan wujud masalah lain. Namun bagaimana sekiranya terdapat pihak yang cuba untuk ‘mengenakan’ encik dan isteri dengan membuat laporan berlaku perbuatan bersekedudukan tanpa hubungan yang sah? [Maaf ini sebagai satu bentuk ingatan sahaja]. Bagaimana encik ingin membuktikan encik dan isteri adalah pasangan yang sah sedangkan tiada bukti pernikahan antara encik dan isteri?

    Oleh yang demikian, saya berpandangan, adalah penting agar jika encik ingin merujuk kembali bekas isteri encik, biarlah ia dilakukan dengan lebih teratur. Tidak dapat tidak, adalah penting mahkamah Syariah yang menentukannya. Maka dengan ini, segala prosedur dapat berjalan dengan lancar dan dipatuhi untuk mengelakkan sebarang implikasi yang tidak diingini pada masa hadapan.Mungkin berat di hati encik untuk melakukannya atas alasan encik tidak mahu meminta maaf kepada ahli keluarga isteri encik. Namun dalam hal ini, sukar bagi saya untuk memberi jawapannya. Ini kerana segala-galanya bergantung pada encik bagi menentukannya. Saya merasakan perlulah dilihat kepentingan yang lebih utama. Saya hanyalah memberi pandangan berkaitan soal perundangan sahaja dan apabila ia melibatkan soal hati dan perasaan maka ia perlulah ditentukan oleh diri encik sendiri. Sepertimana yang saya jelaskan tadi, kita perlulah bijak menilai mana yang lebih utama dan penting.

    ISU HAK PENJAGAAN ANAK

    Berkaitan dengan persoalan tentang hak penjagaan anak, faktanya di sini ialah:

    1]encik mempunyai seorang anak lelaki berumur 2 tahun

    2]Bekas isteri encik mempunyai hak penjagaan terhadap anak tersebut

    3]Encik sukar untuk berjumpa dengan anak encik kerana masalah sukar berjumpa dengannya

    Bagi masalah ini, memang pada mulanya hak penjagaan anak diberikan kepada bekas isteri encik. Jika diteliti, peruntukan undang-undang pentadbiran Keluarga ISlam, sememangnya ibu adalah yang paling layak untuk mendapatkan hak tersebut. Ini adalah disebabkan ibu dianggap paling rapat dengan anak. Seksyen 82 Enakmen Undang-Undang Keluarga ISlam Selangor 2003 menyatakan bahawa “Tertakluk kepada seksyen 83, ibu adalah yang paling berhak dari segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.”

    Hak hadanah pada siapa?

    Jadi prinsip umum pertama ialah jika pasangan itu bercerai atau perkahwinan itu terbatal, maka hak hadanah adalah pada ibu. Mengapa? Kerana ibu lebih mengetahui mengenai keperluan anaknya, lebih faham anaknya itu kerana bukankah dia yang mengandungkan dan melahirkan anaknya itu? Malah wanita juga lebih lemah lembut dan sensitif serta mudah mesra dengan anak-anak. Ini jelas berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr tentang seorang perempuan yang dicerai suami dan ada seorang anak. Suaminya hendakkan anak itu tetapi perempuan itu menemui Nabi dan berkata : ”Ya Rasulullah sesungguhnya anak ini perut akulah yang mengandungkannya, ribaankulah yang mengawasinya dan air susu akulah minumannya; bapanya hendak merebutnya dariku. Maka sabda Nabi Engkaulah yang lebih utama dan berhak menjaga anak itu selama mana engkau belum berkahwin” [Abu Daud]. Maka hak hadanah kepada ibu itu berterusan hanyalah apabila anak itu belum mumayiz atau termasuk di dalam definisi hadanah yang saya jelaskan sebelum ini. Jadi hak ini berterusan hinggalah ada alasan bagi menarik semula hak itu atau sehingga anak itu mampu memilih sama ada untuk memilih ibu atau bapa.

    Prinsip kedua selain hak kepada ibu ialah kebajikan anak. Jika diberi hak hadanah kepada ibu tetapi tidak mampu untuk menjaga kebajikan anak yang lain maka matlamat hadanah tidak tercapai. Dalam hal ini ramai ulama’ dan ahli akademik serta para hakim syarie melihat daripada aspek maslahah dalam menentukannya. Imam Ghazali dalam Kitab al-Mustasfa mendefinisikan maslahah sebagai kefahaman asas tentang penghasilan kebaikan dan penolakan keburukan dan merujuk kepada lima objektif syarak iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. [Jil. 1, hal. 216]. Untuk huraian berkesan lihat artikel saya dalam http://www.syafiqe.wordpress.com bawah tajuk ’aplikasi maslahah dalam penentuan hak hadanah’.

    HAK PENJAGAAN HILANG

    Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa hak penjagaan itu boleh hilang sekiranya mahkamah mendapati ibu itu tidak layak menjaganya atas alasan-alasan yang tertentu. Namun apa yang jelas, mahkamah dalam menentukan soal ini akan melihat kepada kebajikan anak itu yang perlu lebih diutamakan, Meskipun ibu paling layak, namun jika ia boleh membawa kemudaratan dan menjejaskan kebajikan anak, maka hak tersebut boleh hilang. Seksyen 84 menyatakan:

    “Hak seseorang perempuan terhadap hadhanah adalah hilang—

    (a) jika perempuan itu berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu yang orang itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, jika penjagaannya dalam hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu tetapi haknya untuk penjagaan akan kembali semula jika perkahwinan itu dibubarkan;

    (b) jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka;

    (c) jika perempuan itu menukar pemastautinannya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu dari menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, kecuali bahawa seseorang isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu;

    (d) jika perempuan itu murtad;

    (e) jika perempuan itu mencuaikan atau menganiaya kanak-kanak itu.”

    Bagi kes encik ini pula, memang benar hak penjagaan anak itu telah diserahkan kepada bekas isteri encik tapi, peruntukan undang-undang keluarga ISlam ada menyatakan hak penjagaan itu hanya akan berterusan hinggalah anak itu sudah mumayyiz. Dalam isu mumayyiz ini, undang-undang menetapkan tempohnya adalah seperti dijelaskan dalam Seksyen 85 yang menyebut:

    “Hak hadinah bagi menjaga seseorang kanak-kanak adalah tamat setelah kanak-kanak itu mencapai umur tujuh tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu perempuan, tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan hadinah, membenarkan dia menjaga kanak-kanak itu sehingga kanak-kanak itu mencapai umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sebelas tahun, jika kanak-kanak itu perempuan.”

    Oleh itu, sekiranya telah sampai tempoh tersebut, mahakamh boleh memutuskan hak penjagaan itu bertukar kepada bapa tetapi perlulah dibuat satu permohonan kepada mahkamah. Maka mahkamah akan membenarkan anak tersebut untuk melakukan “khiyar” iaitu pemilihan. Anak yang sudah sampai tempoh mumayyiz itu akan diberi hak untuk memilih samaada bapa atau ibunya. Seksyen 85 ada menyatakan:

    “Setelah tamatnya hak hadinah, penjagaan adalah turun kepada bapa, dan jika kanak-kanak itu telah mencapai umur kecerdikan (mumaiyiz), maka kanak-kanak itu adalah berhak memilih untuk tinggal dengan sama ada ibu atau bapanya, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya”

    Oleh itu bagi masalah encik, jika sudah sampai tempoh tersebut, maka proses khiyar akan berlaku. Tetapi perlulah dibuat permohonan terlebih dahulu di Mahkamah. Bagi isu kini encik sukar untuk berjumpa dengan anak encik, sebenarnya mahkamah akan menentukan dalam tempoh ini encik juga berhak untuk mendapat hak untuk melawat. Dan saya pasti encik ada mendapat perintah mahkamah berkaitan hal tersebut. Ini seperti yang encik nyatakan bahawa encik boleh membawa balik anak 2 hari setiap 2 minggu. Jika berlaku keingkaran oleh bekas isteri encik untuk membenarkannya sepertimana diperintahkan mahkamah, maka encik berhak untuk membuat laporan ke mahkamah.Ini kerana encik mempunyai hak melawat anak tersebut meskipun hak penjagaan penuh terhadap anak itu buat masa kini adalah pada isteri encik. Hal ini ada dinyatakan dalam Seksyen 88 iaitu:

    “…Suatu perintah penjagaan boleh:

    (c)mengadakan peruntukan bagi kanak-kanak itu melawat ibu atau bapa yang tidak diberi jagaan atau seseorang dari keluarga ibu dan bapa yang telah mati atau tidak diberi jagaan pada masa-masa dan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah;

    (d) memberi ibu atau bapa yang tidak diberi jagaan atau seseorang dari keluarga ibu atau bapa yang telah mati atau tidak diberi jagaan hak untuk berjumpa dengan kanak-kanak itu pada masa-masa dan dengan seberapa kerap yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah…”

    Oleh itu, diharap jawapan ringkas ini dapat membantu encik. Bagi soalan tentang khidmat guaman, memang saya mencadangkan encik untuk mencari peguam bagi menguruskan kes ini. Ini kerana mungkin mereka boleh lebih membantu encik menyelesaikan masalah dengan lebih teliti. Tetapi adalah lebih baik jika sebelum mencari peguam, masalah-masalah tersebut dapat diselesaikan dahulu secara perbincangan. Ini kerana jika kita mengambil peguam sudah tentu ini melibatkan soal kos guaman lagi. Untuk makluman, kos untuk buka fail sudah dikenakan paling kurang RM500. Jadi lebih baik segala masalah cuba diselesaikan dahulu dengan perbincangan. Mana yang benar-benar melibatkan soal perundangan, barulah khidmat guaman digunakan.

    Namun sekiranya ada sebarang measlah kewangan, encik boleh mendapatkan khidmat biro bantuan guaman. Jika cukup kelayakan, segala kos guaman akan ditanggung oelh Biro Bantuan Guaman. Jika saya tidak silap, antara syarat yang utama ialah ppendapatan sebulan perlulah kurang daripada RM1000.

    Sekian pandangan saya. Terima Kasih

  4. rien daud said

    assalamualaikum,
    en.shafiqe saya dari syarikat produksi ingin tahu serba sedikit mengenai peraturan atau adab di dalan mahkamamah keluarga..ini kerana saya akan membuat satu drama mengenai perbicaraan pasangan yang bukan muslim untuk bercerai.. mereka ini akn dibicarakan di mahkamah keluarga kan?
    apakah adab2 di dalam mahkamah yang perlu ditonjolkan di dalam drama?selain dari itu adakah boleh kes penceraian ini dibicarakan disaksikan oleh orang luar atau perbicraan itu hanya di antara pihak keluarga atau sanak saudara pasangan yang terlibat?
    apakah website yang boleh saya lihat untuk lebih tau mengenai prosedur2 serta jenis peguam yang terlibat dalam kes seperti ini?
    saya harap mendapat jawapan dengan segera..terima kasih.

    Saya kurang pasti tentang mahkamah keluarga di Mahakamah Sivil. Tapi jika di Mahkamah Syariah, tiada Mahkamah Syariah Keluarga. Ini kerana semua kes akan dibicarakan di mahkamah Syariah dan tiada mahkamah lain yang khusus bidangkuasanya bagi kes kekeluargaan sahaja.

    Tentang adab-adab dalam mahkamah, seperti yang kita sedia maklum, tidaklah boleh hadirin membuat bising, makan/minum dan perlu dijaga adab berpakaian. Bagi kes cerai non muslim ia akan dibicara di mahkamah Sivil dan bukan mahkamah Syariah. Secara asasnya, adab serta peraturannya tetap sama kerana mahkamah perlulah dihormati. Malah jika ada orang yang ingin masuk dan keluar dari mahkamah perlu menundukkan kepala kepada hakim sebagai tanda hormat.

    Kes-kes yang dibicara di mahkamah memang boleh dilihat oleh orang awam lain melainkan hakim mensyaratkan yang lain seperti menetapkan kes dibicarakan secara tertutup sekirannya ia melibatkan aib pihak-pihak yang bertikai dan sebagainya.

    Untuk website tentang prosedur-prosedur dan guaman, cuba lihat di laman web bar council di http://www.malaysianbar.org.my

    terima kasih

  5. jebat said

    Salam,

    saya ingin mengetahui mengenai sejarah Sistem Undang-undang Islam(Hudud,Qisas)di Malaysia dan bagaimana ia dpt di laksanakan di Malaysia?

    Terima KAsih atas soalan saudara. Untuk pengetahuan, di Malaysia pada dasarnya tidak mengamalkan undang-undang Islam iaitu melibatkan jenayah Syariah seperti Hudud dan Qisas secara penuh. Apa yang dapat saya simpulkan ialah ia hanyalah melibatkan hukuman takzir sahaja iaitu hukuman yang ditentukan oleh pemimpin meskipun jika didapati kesalahan terseut mungkin hukumannya sepatutnya hukuman hudud/qisas.

    Persoalannya kini, bagaimana undang-undang jenayah Islam itu hendaklah dilaksanakan di Malaysia? Isu ini sebenarnya melibatkan soal perundangan. Ini kerana di dalam perlembagaan Malaysia Perkara 4 telah jelas menyatakan bahawa :

    “Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.”

    Ini bermaksud, undang-undnag utama persekutuan adalah bukannya undang-undang Islam tetapi adalah perlembagaan persekutuan itu sendiri. Ada pihak berhjah bahawa di dalam Perkara 3 ada menyatakan bahawa ISlam adalah agama rasmi pesekutuan. Ini dinyatakan seperti berikut:

    “Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.”

    Namun perlu diingat tafsiran Islam itu bukanlah meliputi semua perkara yang terkandung di dalam Islam itu tetapi hanyalah melibatkan unsur-unsur tertentu sahaja seperti undnag-undang keluarga Islam dan undang-undang diri. Malah terdapat satu ‘landmark’ kes iaitu kes Che Omar Che Soh v PP. Dalam kes ini, defendan telah dikenakan hukuman gantung kerana mengedar dadah. Dalam hujahnya, peguam menyatakan bahawa hukuman gantung tersebut adalah tidak sah kerana ia tidak terkandung di dalam undang-undang jenayah ISlam untuk dikenakan hukuman bunuh. Beliau berhujah bahawa Perkara 3 iaitu tentang ISlam sebagai agama rasmi telah memberi hak kepadanya sebagai seorang ISlam. Namunhakim Salleh Abbas menolak hujah itu dengan menyatakan bahawa hasrat perkara 3 itu bukanlah bermaksud ISlam meliputi keseluruhan kandungan prinsip ISlam tetapi Islam di situ hanyalah ditafsirkan sebagai melibatkan ritual semata-mata.

    Oleh itu, jika hendak dlaksanakan juga undang-undnag jenayah ISlam, maka perlu dipinda perlembagaan khususnya perkara 4 tentang udang-undang utama persekutuan itu. Namun ia adalah sangat rumit kerana memerlukan 2/3 sokongan majoriti. Persoalannya adalah mudah untuk dapatkan sokongan tersenut kerana kita hidup berbilang kaum dan sudah tentu akan menimbulkan konnflik.

    Terima Kasih

  6. syasya said

    assalamualaikum

    saya dah baca ttg hadanah dalam blog encik.nak tanya sedikit iaitu saya mendapat hak jagaan bagi anak saya.tetapi saya akan ke luar negara atas urusan perniagaan dan ‘mungkin’ tidak dapat menjaga anak saya dgn baik.ibu bapa saya tidak mahu menjaganya.Bagaimana penyelesaiannya ( dalam perundangan Islam sebenar dan undang2x Malaysia).Beri bekas suami jaga atau saya bawa sahaja anak saya yang berumur 4 tahun itu ke luar negara.

    soalan lain, di mana saya boleh belajar selok belok perniagaan / perbankan di dalam Islam supaya saya lebih cermat ( mengikut lunas2x islam) ketika berniaga.mungkin ada artikel2x/web yg bermanfaat atau sbrg kertas kerja yang bermanfaat utk saya baca.

    - insan resah yg mahu belajar agama-

    JAWAPAN

    TERIMA KASIH ATAS SOALAN TERSEBUT.

    1] SAYA BERPANDANGAN ADALAH LEBIH BAIK JIKA PUAN SENDIRI YANG MENJAGA ANAK PUAN YANG BERUMUR 4 TAHUN ITU. ALASANNYA ADALAH SEPERTIMANA YANG TELAH SAYA JELASKAN DALAM ARTIKEL SAYA TENTANG HAK HADHANAH SEBELUM INI. PETIAKNNYA SEPERTI BERIKUT:

    “Jadi prinsip umum pertama ialah jika pasangan itu bercerai atau perkahwinan itu terbatal, maka hak hadanah adalah pada ibu. Mengapa? Kerana ibu lebih mengetahui mengenai keperluan anaknya, lebih faham anaknya itu kerana bukankah dia yang mengandungkan dan melahirkan anaknya itu? Malah wanita juga lebih lemah lembut dan sensitif serta mudah mesra dengan anak-anak. Ini jelas berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr tentang seorang perempuan yang dicerai suami dan ada seorang anak. Suaminya hendakkan anak itu tetapi perempuan itu menemui Nabi dan berkata : ”Ya Rasulullah sesungguhnya anak ini perut akulah yang mengandungkannya, ribaankulah yang mengawasinya dan air susu akulah minumannya; bapanya hendak merebutnya dariku. Maka sabda Nabi Engkaulah yang lebih utama dan berhak menjaga anak itu selama mana engkau belum berkahwin” [Abu Daud]. Maka hak hadanah kepada ibu itu berterusan hanyalah apabila anak itu belum mumayiz atau termasuk di dalam definisi hadanah yang saya jelaskan sebelum ini. Jadi hak ini berterusan hinggalah ada alasan bagi menarik semula hak itu atau sehingga anak itu mampu memilih sama ada untuk memilih ibu atau bapa.”

    2] TENTANG SOALAN BERKAITAN PERBANKAN ISLAM, SAYA MENCADANGKAN PUAN MERUJUK KE LAMAN WEB http://WWW.ZAHARUDDIN.NET. DI SITU TERDAPAT BANYAK PERBINCANGAN ILMIAH BUKAN SAHAJA TENTANG KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM SAHAJA TETAPI ASPEK-ASPEK LAIN.

    TERIMA KASIH

  7. Nurfazzlina Seng Bt Abdullah said

    assalamualaikum,
    saya berkahwin pd thn 2001 dan bercerai pd 2004.saya mempunyai seorg anak lelaki berumur 5 thn skrg di bwh jagaan bekas suami saya.(belum ditentukan oleh mahkamah-hak penjagaan)dlm tempoh tersebut saya hanya beberapa kali shj melawat anak saya di melaka.saya tidak dibenarkan membawa keluar anak saya dr rumah mentua.(bukan arahan dr mahkamah)atas alasan bimbang saya akan membawa anak saya lari.saya tidak pasti bekas suami saya bekerja di mana kerana tidak tetap.saya cuma tahu mak mentua saya yg menjaga anak saya.dlm tempoh tersebut ekonomi saya belum stabil tp skrg karier saya semakin baik.saya bercadang nak mendapatkan hak penjagaan ke atas anak saya.utk pengetahuan en. saya converted islam thn 2000 & berasal dr sarawak.isu ini dijadikan satu masalah oleh mentua saya.bimbang sekiranya saya murtad & memberi kesan kpd anak saya.memandangkan ekonomi saya semakin baik,saya bercadang nak mendptkan hak penjagaan anak saya.apakah pandangan encik?

    JAWAPAN:

    Terima kasih atas soalan saudari. Saya akan cuba menjawab dengan seringkas mungkin. Pada dasarnya berdasarkan masalah yang dikemukakan, saya dapati terdapat beberapa isu yang mungkin boleh diambil perhatian. Sebenarnya jika pihak puan ingin mendapatkan hak jagaan anak puan, maka beberapa langkah boleh diambil.

    Jika dilihat pada persoalan tersebut, Puan mengatakan hak jagaan anak tersebut masih lagi belum diputuskan oleh mahkamah. Maka saya berpandangan peluang puan untuk mendapatkan hak jagaan tersebut adalah besar atas dasar umur anak puan yang masih lagi belum menjangkau umur 7 tahun yang membolehkan dia membuat khiyar [pilihan memilih hendak bersama ibu atau bapa]. Sebenarnya mahkamah dalam menentukan soal hak jagaan akan melihat kepada kebajikan anak itu dan paling jelas, ibu adalah pihak yang paling berhak menjaga anak.

    Soal ahli keluarga puan enggan memberi hak jagaan kepada puan sepatutnya tidak timbul kerana yang paling berhak menentukan hak jagaan adalah mahkamah jika tiada persepakatan. Mahkamah akan memanggil pihak yang perlu sebagai saksi dalam perbicaraaan. Maka disinilah mahkamah akan membuat pertimbangan. Saya mencadangkan jika telah dibawa kes penjagaan anak ke mahkamah, maka ia perlu diteruskan tetapi jika belum, saya cadangkan dibuat satu tuntutan di mahkamah.

    Di sini saya sertakan satu petikan jawapan saya bagi satu soalan yang mempunyai situasi yang hampir sama dengan puan:

    Hak hadanah pada siapa?

    Jadi prinsip umum pertama ialah jika pasangan itu bercerai atau perkahwinan itu terbatal, maka hak hadanah adalah pada ibu. Mengapa? Kerana ibu lebih mengetahui mengenai keperluan anaknya, lebih faham anaknya itu kerana bukankah dia yang mengandungkan dan melahirkan anaknya itu? Malah wanita juga lebih lemah lembut dan sensitif serta mudah mesra dengan anak-anak. Ini jelas berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr tentang seorang perempuan yang dicerai suami dan ada seorang anak. Suaminya hendakkan anak itu tetapi perempuan itu menemui Nabi dan berkata : ”Ya Rasulullah sesungguhnya anak ini perut akulah yang mengandungkannya, ribaankulah yang mengawasinya dan air susu akulah minumannya; bapanya hendak merebutnya dariku. Maka sabda Nabi Engkaulah yang lebih utama dan berhak menjaga anak itu selama mana engkau belum berkahwin” [Abu Daud]. Maka hak hadanah kepada ibu itu berterusan hanyalah apabila anak itu belum mumayiz atau termasuk di dalam definisi hadanah yang saya jelaskan sebelum ini. Jadi hak ini berterusan hinggalah ada alasan bagi menarik semula hak itu atau sehingga anak itu mampu memilih sama ada untuk memilih ibu atau bapa.

    Prinsip kedua selain hak kepada ibu ialah kebajikan anak. Jika diberi hak hadanah kepada ibu tetapi tidak mampu untuk menjaga kebajikan anak yang lain maka matlamat hadanah tidak tercapai. Dalam hal ini ramai ulama’ dan ahli akademik serta para hakim syarie melihat daripada aspek maslahah dalam menentukannya. Imam Ghazali dalam Kitab al-Mustasfa mendefinisikan maslahah sebagai kefahaman asas tentang penghasilan kebaikan dan penolakan keburukan dan merujuk kepada lima objektif syarak iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. [Jil. 1, hal. 216]. Untuk huraian berkesan lihat artikel saya dalam http://www.syafiqe.wordpress.com bawah tajuk ’aplikasi maslahah dalam penentuan hak hadanah’.

    HAK PENJAGAAN HILANG

    Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa hak penjagaan itu boleh hilang sekiranya mahkamah mendapati ibu itu tidak layak menjaganya atas alasan-alasan yang tertentu. Namun apa yang jelas, mahkamah dalam menentukan soal ini akan melihat kepada kebajikan anak itu yang perlu lebih diutamakan, Meskipun ibu paling layak, namun jika ia boleh membawa kemudaratan dan menjejaskan kebajikan anak, maka hak tersebut boleh hilang. Seksyen 84 menyatakan:

    “Hak seseorang perempuan terhadap hadhanah adalah hilang—

    (a) jika perempuan itu berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu yang orang itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, jika penjagaannya dalam hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu tetapi haknya untuk penjagaan akan kembali semula jika perkahwinan itu dibubarkan;

    (b) jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka;

    (c) jika perempuan itu menukar pemastautinannya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu dari menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, kecuali bahawa seseorang isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu;

    (d) jika perempuan itu murtad;

    (e) jika perempuan itu mencuaikan atau menganiaya kanak-kanak itu.”

    Bagi kes encik ini pula, memang benar hak penjagaan anak itu telah diserahkan kepada bekas isteri encik tapi, peruntukan undang-undang keluarga ISlam ada menyatakan hak penjagaan itu hanya akan berterusan hinggalah anak itu sudah mumayyiz. Dalam isu mumayyiz ini, undang-undang menetapkan tempohnya adalah seperti dijelaskan dalam Seksyen 85 yang menyebut:

    “Hak hadinah bagi menjaga seseorang kanak-kanak adalah tamat setelah kanak-kanak itu mencapai umur tujuh tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu perempuan, tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan hadinah, membenarkan dia menjaga kanak-kanak itu sehingga kanak-kanak itu mencapai umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sebelas tahun, jika kanak-kanak itu perempuan.”

  8. AZ said

    Askm,

    Saya telah bercerai lapan tahun lalu dan mempunyai seorang anak lelaki,sekarang anak saya berumur 9tahun masuk bulan september 2008.Sejurus saya lepas eddah, saya berkahwin dengan seorang lelaki.Kerana saya belum mendapat surat cerai, keluarga saya telah memenggil bekas suami untuk memberitahu dan jika beliau ada apa2 masalah.Bekas suami tidak membantah.

    Hak penjagaan tidak pernah diberi kepada sesiapa pun.Saya telah menjaga anak sejak itu walaupun anak selalu dipaksa utk pergi ke rumah dan tidur di rumah bekas suami.Bekas suami juga mempunyai anak hasil perkahwininan dgn isteri pertama.Bekas suami tidak jaga anak saya dengan betul dan selalu tinggal anak pada waktu malam dengan pembantu dan dengan mak tirinya.Anak sya menangis sampai mengeletar dan selau muntah2 kerana stress nak kena pergi dengan keluarga sana.Semua aturan sekolah dan sebagainya dibuat olah bekas suami tanpa minta persetujuan tapi hanya beri arahan.Dia menghantar abak ke Internatinol school tanpa berbincang, hanya beri arahan.Tahap ugama di skolah ini tdak sebaik sekolah kerajaan.Dia juga telah memaksa co-parenting masa anak saya umur 6tahun.Anak saya masalah ke sekolah kerana dia diambil lepas skolah oleh ibu tirinya dan selalu jatuh sakit.Keadaan teruk hingga cikgu besar berjumpa dengan saya.Co-peranting diberhentikan.

    1.Dia memaksa anak saya untuk tinggal bersama dia selama 3 hari dan 4 hari dirumah saya.

    2.Anak saya takut dan selalu di buli olah kakak dan abang di rumahnya.

    3.Jika anak dipaksa pergi kelas2 tambahan seperti tea-kwando, bolehkah anak saya tidak mahu ikut kej=hendak kerana anak tertekan pergi denagn kakak dan abang nya.

    4.Anak saya amat rapat dengan suami saya sekarang dan suami saya orang beriman.Didikan ugama diutamamakan di rumah saya.

    Apakah hak saya sebagai ibu dan hak ank saya.

  9. hanafi said

    saya mau tahu penyelesaian masalah hadhanah di sesuaikan dengan fluktuasi nilai tukar rupiah

    Maaf saya kurang faham dengan maksud pertanyaan saudara…

  10. AZ said

    Assalammualaikum,

    saya ingin mengetahui hak saya dan anak saya keatas hak penjagaan dan sebagainya(hal-hal berkaitan dengan masa depan anak itu).

    1.Saya telah bercerai 8 tahun lalu dan mempunyai anak seorang anak lelaki.Anak lelaki tersebut tinggal bersama tetapi diambil utk tidur di rumah bapanya dari umur 8bulan.Anak saya menghadapi masalah tekanan kerana terpaksa berpisah dengan saya.Sintom2 yang dapat dilihat adalah seperti muntah2,menangis teresak2 dan apibila umur 4 3 tahun atau sudah pandai bercakap, anak saya akan menyakiti dirinya sendiri apabila dipaksa pergi kerumah atau keluar dengan bapanya.Anak saya selalu jatuh sakit.Bekas suami tetap mahu memaksa anak saya untuk tidur dan keluar dengannya.Saya pun tidak membantah kerana hak dia sebagai bapa.

    2.Saya telah bernikah 8tahun yang lalu dengan seorang lelaki.Dia seorang yang penyayang dan beriman(Inshaallah).Anak saya amat rapat dan sayangkan suami saya.Saya mempunyai seorang anak perempuan umur2 tahin denagnnya.

    3.Anak lelaki saya sekarang burumur 9tahun.Dia tidak mahu tidur atau dipaksa untuk pergi dengan bapanya kerana tidak rasa selesa,selamat dan dijaga dengan baik.Bekas suami juga mempunyai keluarga dan mempunyai 4 orang anak dengan isterinya.

    Tolong beri nasihat hak anak saya dan saya sebagai ibu.

    Terima Kasih.

    JAWAPAN

    Terima kasih atas soalan Puan. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana agak lewat membalas.
    Masalah puan pada pandangan saya sebenarnya telah banyak diulas oleh saya sebelum ini dalam jawapan persoalan yang berkaitan. Ini kerana isunya agak sama. Namunsaya akan cuba untuk menjawab dengan seberapa ringkas dan padat.

    Jika puan belum mendapat sebarang perintah mahkamah tentang hak penjagaan anak, maka penyelesaiannya mungkin lebih mudah. Oleh kerana soalan puan menunjukkan tidak lagi permohonan hak penjagaan dilakukan di mahkamah, jadi saya beranggapan ianya masih belum dibuat.

    Dalam hal ini, puan boleh membuat permohonan penjagaan anak daripada mahkamah. Ini kerana undang-undang memberi hak penjagaan anak kepada ibu pada dasarnya kerana mereka yang paling berhak. Kecuali sekirannya berlaku perkara yang boleh menyebabkan hak penjagaan tersebut ditarik balik seperti kebajikan anak tersebut terabai dan sebagainya. Ini kerana prinsip yang paling utama sekali bagi menentukan hak penjagaan anak adalah KEBAJIKAN ANAK ITU.

    Oleh kerana anak puan telah mumayiz iaitu telah berumur lebih 7 tahun [seperti ditetapkan peruntukan], maka anak puan berhak untuk membuat khiyar[pilih] samaada ingin bersama puan atau bekas suami puan. Saya ada mengulas semua perkara ini dalam beberapa persoalan sebelum ini. Mungkin puan boeh membaca beberapa soalan yang dikemukakan oleh penyoal lain yang mempunyai masalah jagaan anak seperti masalah puan ini.

    Diharap ini dapat membantu. Jika ada persoalan lagi boleh email terus pada saya syafiqe@gmail.com

    WaallahuA’lam

  11. Wan Mohd Zawawi said

    Askm,

    Pertanyaan hadhanah anak belum mumayiz.

    Saya mempunyai dua orang anak perempuan 7 tahun dan lelaki 5 tahun yang dimana perempuan tinggal dengan saya dan lelaki dengan ibunya.

    Ibunya menuntut permohonan hadhanah dimahkamah untuk 2 orang anak.

    1,Anak perempuan tidak mahu tinggal dengan ibunya yang dimana beliau pernah menangis apabila dibawa berjumpa ibunya dan enggan bercakap walaupun ibunya menelefon.Anak ini dari kecil dijaga oleh kedua ibubapa saya dari lahir lagi yang dimana dia jarang pulang kerumah walaupun saya masih bersama isteri saya.

    2,Anak lelaki saya 5 tahun apabila berjumpa dinursery selalu mangadu dirotan dan pernah dilempang oleh ibunya yang dimana saya merekod pernyatan beliau.Anak lelaki menangis ingin bermalam dengan saya tetapi ibunya tak membenarkan dengan alasan takut diracuni pemikiran beliau seperti kakaknya.Adakah anak menangis berjumpa ibunya diracuni perasaan atau takut dengan ibunya seorang pemarah dan merotan.

    Soalan.
    apakah hak saya dipertimbangkan dimahkamah yang dimana saya mempunyai rakaman luahan isi anak yang belum mumayis untuk tinggal bersama saya yang dimana kini saya tinggal bersama dengan kedua ibubapa saya.Adakah wajar ibunya mengajar anak dengan merotan walaupun anak berusia lima tahun.

    JAWAPAN:

    Dalam isu mumayyiz ini, undang-undang menetapkan tempohnya adalah seperti dijelaskan dalam Seksyen 85 yang menyebut:

    “Hak hadinah bagi menjaga seseorang kanak-kanak adalah tamat setelah kanak-kanak itu mencapai umur tujuh tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu perempuan, tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan hadinah, membenarkan dia menjaga kanak-kanak itu sehingga kanak-kanak itu mencapai umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sebelas tahun, jika kanak-kanak itu perempuan.”

    Anak Encik berumur
    1] Lelaki – 5 tahun
    2] Perempuan – 7 tahun

    Oleh itu berdasarkan peruntukan yang saya sebut sebentar tadi, adalah jelas anak encik belum lagi mencapai tahap mumayyiz. Ini kerana mumayyiznya anak encik membolehkan mereka membuat khiyar [pilihan] samaada memilih bapa atau ibu untuk tinggal bersama. Memang bena hak penjagaan anak bagi anak yang belum mumayiz adalah pada ibu tetapi mahkamah boleh mengubahnya demi kebajikan anak. Jika mahkamah mendapati wujud sesuatu yang boleh menjejaskan kebajikan anak, maka hak anak akan beralih kepada pihak lain.

    Tentang encik ada menyimpan pita rakaman, menurut undang-undang keterangan, ia boleh dianggap sebagai qarinah yang boleh digunapakai dalam perbicaraan. Namun mungkin pihak lawan akan cuba mempertikaikan ketulenan rakaman itu. Jadi adalah lebih mudah jika anak encik sendiri dipanggil sebagai saksi. Penentuan siapa yang akan menjadi saksi kebiasaannya akan ditentukan oleh peguam yang dilantik.

    Wallahua’lam.

  12. shima said

    Assalamualaikum…
    saya hendak bertanya….
    bagaimanakah sistem kewangan islam pada zaman penjajahan kita dahulu dilaksanakan.

    JAWAPAN:

    Terima KAsih atas soalan saudari tersebut. Sebenarnya sistem kewangan Islam ketika zaman penjajahan dahulu tidaklah seperti siste yang ada kini. Sistemnya bolehlah dianggap sebagai ringkas dan tidak sekompleks pada masa kini. Saudari boleh merujuk artikel saya berkaitan sejarah pelaksanaan sistem perbankan Islam.
    http://syafiqe.wordpress.com/2008/03/26/sejarah-ringkas-perkembangan-sistem-perbankan-islam-di-malaysia/

  13. suzana said

    Saya ada kemushkilan mengenai hukum faraid. Jika salah seorang anak lelaki yang berhak keatas harta ayahnya meniggal sebelum harta itu dapat dibahagikan sama rata antara dia dan 2 orang adik beradik lelakinya, apakah harta peniggalan ayahnya tidak dapat diperolehi oleh balu dan anaknya? Balu itu mempunyai 3 orang anak perempuan sahaja. Adik beradik lelaki simati ingin mengambil semua harta peniggalan ayah mereka walaupun simati ada menaggung perbelanjaan pembinaan rumah ayah mereka.

    JAWAPAN

    Adakah balu itu merupakan ibu tiri kepada anak lelaki tersebut dan anak perempuan itu merupakan anak tiri bapa (si mati itu)? Jika ya sememangnya balu dan tiga anak perempuan itu tidak berhak. Jika tidak, balu atau isteri si mati berhak untuk mendapat bahagian begitu juga 3 org anak perempuan itu

  14. Faba said

    Assalamualaikum…
    saya hendak bertanya….
    1. adakah terdapat sebarang peruntukan perundangan dan kes-kes di malaysia ( menurut undang-undang jenayah Islam ) mengenai jenayah sihir atau seumpamanya?

    2. bagaimanakah pula perspektif undang-undang sivil di Malaysia atau antarabangsa mengenai jenayah sihir ini?

    JAWAPAN

    Setahu saya sememangnya tida peruntukan khusus berkaitan sihir ini di Malaysia. Tetapi peruntukan jenayah Syariah ada memperuntukan kesalahan sekiranya amalan tersebut boleh dianggap bertentangan dengan akidah ISlam maka tindakan boleh diambil.

    saya sangat berbesar hati sekiranya en.syafiqe dapat membantu menyelesaikan persoalan yang bersarang dalam minda saya..

  15. huril said

    Assalamualaikum…

    Saya ingin bertanya..

    Adakah terdapat sebarang peruntukan di Malaysia di bawah undang-undang sivil yang boleh mendakwa seseorang atau sekumpulan orang yang mengamalkan ajaran sesat?

    Adakah wujud sebarang kes-kes yang telah diputuskan di mahkamah di Malaysia mengenai pendakwaan untuk mereka yang mengamalkan ajaran sesat?

    Terima kasih.

    JAWAPAN:

    1.Peruntukan khusus berkaitan ajaran sesat ada diperuntukan di bawaha enakmen jenayah SYariah disetiap negeri. Ia berbeza mengikut negeri. Dan semua pendakwaan akan dibuat di Mahkamah Syariah dan bukannya Sivil
    2. Kes-kes berkaitan ajaran sesat sememangnya ada tetapi tidak banyak dilaporkan. Tetapi perlu diingat ianya dibuat di Mahkamah SYariah dan bukannya Sivil. Lihat laman web ini di bahagian e-kes syariah bagi mendapatkan maklumat

  16. zaharah said

    Assalamualaikum ustaz…
    saya ingin bertanya,
    1. Adakah dijatuhkan hukum zihar jika
    suami berkata kepada isterinya “legan awak sama besar macam betis anak”?
    2. Golongan bagaimanakah yang termasuk di dalam fakir miskin dan boleh menerima kifarat?

    JAWAPAN

    1. Tidak jatuh zihar kerana zihar adalah menyamakan denganibu dan bukannya dengan anak
    2. Perlu difahami maksud fakir miskin terlebih dahulu. Sebenarnya terdapat perbezaan antara fakir dan juga miskin.

    FAKIR DAN MISKIN MENGIKUT PANDANGAN MAZHAB EMPAT

    Oleh kerana Al-Quran menyebutkan fakir dan miskin secara berasingan, maka tentulah kedua-dua golongan tidak sama sebagaimana yang difahami oleh kita. Dalam perundangan Islam, setiap golongan mempunya takrif masing-masing yang membezakan di antara mereka. Para ulamak berbeza pendapat dalam mentakrifkan fakir dan miskin. Berikut diperturunkan pendapat beberapa orang imam tentang takrif fakir dan miskin.

    Imam Abu Hanifah menyatakan fakir ialah orang yang memiliki sedikit daripada nisab harta, atau yang memiliki harta yang cukup nisab tetapi tidak cukup untuk memenuhi keperluannya, ataupun nisab hartanya banyak tetapi tidak cukup untuk keperluannya, maka tidak wajib baginya mengeluarkan zakat kerana dia adalah fakir , malah berhak pula untuk menerima zakat. Manakala miskin pula ialah mereka yang tidak memiliki apa-apa. Dengan erti kata lain, fakir ialah yang mempunyai sebahagian keperluannya tetapi

    tidak mempunyai sebahagian yang lain manakala orang miskin tidak punya apa-apa.

    Imam Malik pula menyatakan, fakir ialah mereka yang memiliki harta sedikit daripada kecukupan umum. Dan miskin ialah orang yang tidak memiliki apa-apa. Manakala Imam Ahmad bin Hanbal berpendapat fakir ialah mereka yang tidak memiliki apa-apa ataupun tidak memiliki setengah

    daripada keperluannya dan miskin ialah mereka yang memiliki setengah daripada keperluannya ataupun lebih .

    Imam Syafi’e menyatakan , fakir ialah mereka yang tidak memiliki harta dan tiada kerjaya yang halal atau mempunyai harta dan pekerjaan yang halal tetapi tidak mencukupi kerana ianya sedikit daripada setengahkeperluan dan tidak ada orang yang memberinya nafkah yang kecukupan. Miskin pula ialah mereka yang mempunyai harta atau kerjaya halal yang hanya memenuhi setengah keperluan hidup atau lebih daripada sebahagian setengah ( tetapi masih belum memenuhi keperluan penuh ).

    Secara ringkasnya, Faqir di sisi Abu Hanifah dan Malik ialah mereka yang mempunyai sebahagian daripada keperluannya dan miskin pula ialah mereka yang tidak punya apa-apa manakala Faqir di sisi Ahmad dan Syafi’e ialah mereka yang tidak punya apa-apa sedangkan miskin ialah mereka yang memiliki sebahagian daripada keperluannya.

    Daripada huraian di atas, pendapat Imam Abu hanifah lebih kurang sama dengan pendapat Imam Malik dan begitu juga pendapat Imam Ahmad bin Hanbal lebih kurang sama dengan pendapat Imam Syafi’e . Pendapat Hanafi dan Maliki adalah kebalikan daripada pendapat Hanbali dan Syafi’e yang mana fakir bagi Hanafi dan Maliki ialah miskin bagi Hanbali dan Syafi’e dan begitulah sebaliknya.

    KONSEP FAKIR DAN MISKIN MENGIKUT PANDANGAN MAZHAB SYAFI’E

    Al-Jaziri menukilkan pendapat Syafi’e tentang fakir dan miskin sebagaimana yang telah disebutkan di atas sebagai berikut – fakir ialah mereka yang tidak memiliki harta dan tiada kerjaya yang halal atau mempunyai harta dan pekerjaan yang halal tetapi tidak mencukupi kerana ianya sedikit daripada setengah keperluan dan tidak ada orang yang memberinya nafkah yang kecukupan. Miskin pula ialah mereka yang mempunyai harta atau kerjaya halal yang hanya memenuhi setengah keperluan hidup atau lebih daripada sebahagian setengah ( tetapi masih belum memenuhi keperluan penuh ).

    Dan status kefakiran dan kemiskinannya tidak terhapus dengan adanya rumah yang selayaknya bagi mereka, atau mempunyai pakaian yang seumpamanya walaupun pakaian itu untuk keanggunan. Demikian juga tidak terhapus status fakir dan miskin perempuan yang memakai barang kemas sekadar keperluan perhiasan mengikut adat atau mereka mempunyai kitab-kitab yang diperlukan untuk muzakarah dan rujukan. Begitu juga jika

    mereka memiliki hasil usaha dari yang haram, atau harta yang berada jauh dua marhalah atau lebih, atau piutang pada orang yang tertangguh.Semuanya ini tidaklah menghalang mereka mendapat bahagian zakat atas sifat fakir dan miskin.

    Dalam Al-Majmuk, dinyatakan bahawa orang yang fakir ialah mereka yang tidak kuasa bekerja untuk perbelanjaannya sehari-hari, tidak denganharta dan tidak pula dengan usaha.Manakala miskin pula ialah mereka yang berupaya untuk bekerja mencari keperluan hidup sehari-hari namun tidak cukup untuk memenuhi keperluannya.

    Dalam Al-Umm – kitab induk mazhab Syafi’e, Imam Syafi’e menyatakan bahawa orang fakir ialah – dan Allah lebih mengetahui – orang yang tiada berharta dan tiada pekerjaan yang berhasil baginya pada suatu masa atau bukan pada suatu masa samada dia mengemis atau tidak suka mengemis. Orang miskin pula ialah orang yang mempunyai harta atau pekerjaan yang berhasil baginya dan tidak mencukupi samada ia mengemis atau tidak mengemis.

    Dalam Fathul Muin dinyatakan bahawa fakir itu ialah mereka yang tidak mempunyai harta dan pekerjaan yang sepatutnya yang hasilnya dapat memenuhi keperluan dirinya dan orang yang berada di bawah tanggungannya. Status kefakiran ( dan kemiskinan ) mereka tidak terangkat walaupun mereka mempunyai tempat tinggal , beberapa helai pakaian sekalipun pakaian cantik untuk hari-hari tertentu ( seperti Hari Raya ), mempunyai buku-buku yang diperlukan, memiliki hamba yang diperlukan sebagai pelayan, mempunyai harta sejauh dua marhalah, mempunyai harta di tempat yang dia tidak dapat mengambilnya kerana halangan sesuatu, mempunyai harta piutang yang belum sampai masa pembayaran dan mempunyai pekerjaan yang tidak selayaknya.

    Mengenai barang kemas yang dipakai seperlunya sebagai perhiasan untuk dipakai secara biasa juga tidak mengangkat status kefakirannya menurut fatwa sebahagian ulama.

    Orang miskin pula ialah orang yang memiliki harta atau kerjaya yang dapat memenuhi keperluannya tetapi masih belum cukup.Misalnya dia mempunyai keperluan 10 tetapi hanya mempunyai 8 dan ia tidakmencukupi sekalipun dia memiliki harta lebih daripada satu nisab.

    Dalam Fathul Qarib pula menjelaskan, fakir dalam bab zakat ialah mereka yang tidak mempunyai harta dan tidak mempunyai penghasilan tertentu yang sekira-kira dapat memenuhi keperluannya , manakala fakir ‘araya ialah orang yang sama sekali tidak mempunyai wang.

    Manakala miskin pula ialah orang yang mempunyai harta atau penghasilan yang tidak cukup untuk memenuhi keperluannya seperti orang yang memerlukan 10 dirham tetapi hanya memiliki 7 dirham.

    CIRI -CIRI FAKIR DAN MISKIN

    Berdasarkan kepada beberapa huraian dalam kitab-kitab mazhab Syafi’e di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa fakir dan miskin mempunyai beberapa ciri. Ciri-ciri bagi seorang yang dikatakan faqir ialah;

    1. Tidak mempunyai apa-apa harta yang dalam Fathul Qarib dikatakan faqir ‘araya () .
    2. Tidak mampu berkerjaya.
    3. Jika ada harta atau hasil kerjayanya tidak cukup setengah dari keperluan hidup

    Manakala ciri-ciri miskin pula ialah;

    1. Ada harta dan kerjaya

    2. Harta dan kerjayanya tidak memenuhi keperluan hidup

    3. Harta atau kerjayanya hanya memenuhi setengah atau lebih dari keperluan hidup

  17. MUHAMMAD ANWAR BIN MOHD IDRIS said

    Tuan,
    Tolong beri penjelasan mengenai ‘Undang-Undang Mal di Malaysia’.

    JAWAPAN

    Undang-undang mal merupakan perundangan khusus berkaitan aspek sivil di mahkamah syariah di Malaysia. Ia merangkumi aspek sama, penyata tuntutan, permohonan, sepina dan setiap aspek dan prosedur bagi membawa sesuatu kes di mahkamah Syariah dan juga dalam aspek penghakiman. Setiap negeri di Malaysia mempunyai Akta/Enakmen Acara Mal Mahkamah Syariah. Jka bagi kes jenayah pula terdapat undang-undang acara jenayah syariah yang menekankan aspek prosedur bermula dari aduan hinggalah kepada penghakiman.

  18. nur said

    assmlkm saya merupakan saudara baru yang baru memeluk islam untuk tujuan perkahwinan.namun keluarga tidak setuju dan memaksa saya untuk kembali ke agama asal.persoalan saya boleh ke?saya sangat tertekan dengan keadaan ini.kini saya di wilayah persekutuan.saya peluk agama islam di JAIPP pulau pinang.

    JAWAPAN

    Sebenarnya hak saudari untuk berkahwin adalah jelas. Ahli keluarga saidari tidak boleh menghalang niat saudari itu dan meminta saudari untuk keluar ISlam. Berkenaan wali untuk menikahkan saudari, kebiasaannya dalam kes sebegini, mahkamah akan memerinthakan pemakaian wali hakim kerana wali saudari iaitu bapa saudari tidak ISlam. Ap ayang penting kini ialah saudari perlu bulatkan tekat dan berpegang teguh dengan ISlam dan yakin bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

  19. Hazafirdaz said

    Suami dengan tegas menyatakan dia berhak melawati,melayani,mendampingi wanita yang bukan muhrim tapi yang disukainya tanpa memberitahu saya sebagai isteri supaya dia dapat mengenali dengan lebih mesra sebelum menjadikan wanita tersebut sebagai madu saya. Pada saya kelakuan tersebut di anggap haram dalam islam tetapi pada suami saya tidak kerana tidak kerana tiada lelaki yang ingin mengahwini wanita dengan membabi buta tanpa ada perbuatan pertemuan, berkasih-kasih dan bercinta-cinta. Saya ingin mendengar pendapat disegi ugama tentang pandangan suami saya ini

    JAWAPAN

    Pandangan si suami itu ternyata tidak boleh diterima pada pandangan saya. Memang benar ISlam membenarkan setiap manusia untuk berpasang-pasangan kerana ia adalah fitrah manusia. Tetapi perlu diingat setiap apa yang dibenarkan ISlam pasti ada batasannya. Mislanya ISlam itu suka umatnya sentiasa cantik. Malah Allah suka kepada kecantikan. Tetapi kecantikan itu ada batasannya iaitu tidak boleh melampau hingga menarik perhatian yang melampau yang boleh menimbulkan fitnah. Bagi saya, jika kita ingin mencari pasangan, maka perlulah ada batasannya. Yang paling utama ianya tidak boleh menimbulkan fitnah lebih-lebih lagi si suami telahpun mempunyai isteri dan sudah tentu boleh menimbulkan fitnah sekiranya orang yang mengenali si suami melihat beliau bermesra dengan wanita lain. Adalah penting supaya si suami dijelaskan tentang aspek dan batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan supaya ia dapat memelihara bukan sahaja perkahwinan tetapi paling penting adalah diri beliau sendiri bagi mengelakkan perbuatan yang lebih teruk.

  20. isu kedudukan agama islam dalam perlembagaan negara.

    JAWAPAN:

    Sila rujuk artikel yang telah diupload oleh saya ini []

  21. shamsuddin p bin baharun said

    sejauhmana perlembagaan persekutuan dapat mewujudkan keadilan sosial pelbagai kaum di negara ini dan bezanya dengan perundangan islam dalam menegakkan keadilan sosial?

    JAWAPAN:

    Berkaitan soalan tentang sejauhmana perlembagaan persekutuan dapat mewujudkan keadilan sosial di Malaysia, saudara boleh merujuk artikel saya di sini []

    Tentang perbezaan dengan perundangan ISlam, sememangnya jika diperhatikan terdapat banyak perbezaan yang nyata. Perbezaan yang paling ketara ialah berkaitan dengan sumber rujukan utama bagi ISlam adalah Al-Quran dan As-Sunnah. Adapun perlembagaan persekutuan meletakkan ia sebagai sumber utama dan tertinggi dan mana-mana undang-undang yang bertentangan dengannya adalah tidak boleh diterima. Maka oleh kerana itulah banyak isu-isu lain seperti perlaksanaan hudud dan qisas tidak dapat dilaksanakan di Malaysia. Walaubagaimanapun, saya berpandangan perlembagaan persekutuan yang wujud kini sudah mampu untuk memelihara aspek keadilan sosial meskipun wujud beberapa aspek lain yang banyak menimbulkan ketidaksenangan masyarakat bukan bumiputera di Malaysia.

  22. puteri.. said

    Assalamualaikum..
    saya nak tanya mengenai peranan dan kepentingan unsur2 tradisi dan kontraks sosial dalan hubungan etnik di malaysia..
    boleh tolong jelaskan?time kasih…:)

    JAWAPAN:

    Jika diperhatikan, unsur-unsur tradisi sesebuah kaum di sini bolehlah dimaksudkan seperti pemakaian, upacara, perayaan dan lain-lain yang menjadi amalan sejak zaman dulu lagi. Misalnya orang Melayu dengan baju Melayu atau kurung, adat pepatih bagi masyarakat di Negeri Sembilan dan sebagainya. Maka jika diperhatikan, kesemua unsur-unsur tradisi ini meskipun bolehlah dianggap hak milik mutlak setiap kaum, maka adalah salah sekiranya ia tidak boleh diamalkan oleh kaum lain di Malaysia. Maka kerana itulah kerajaan sering menekankan aspek perpaduan bagi memelihara keharmonian masyarakat di Malaysia. Oelh itu, dapat dilihat telah banyak contoh proses asimilasi unsur-unsur tradisi ini dalam amalan masyarakat kini. Kini, telah ada kongsi raya serta setiap makanan atau pakaian kaum tertentu turut dipakai kaum lain seperti baju kurung kini semakin ramai dipakai kaum bukan Melayu (lihat di sekolah misalnya). Jadi saya berpandangan tidak salah unsur-unsur tradisi ini dikongsi bersama asalkan ianya tidak akan menjejaskan identiti asal sesuatu kaum itu.

  23. sareem said

    Di bawah undang-undang mana yang boleh saya dakwa orang yang berhutang untuk membayar hutangnya (duit). Harap dapat penjelasan. bukti yang diperlukan untuk dibawa ke muka pengadilan. Terima kasih.

    JAWAPAN:

    Pada dasarnya, adalah sukar untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya tiada kontrak yg sah dibuat antara kedua-dua belah pihak. Jika terdapat satu kontrak yang sah antara dua pihak, dan satu pihak telah memungkiri kontrak tersebut (breach of contract) maka tindakan boleh diambil di Mahakamh Sivil.

  24. sareem said

    Saya mempunyai satu salinan surat perjanjian yang telah ditandatangani bersama dan telah dimeteri dengan stem hasil. Bolehkan itu dijadikan bukti untuk saya mengambil tindakan undang-undang. Bagaimana prosedur yang harus diikuti.
    terima kasih.

  25. fathirah said

    ..assalammualikum ustaz..
    ..saya pelajar..
    ..ingin bertanya..

    ..1)apakah defini hadhanah..??
    ..2)yang dituntut dalam islam plk mcm mna..?
    ..3) orang-orang yang layak dapat hadhanah..??
    ..4)kesan yang tak menurut syariat islam dari segi…
    -keluarga
    -sosial
    … -emosi..
    -kewangan..
    … -persekitaran
    -aepek lain

    JAWAPAN:

    Terima kasih atas soalan tersebut. Maaf kerana respon yang agak lewat. Saya akan cuba rangkumkan persoalan tersebut supaya nampak lebih tersusun dan jelas.

    Konsep Hadanah

    Ramai memehami hadhanah atau hak penjagaan anak itu lebih kepada hak untuk menjaga anak. Memang benar anggapan sedemikian tetapi ia tidak spesifik dan agak luas pengertiannya. Tetapi secara lebih spesifik ia lebih menjurus kepada hak penjagaan kepada anak yang masih kecil atau belum mumayyiz. Ada ulama’ mentakrifkan sebagai pemeliharaan anak lelaki atau perempuan yang termasuklah juga anak yang bodoh, cacat, gila atau belum mampu menjaga kepentingan diri atau berdikari.

    Kata Sayid Sabiq [lihat kitab Fiqh Sunnah], hadanah sebagai memelihara anak-anak yang masih kecil sama ada lelaki atau perempuan atau yang telah besar tetapi belum mumayiz, tanpa perintah daripadanya, menyediakan sesuatu untuk kebaikkannya, menjaganya daripada sesuatu yang menyakitinya dan merosakkannya, mendidik jasmani, rohani dan akalnya agar dia mampu berdikari untuk menghadapi hidup dan memikul tnaggungjawab. Saya berpandangan definisi ini lebih jelas dan terperinci.

    Hak hadanah pada siapa?

    Jadi prinsip umum pertama ialah jika pasangan itu bercerai atau perkahwinan itu terbatal, maka hak hadanah adalah pada ibu. Mengapa? Kerana ibu lebih mengetahui mengenai keperluan anaknya, lebih faham anaknya itu kerana bukankah dia yang mengandungkan dan melahirkan anaknya itu? Malah wanita juga lebih lemah lembut dan sensitif serta mudah mesra dengan anak-anak. Ini jelas berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr tentang seorang perempuan yang dicerai suami dan ada seorang anak. Suaminya hendakkan anak itu tetapi perempuan itu menemui Nabi dan berkata : ”Ya Rasulullah sesungguhnya anak ini perut akulah yang mengandungkannya, ribaankulah yang mengawasinya dan air susu akulah minumannya; bapanya hendak merebutnya dariku. Maka sabda Nabi Engkaulah yang lebih utama dan berhak menjaga anak itu selama mana engkau belum berkahwin” [Abu Daud]. Maka hak hadanah kepada ibu itu berterusan hanyalah apabila anak itu belum mumayiz atau termasuk di dalam definisi hadanah yang saya jelaskan sebelum ini. Jadi hak ini berterusan hinggalah ada alasan bagi menarik semula hak itu atau sehingga anak itu mampu memilih sama ada untuk memilih ibu atau bapa.

    Prinsip kedua selain hak kepada ibu ialah kebajikan anak. Jika diberi hak hadanah kepada ibu tetapi tidak mampu untuk menjaga kebajikan anak yang lain maka matlamat hadanah tidak tercapai. Dalam hal ini ramai ulama’ dan ahli akademik serta para hakim syarie melihat daripada aspek maslahah dalam menentukannya. Imam Ghazali dalam Kitab al-Mustasfa mendefinisikan maslahah sebagai kefahaman asas tentang penghasilan kebaikan dan penolakan keburukan dan merujuk kepada lima objektif syarak iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. [Jil. 1, hal. 216]. Untuk huraian berkesan lihat artikel saya dalam http://www.syafiqe.wordpress.com bawah tajuk ’aplikasi maslahah dalam penentuan hak hadanah’.

  26. erfand said

    Bekas tunang saya telah mengemukakan tuntutannya kepada mahkamah rendah syariah sebanyak RM38 ribu. untuk pengetahuan, saya tidak penah menetapkan tarikh perkahwinan kami memandangkan saya tidak menyukai sikapnya yang suka mengarahkan saya (membasuh baju, mencuci kereta dan memasak untuknya). sebelum ini saya pernah memberitahunya untuk memutuskan pertunangan kami, tapi dia tidak menghiraukan saya malah menghalau saya dari rumahnya. keluarga saya juga tidak mahu menguruskan hal memutuskan pertunangan dengan alasan mereka simpati dengan bekas tunang saya. saya telah berkahwin sekarang dengan isteri yang saya rasakan lebih memahami saya. persoalannya:

    i)adakah wajar saya membayar dua kali ganda wang hantaran sedangkan dalam surat perjanjian pertunangan tidak dinyatakan seperti itu?

    ii)dia menuntut kos perbelanjaannya membeli barangan hantaran sedangkan saya tidak pernah memintanya membuat apa-apa persediaaan untuk perkahwinan memandangkan saya tidak bersedia dari segi mental dan kewangan.

    p/s perbicaraan kes saya pada 22/09/08 ini dan saya tidak diwakili peguam sedangkan dia telah mengupah seorang peguam syariah..

    terima kasih atas bantuan & keprihatinan pihak tuan

  27. haslan said

    Saya ingin bertanya berkenaan dgn harta peninggalan oleh soerang ibu.. Scenarionya seperti berikut:
    Ibu saya telah meninggal dunia akhir tahun lepas semasa menunaikan fardhu haji di Mekah. Beliau telah meniggalkan sedikit wang di dalam akaun tabung haji (balance duit menunaikan haji, ada lebihkurang rm2500). Setelah segala urusan yg berkaitan di selesaikan, wang baki di dalam akaun tabung haji arwah ibu saya telah di pindahkan ke akaun saya (saya adalah penama di dalam urusan dgn tabung haji).
    Soalan saya ialah seperti berikut:
    a- perlukah zakat di keluarkan utk wang tersebut
    b- bolehkah wang itu didermakan kepada sekolah-sekolah agama (sperti sekolah tahfiz)
    c- mestikah wang itu di dermakan kepada anak anak yatim sahaja

    Utk pengetahuan kami adik beradik telah bersetuju wang itu didermakan sahaja kepada pihak yg berkenaan.

    Sekian

  28. Ahmad Zaki Mohamed said

    Isteri saya telah menjalin semula hubungan dengan bekas teman lelakinya sejak setahun lepas. Saya bekerja jauh dari rumah dan hanya balik seminggu sekali. Setelah saya desak dengan kuat, isteri saya memberitahu disepanjang tempoh itu lelaki tersebut terus menerus mengoda nya melalui sms ada kala nya hampir setiap hari. Hasilnya mereka telah berjumpa sebanyak 7 kali dan 3 kali diantaranya mereka berciuman. Setelah hubungan bertambah erat, lelaki tersubut pernah beberapa kali mempelawa isteri saya ke kediamannya dan ke hotel untuk bermesra-mesra (‘ringan-ringan’) tetapi ditolak oleh isteri saya.

    Saya amat tertekan oleh keadaan ini dan rumah tangga kami bergocang. Saya ingin tahu apakah hak saya untuk mendapatkan keadilan diatas kesalahan yang dilakukan oleh lelaki tesebut.

    JAWAPAN

    Terima kasih atas soalan encik. Sebenarnya saya agak bersimpati dengan apa yang menimpa encik. Sepatutnya sebagai isteri, isteri encik seharusnya bersifat amanah dan ikhlas bagi menjaga hubungan pernikahan dan memahami tugas encik yang mencari rezeki bagi keluarga.

    Berbalik kepada soalan encik, sebenarnya tiada sebarang undang-undang yang boleh mengenakan hukuman kepada pihak lain yang cuba untuk mengganggu pernikahan pihak lain. Namun setelah diteliti, masih terdapat beberapa peruntukan yang membolehkan tindakan boleh dikenakan. Namun ia bergantung kepada negeri tempat encik dan isteri bermastautin. Jika di KL, maka undang-undang yang terpakai adalah Aka JEnayah Syariah 1997.

    Dalam Akta tersebut, ada menyebut antara lain

    a) Seksyen 36. Memujuk lari perempuan bersuami.

    Mana-mana orang yang memujuk lari seorang perempuan bersuami atau membawanya keluar dari atau dengan apa-apa cara mempengaruhinya supaya meninggalkan kediaman suami isteri yang ditentukan oleh suaminya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah boleh memerintahkan perempuan tersebut supaya kembali kepada suaminya.

    b) Seksyen 37. Menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri.

    Mana-mana orang yang menghalang sesuatu pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri yang sudah bernikah dengan sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah hendaklah memerintahkan pasangan itu supaya hidup sebagai pasangan suami isteri yang sudah bernikah dengan sah.

    c) Seksyen 38. Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.

    Mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana orang lelaki atau orang perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

    Peruntukan tersebut boleh dikenakan terhadap mereka yang didapati bersalah dengan kesalahan tersebut. Apa yang boleh dilakukan adalah membuat aduan di Bahagian Penguatkuasaan di Jabatan Agama ISlam yang terdekat. Selepas itu, pihak penguatkuasaan akan menjalan prosedur seterusnya iaitu siasatan dan sekiranya didapati ia boleh didakwa, maka ia akan dibawa oleh pihak pendakwaan untuk dibawa ke Mahkamah Syariah.

  29. erfand said

    erfand Says: Your comment is awaiting moderation.
    September 15, 2008 at 2:05 pm
    Bekas tunang saya telah mengemukakan tuntutannya kepada mahkamah rendah syariah sebanyak RM38 ribu. untuk pengetahuan, saya tidak penah menetapkan tarikh perkahwinan kami memandangkan saya tidak menyukai sikapnya yang suka mengarahkan saya (membasuh baju, mencuci kereta dan memasak untuknya). sebelum ini saya pernah memberitahunya untuk memutuskan pertunangan kami, tapi dia tidak menghiraukan saya malah menghalau saya dari rumahnya. keluarga saya juga tidak mahu menguruskan hal memutuskan pertunangan dengan alasan mereka simpati dengan bekas tunang saya. saya telah berkahwin sekarang dengan isteri yang saya rasakan lebih memahami saya. persoalannya:

    i)adakah wajar saya membayar dua kali ganda wang hantaran sedangkan dalam surat perjanjian pertunangan tidak dinyatakan seperti itu?

    ii)dia menuntut kos perbelanjaannya membeli barangan hantaran sedangkan saya tidak pernah memintanya membuat apa-apa persediaaan untuk perkahwinan memandangkan saya tidak bersedia dari segi mental dan kewangan.

    perbicaraan saya telah ditetapkan pada 11 november 2008 ini. saya telah membuat pembelaan diri pada 22 september 2008.
    harap tuan dapat memberikan saya nasihat & gambaran kes2terdahulu yang serupa yang serupa untuk panduan saya

    terima kasih

  30. erfand said

    assalamualaikum….

    Bekas tunang saya telah mengemukakan tuntutannya kepada mahkamah rendah syariah sebanyak RM38 ribu. untuk pengetahuan, saya tidak penah menetapkan tarikh perkahwinan kami memandangkan saya tidak menyukai sikapnya yang suka mengarahkan saya (membasuh baju, mencuci kereta dan memasak untuknya). sebelum ini saya pernah memberitahunya untuk memutuskan pertunangan kami, tapi dia tidak menghiraukan saya malah menghalau saya dari rumahnya. keluarga saya juga tidak mahu menguruskan hal memutuskan pertunangan dengan alasan mereka simpati dengan bekas tunang saya. saya telah berkahwin sekarang dengan isteri yang saya rasakan lebih memahami saya. persoalannya:

    i)adakah wajar saya membayar dua kali ganda wang hantaran sedangkan dalam surat perjanjian pertunangan tidak dinyatakan seperti itu?

    ii)dia menuntut kos perbelanjaannya membeli barangan hantaran sedangkan saya tidak pernah memintanya membuat apa-apa persediaaan untuk perkahwinan memandangkan saya tidak bersedia dari segi mental dan kewangan.

    perbicaraan saya ditetapka pada 18/11/08. pada 22/9/08 saya telah membuat pembelaan diri.
    harap tuan dapat memberikan saya nasihat dan kes2 terdahulu yang dapat dijadikan gambaran bagi tujuan pembelaan diri saya..
    terima kasih

  31. ANN said

    Assalamualaikum…

    Saya telah berkahwin selama 3 tahun dan dikurniakan 2 orang anak. Selama saya berkahwin dengan suami saya kami selalu bergaduh hingga satu masa dia memukul saya. Dia seorang yang panas baran dan suka mencaci maki saya jika saya melakukan kesalahan. Saya cuba bersabar dengan sikapnya namun lama kelamaan saya menjadi semakin benci dengan sikapnya. Baru baru ini saya telah bergaduh besar dan dia telah menuduh saya berzina dengan lelaki lain tanpa bukti walhal saya tidak melakukannya. Saya cukup tertekan dan mengambil keputusan keluar dari rumah. Saya telah berjumpa dengan seorang peguam syarie untuk memohon perceraian namun dia mengatakan bahawa alasan saya tidak kukuh. Walau bagaimanapun suami saya tidak mahu melepaskan saya. Kini telah sebulan lebih saya keluar dari rumah dan anak anak saya di bawah jagaan saya. Saya begitu musykil dengan permasalahan saya dan buntu untuk mencari penyelesaian. Adakah di sini saya boleh menuntut fasakh atau tidak? Harap pihak tuan dapat memberi jalan untuk saya selelsaikan permasalahan saya. Sekian terima kasih.

  32. herlast_embrace said

    Assalamualaikum….

    Saya telah bernikah dengan suami pada awal Ogos 2008… Awal Oktober, genap pernikahan kami 2 bulan…

    Sepanjang tempoh bertunang dahulu, saya banyak melakukan kesilapan dan tunang banyak bertolak ansur.

    Kini, genap 2 bulan pernikahan, saya membuat kesilapan yang pada pandangan saya agak besar. Saya menerima pelawaan untuk membuka akaun Tagged di Tagged.com oleh bekas teman lelaki saya. Saya telah menghantar komen kepada bekas teman lelaki saya yang berbunyi “Love Sue”. Bermaksud, sayang Sue (nama isteri kepada bekas teman lelaki). Namun, selepas saya mendaftar akaun tersebut, saya tidak lagi membuka akaun tersebut.

    Akaun tersebut telah ditemui oleh suami saya yang akhirnya membuatkan kami bertengkar. Suami telah bertindak memukul kepala saya dengan bantal kecil. Suami mengatakan bahawa saya telah curang kerana telah berkali-kali suami memberi amaran supaya tidak menghubungi lelaki-lelaki yang hadir dalam hidup saya sebelum mengahwininya.

    Suami bertindak menyuruh saya keluar dari rumah selagi dia tidak memberi keizinan kepada saya untuk kembali. Namun, pada pandangan saya, saya sebagai isteri sewajarnya pulang ke rumah walaupun suami mengugut akan memukul saya (tampar & tendang). Akibatnya suami memukul di kepala dengan bantal kecil.

    Suami mengugut untuk memukul sekiranya saya pulang ke rumah dan memanggil saya sundal.

    Apakah yang perlu saya lakukan?

  33. Qis said

    Persoalan saya berkenaan wasiat dan pembahagian harta untuk anak angkat. Mengikut wasiat si mati pembahagian harta hendaklah sama rata 1/3 di antara pewaris dan telah di pertanggungjawab kepada ibu sebagai executor of will. Dlm wasiat juga menyatakan bahawa jikalau saya berkahwin dengan jejaka yang bernama “XYZ” maka bahagian saya akan dibahagikan sama rata antara adik dan ibu. Adakah wasiat sebegini sah?? Setakat ini saya dilarang sama sekali untuk mendapat salinan wasiat dan mengetahui nilai-nilai harta peninggalan. Dapat kah saya menuntut hak saya dan jikalau isu ini patut diadili di Mahkamah. Buat masa ini saya cuma menyepi dari keluarga dan juga tinggal bersendirian. Disebabkan kesempitan wang saya rasa adalah tidak wajar bagi saya untuk membesarkan hal ini. Diharap tuan dapat menasihati saya dalam hal di atas. tq

  34. lukman said

    assalamualaikum
    saya ingin bertanya satu kemusykilan. adakah undang-undang syariah islam membelakangkan soal gender.sila beri komen

    JAWAPAN

    Sebenarnya undang-undang syariah Islam tidak perbah mempunyai “gender bias”. Setiap pihak walaupun lelaki atau perempuan tetap diberi hak yang sama. Ini berdasarkan soal keadilan dan kesaksamaan yang ditekankan ISlam itu sendiri. Namun kini terdapat banyak pihak yang cuba melaga-lagakan dengan menimbulkan isu undnag-undnag ISlam itu tidak adil terhadap wanita misalnya. Setiap perintah ditetapkan Islam itu pasti ada hikmahnya meskipun pada pandangan mata kasar dan dengan fikiran yang singkat kita menyangka ia sangat tidak adil. Lihat misalnya artikel saya berkaitan hak-hak wanita bagi penjelasan lebih lanjut.

  35. sya said

    Saya dan suami telah 6 tahun mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur 5 tahun.Kini kami sedang menjalani sesi kaunseling di pejabat agama.Masalahnya saya telah tiada hati dan rasa cinta pada suami kerana sikapnya yang dulu telah mengecewakan saya dan membuat saya rasa tidak bahagia bersamanya.Walaupun kini suami sudah berubah namun saya masih tidak boleh menerimanya semula.Saya telah menuntut suami agar menceraikan saya kerana saya sudah tidak boleh hidup bersamanya lagi.Namun suami saya enggan menceraikan saya.Saya bekerja dan mampu menyara anak saya.
    1)Bagaimana perlu saya lakukan untuk meminta suami saya menceraikan saya secara baik dan apa yang perlu saya lakukan sekiranya suami enggan menceraikan saya?

    2)Hak jagaan anak adakah akan jatuh ke pihak suami sekiranya suami menyatakan kepada pihak mahkamah yang saya mempunyai hubungan dengan lelaki lain?

    3)selepas menjalani sesi kaunseling terakhir,apakah prosedur seterusnya yang perlu saya ambil sekiranya saya masih tetap dengan pendirian ingin bercerai tetapi suami enggan menceraikan saya?

    sekian…

  36. ramzi idris said

    saya ada terbaca di akhbar metro,didalam mazhab shafie ada mengatakan tentang anak tidak sah taraf.wanita yang mengandungkan anak luar nikah,jika bersalin selepas 6 bulan lebih umur perkahwinannya anak itu ada hak untuk dinasabkan dengan nama ayahnya.jika bersalin kurang 6 bulan boleh dinasabkan dengan nama ibunya kerana anak ini tidak bersalah,yang bersalah ayah dan ibunya.adakah kenyataan ini benar?jika kenyataan ini benar,kenapa semasa pendaftaran anak luar nikah tidak dapat dinasabkan dengan nama bapa atau ibu.sedangkan MALASIA negara ISLAM dan mengamalkan undang-undang ISLAM dan hukum ALLAH.

  37. Abdul said

    Salam,

    Seorang Isteri telah lari meninggalkan rumah bersama semua anak-anak disebabkan tidak tertahan lagi kerana selalu bergaduh dengan suaminya. Pertengkaran selalu merebak dan kali terakhir pernah dicekik pada leher oleh suami sambil ditolak dengan kuat, kadangkala ditampar dan ditumbuk dengan kuat sehingga lebam-lebam (si isteri juga mempunyai penyakit darah tinggi dan pernah diserang strok). Pertengkaran selalu berlaku dan punca utama adalah disebabkan oleh si suami yang ingin berkahwin lagi (kahwin isteri kedua). Buat masa ini si suami telah pun berkahwin secara senyap-senyap di Selatan Thailand. Untuk pengetahuan tuan, perbelanjaan isi rumah dan perbelanjaan sekolah anak-anak juga tidak diberikan dan sekiranya diberikan, ianya tidak mencukupi (RM200 sebulan untuk 8 orang anak).

    APAKAH yang perlu DILAKUKAN kerana si Isteri telah takut untuk pulang kerumah dan nekad untuk tidak mahu kembali kepada si suami kerana;
    1. Tidak mahu bermadu
    2. Takut dipukul oleh si suami lagi
    3. Takut kerana telah diugut oleh suami bahawa dia akan paksa si Isteri untuk pulang walau dengan cara apa sekalipun.

    Diharap mendapat penjelasan yang sewajarnya.

    Wassalam

  38. saifudin said

    salam.

    saya terpanggil untuk menjawab soalan Haslan walaupun tidak berkaitan dengan soal undang-undang. Pertamanya apabila mati seseorang itu harta peninggalannya hendaklah digunakan untuk menyelesaikan segala hutang piutang si mati. Sekiranya sudah selesai urusan tersebut maka hendaklah di faraidkan.

    berkaitan dengan soal zakat, pada pandangan saya tidak wajib dizakatkan kerana belum cukup haul dan nasabnya. Haul bermaksud tempoh masa setahun dan nasab pula adalah nilai apabila telah sampai jumlah yang perlu dizakatkan.

    merujuk kepada jumlah RM2500 saya percaya ia belum sampai kepada nasabnya. Sila semak dengan pusat zakat terdekat berapa jumlah nasab bagi zakat wang simpanan. Sebagai contoh sekiranya nasab pada ketika itu bagi negeri tersebut adalah RM5000 maka apabila telah mencapai atau melebihi jumlah tersebut barulah wajib dikeluarkan zakat. Dan zakat yang wajib dikeluarkan adalah 2.5% sahaja daripada jumlah itu.

    sekiranya belum mencapai jumlah nasab itu maka tidak wajib dizakatkan. (saya yakin RM2500 belum sampai nasab – saya sudah lama tidak semak nasab bagi zakat wang simpanan)

    bagi soalan derma, sekiranya semua adik beradik telah pun setuju untuk mendermakannya maka bolehlah didermakan wang tersebut. Derma tidak terhad kepada anak yatim sahaja.

  39. Shahrul Nizam said

    Assalamualaikumwbt . … .Tuan…Masalah saya nak sambung belajar program diploma (SEGI COLLEGE).Tetapi saya terpaksa langsaikan hutang-hutang saya yang sedia ada (Pinjaman PTPTN,JPA,CREDIT CARD CIMB,RHB,COURT MAMMOTH)jumlahnya agak banyak…Sekiranya tidak dibayar saya tidak dapat menyambung pengajian keperingkat seterusnya kerana permohonan pinjaman tidak akan lulus selagi baki masih belum dijelaskan.(interest semakin hari semakin membebenkan)Hanya Allah Azzawajalla yang faham keadaan saya sekarang ini..

    Saya harap ada pertolongan bantuan bagi menyelesaikan kebuntuan ini…

    Assalamualaikumwbt….

    Shahrul 012-3424866

    JAWAPAN:

    Sebenarnya apa yang mampu saya bantu adalah untuk cuba memohon bantuan daripada pihak bantuan. Sebenarny apihak baitulmal boleh membantu keranan saudara termasuk di bawah salah satu kumpulan asnaf yang dibenarkan menerma zakat iaitu org yang berhutang. Malah baitulmal banyak memberi zakat pendidikan kepada merek ayang sukar untuk mendapatkan wang bagi menampung perbelanjaan pendidikan.

  40. aleya said

    saye dah mengambil kursus kahwin pada thun 2007.tetapi sijil itu hilang.apakah yg harus saya lakukan bg mendapatkan sjil tersebut kembali.utk makluman tuan,saya mengambil kursus tersebut di negeri sembilan tetapi saya tidak dapat mengingati dengan jelas dimanakah lokasinya…..harap tuan dapat membantu

    JAWAPAN

    Kebiasaannya setiap kursus kahwin terdapat rekod simpanan setiap peserta yang lulus di Jabatan Agama Islam Negeri. Oleh itu saya cadangkan cuba berhubung dengan JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN. Saudari tidak perlu untuk ingat lokasi mengambil kursus tersebut kerana setiap rekod akan diselaraskan diperingkat Jabatan Agama Islam Negeri

  41. Hanna said

    Saya mempunyai kawan yang lahir dari ibubapa yang berbeza agama, bapa kwan saya itu beragama islam dan ibunya beragama kristian, mereka telah berkahwin secara ‘kampung’, itupun setelah kawan saya berada dalam kandungan si ibu.Sejak kecil kawan saya dijaga oleh neneknya yang beragama kristian, dia tidak pernah mengamalkan ajaran islam sejak lahir, pada umur 15thn dia tanpa paksaan dia memeluk agama kristian. dan sekarang kawan saya ini telah berusia 25thn, dan bakal melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis kristian. Tetapi apabila kawan saya ini pergi menukar Kad pengenalannya baru2 ini tertulis perkataan Islam ( mungkin sebab ayahnya adalah islam )tetapi persoalanya :

    1. Apakah status kawan saya dan adik-adiknya itu kerana ibubapanya berkahwin secara ‘kampung’.Dan setelah 25thn barulah ibubapanya bernikah sah dalam islam.Kalau setahu saya kawan saya itu adalah anak luar nikah dalam undang2 islam.

    2. Apakah Kawan saya boleh memohon untuk membuka perkataan islam pada Kad pengenalanya dan meneruskan agama yang dianutinya.kerana pada saya tidak ada gunanya hanya islam pada kad pengenalan tapi amalannya lain..bukankah itu hanya menambah dosa.

    terima kasih

  42. Asz said

    Assalamualaikum… ustaz.. sy ingin bertanya tentang enakmen jenayah islam di setiap negeri-negeri, mengapakah peruntukan undang-undangnya berbeza-beza mengikut negeri masing-masing dan kenapa tidak di selaraskan keseluruhannya?

    JAWAPAN

    Untuk makluman, kuasa untuk menggubal sebarang perundangan berkaitan hal ehwal agama ISlam termasuklah juga undang-undang Jenayah Syariah adalah tertakluk kepada bidangkuasa NEGERI. Ini selaras sepertimana dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan di dalam Jadual 9 Senarai 2 Senarai Negeri. Maka kerana itulah meskipun JAKIM ada menegeluarkan draf bagi diikuti oleh Negeri, ia tetap terpulang kepada negeri untuk menerimanya (menggubalnya) atau hendak membuat sebarang pindaan.

  43. Abu Bakar Hassan said

    Assalamualaikum ,

    Saya telah bernikah di luar negara dengan isteri kedua saya 5 tahun dulu, pernikahan tersebut telah pun di sahkan dan kami telah pun di hukum oleh mahkamah kerana kesalahan bernikah poligami tanpa izin mahkamah. Pernikahan tersebut belum lagi kami daftarkan dan belum lagi mendapat sijil nikah kerana proses mahkamah belum selesai. Sekarang isteri kedua saya sedang hamil , persoalan nya boleh kah saya mendaftarkan kelahiran anak yang bakal lahir nanti tanpa sijil nikah, hanya menggunakan surat sah nikah yang dikeluarkan oleh jabatan Agama Islam Selangor.
    Terima kasih.

    JAWAPAN

    Saya kurang pasti untuk memberikan jawapan yang jelas kerana saya ada pengalaman menguruskan satu kes yang sama seperti kes tuan. Walaubagaimanapun, ia berlaku di Wilayah Persekutuan KL. Dalam kes itu, untuk mendapatkan sijil kelahiran masih perlu kepada sijil nikah yang berautoriti yang dikeluarkan pihak jabatan agama negeri. Tetapi bagi Selangor mungkin tuan boleh bertanya dahulu kepada jabatan agama Islam Selangor atau kepada jabatan pendaftaran terlebih dahulu.

  44. mad nor said

    salam..tahniah dan terima kasih ditujukan kepada pengendali blog ini. secara peribadi saya menyatakan ia adalah sangat berguna kepada bidang yang saya ambil iaitu syariah dan perundangan islam. disi saya ada satu persoalan mengenai aspek baitulmal di malaysia. soalan saya disini adalah apakah peranan CORPORAT, SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR) dalam pembangunan institusi baitulmal di negara ini.

    JAWAPAN

    Jika ingin diulas berkaitan soal tersebut pasti melibatkan perbincangan panjang lebar. Namun untuk pemahaman bersama, baitulmal merupakan satu institusi yang diamanahkan untuk menjaga wang amanah hasil kutipan zakat. Oleh itu, kini pengurusan zakat dilihat semakin kontemporari maka kerana itulah wujud istilah pentadbiran zakat secara lebih korporat. Dengan kata lain, baitulmal kini lebih sistematik. Maka kerana itulah jika diperhatikan di Sabah sendiri Baitulmalnya telah diperbadankan dengan nama Perbadanan Baitulmal Sabah. Walaubagaimanapun, sekorporat mana baitulmal itu, ia perlu tetap berpegang kepada objektif utamanya iaitu untuk memelihara aspek sosial dengan kata lain tidak wujud ketidakadilan dalam pengurusan wang zakat.

  45. baka said

    salam … saya ingin mengetahui lebih mendalam tentang pembahagian gaji dalam kakitangan kerajaan.sebagaimana sedia maklum , sebahagian punca kewangan adalah dari pungutan cukai dari sumber yang haram sebagai contoh cukai perjudian,arak dan lain-lain . Kemusykilannya ,pekerjaan yang dilaksanakan secara halal , manakala pendapatan bulanan yang diterima berunsurkan kewangan yang bercampur halal dan juga sumber yang haram tadi .
    soalan saya , bagaimanakah hukum penggunaan ke atas pendapatan yang diterima itu.(minta penerangan lanjut)

    JAWAPAN:

    Terdapat banyak perbincangan sebenarnya berkaitan hal ini. Saya juga pernah bertanya kepada Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi berkaitan hal ini. Sebenarnya terdapat satu pendekatan iaitu istihlal di mana perkara yang halal sekiranya lebih banyak akan menutup yang haram. Iaitu berlaku proses penghalalan. Ia umpama air najis di tanah yang disejat ke langit kemudian turun ke bumi menjadi halal. Sukar utnuk saya menjelaskan lebih lanjut. Tetapi saya masih berpegang bahawa meskipun wang halal dan haram telah bercampur, tetapi ia masih ditetapkan sebagai halal atas dasar yang halal lebih banyak daripada haram dan yang lebih penting kita menekankan aspek maslahah untuk kepentingan umum. Maaf sekiranya tidak dapat menjawab dengan jelas kerana ia melibatkan perbincangan yang agak rumit.

  46. Haniza said

    salam.saya ingin mengetahui apakah prospek dan cabaran sistem perbankan islam di malaysia dari sudut perundangan

  47. Haryati said

    Salam,

    Saya ingin mengemukakan soalan berkenaan “Hak Hadanah”.
    Suami saya telah meninggal lebih kurang 1 tahun, dan sekarang saya telah diberi notis Tuntutan Hadnanah oleh bapa beliau (iaitu datuk kepada anak2 saya). Dahulu semasa ada bersama suami,kami tinggal bersama bapa mertua dan adik beradik suami yg lain. Selepas kematian suami, saya masih lagi tinggal di kawasan rumah mertua kerana mertua saya mahukan anak2 saya dalam jagaan mereka.

    Ada satu kes , satu hari saya ingin mengambil anak2 saya, tetapi telah di maki hamun oleh adik beradik dan jugak mertua.Alasan nya kerana mereka takut saya membawa lari anak2 saya.Kemudian saya mengambil keputusan utk pindah dah membawa anak2 saya, sejak itu saya mendiamkan diri kerana takut di ancam oleh keluarga mereka yg memberi ugutan utk membunuh saya dan sebagainya.

    Kemudian bekas mertua saya iaitu (bapak) mencari saya dan di tempat kerja dan memberitahu Majikan saya.Tetapi majikan saya tidak menghiraukan kerana ini masalah keluarga.Dan sekarang bekas mertua saya menghantar notis tuntutan handanah kepada saya. Saya tidak faham kenapa mereka menfailkan sedangkan mereka sudah berumur dan TIDAK LAYAK menjaga anak2 saya.

    soalan saya:
    a) Kenapakah mereka boleh menfailkan notis tersebut sedangkan mereka TIDAK LAYAK menuntut hak penjagaan tersebut?
    b) Hak Lawatan adakah mesti saya bagi kepada keluarga arwah suami? Jika saya rasa tidak perlu atas sebab-sebab tertentu kerana saya pernah membuat laporan polis berkenaan anak2 saya ditarik oleh mereka dengan kuat (berlaku pergaduhan).

    sekian terima kasih.

    JAWAPAN

    Untuk pengetahuan PUan, bapa mertua puan behak untuk mendapatkan hak hadanah kerana ini jelas dinyatakan di dalam peruntukan undang-undang. Walaubagaimanapun, jika diteliti kembali menurut hukum syarak dan juga peruntukan undang-undang, adalah jelas ibu merupakan merek ayang paling layak untuk mendapat hak hadanah. Seksyen 82 Enakmen Undang-Undang Keluarga ISlam Selangor 2003 menyatakan bahawa “Tertakluk kepada seksyen 83, ibu adalah yang paling berhak dari segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.”

    Jadi prinsip umum pertama ialah jika pasangan itu bercerai atau perkahwinan itu terbatal, maka hak hadanah adalah pada ibu. Mengapa? Kerana ibu lebih mengetahui mengenai keperluan anaknya, lebih faham anaknya itu kerana bukankah dia yang mengandungkan dan melahirkan anaknya itu? Malah wanita juga lebih lemah lembut dan sensitif serta mudah mesra dengan anak-anak. Ini jelas berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr tentang seorang perempuan yang dicerai suami dan ada seorang anak. Suaminya hendakkan anak itu tetapi perempuan itu menemui Nabi dan berkata : ”Ya Rasulullah sesungguhnya anak ini perut akulah yang mengandungkannya, ribaankulah yang mengawasinya dan air susu akulah minumannya; bapanya hendak merebutnya dariku. Maka sabda Nabi Engkaulah yang lebih utama dan berhak menjaga anak itu selama mana engkau belum berkahwin” [Abu Daud]. Maka hak hadanah kepada ibu itu berterusan hanyalah apabila anak itu belum mumayiz atau termasuk di dalam

    Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa hak penjagaan itu boleh hilang sekiranya mahkamah mendapati ibu itu tidak layak menjaganya atas alasan-alasan yang tertentu. Namun apa yang jelas, mahkamah dalam menentukan soal ini akan melihat kepada kebajikan anak itu yang perlu lebih diutamakan, Meskipun ibu paling layak, namun jika ia boleh membawa kemudaratan dan menjejaskan kebajikan anak, maka hak tersebut boleh hilang. Seksyen 84 menyatakan:

    “Hak seseorang perempuan terhadap hadhanah adalah hilang—

    (a) jika perempuan itu berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu yang orang itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, jika penjagaannya dalam hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu tetapi haknya untuk penjagaan akan kembali semula jika perkahwinan itu dibubarkan;

    (b) jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka;

    (c) jika perempuan itu menukar pemastautinannya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu dari menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, kecuali bahawa seseorang isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu;

    (d) jika perempuan itu murtad;

    (e) jika perempuan itu mencuaikan atau menganiaya kanak-kanak itu.”

    Bapa mertua puan berhak untuk membuat tuntutan hadanah. Namun puan juga berhak untuk mempertahankannya atas dasar puan merupakan pihak yang paling berhak untuk mendapat hak tersebut. Mungkin pihak bapa mertua ingin mendapatkan hak tersebut kerana merasakan puan tidak layak untuk menjaga anak tersebut. Jadi puan perlu mempertahankan denganmenyatakan kemampuan puan untuk menjaga anak tersebut.

    Kebiasaannya, mahkamah akan melihat kebajikan anak tersebut sepertimana yang dijelaskan saya sebelum ini.

  48. nana said

    kwsp sebagai pemangkin ekonomi negara. Lihat dari sudut ekonomi islam. Huraikan…. terime kaseh..

  49. rashid said

    Assalamulaikum… Saya telah berkahwin 10 tahund an masih belum mempunyai cahaya mata. Sejak kebelakangan nie saya dan isteri saya berselisihan faham sehingga membawa ke arah perceraian ….. Dan kami berdua mengambil keputusan bersama untuk membawa haluan masing-masing. Apa perkara pertama yang harus saya buat untuk untuk selesaikan perkara tersebut. Dan apakah tuntutan yang boleh dibuat oleh isteri saya bila berlaku perceraian itu nanti.?

    JAWAPAN

    Secara ringkas, Kebiasaannya sebelum perceraian boleh diputuskan oleh mahkamah, pihak Jabatan Agama ISlam akan terlebih dahulu akan meminta pasangan mengikuti sesi kaunseling. Pihak encik boleh merujuk kepada Jabatan Agama ISlam. Kemudian sekiranya tiada penyelesaian, permohonan untuk perceraian hendaklah dibuat di Mahkamah Syariah. Kebiasaannya, mahkamah akan meminta pertikaian diselesaikan oleh Majlis Sulh yang akan meminta setiap pasangan berbincang. Pegawai Sulh yang diberi tugas akan menjadi orang tengah. Sekiranya pertikaian masih berterusan dan tiada penyelesaian, barulah mahkamah akan membenarkan permohonan perceraian.

    Saya berpandangan, adalah lebih mudah sekiranya bagi melalui semua proses tersebut, pihak encik boleh merujuk kepada bantuan peguam syarie supaya setiap prosedur dan undnag-undang dapat dipatuhi. Malah ini dapat mempercepatkan lagi proses perceraian sekiranya sememangnya tiada sebarang persefahaman dan penyelesaian dan dibuat. Tetapi dinasihatkan agar pihak encik sama sekali tidak menceraikan(mentalaq) isteri encik di luar mahkamah. Ini bermakna sehingga mahkamah tidak memerintahkan lafaz talaq dibuat, dinasihatkan agar pihak encik tidak berbuat sedemikian. Ini kerana ia akan merumitkan lagi keadaan keranan sekiranya lafaz cerai dibuat di luar mahkamah, prosedur lain perlu dibuat iaitu pengesahan lafaz tersebut oleh mahkamah.

    Berkaitan hak-hak isteri selepas perceraian. Isteri encik berhak untuk mendapatkan hak seperti berikut:

    1) Hak mendapatkan mutaah- iaitu saguhati kepada isteri berdasarkan tempoh perkahwinan

    2) Hak nafkah eddah- sepanjang tempoh eddah, isteri berhak mendapat nafkah sehinggalah tempoh eddah tamat

    3) Hak harta sepencarian -sekiranya terdapat sebarang harta yang dimiliki bersama atau hak isteri sendiri semasa tempoh perkahwinan, maka mahkamah akan memutuskan samaada harta tersebut milik siapa. Harta sepncarian ini juga dapat dilihat dalam dua bentuk iaitu secara langsung iaitu harta yang dimiliki secara jelas seperti rumah, kereta dll. Kedua ialah secara tidak langsung iaitu seperti sekiranya isteri encik tidak bekerja, maka dorongan atau menjaga hal ehwal rumah dll itu dianggap satu bentuk sumbangan yang tidak langsung semasa tempoh perkahwinan.

  50. Ayien said

    soalan saya berkaitan suami saya…. sebelum saya bernikah dgn suami saya…suami saya merupakan duda anak seorg. Ketika beliau bercerai dgn bekas isterinya….anak mereka masih bayi dan masih menyusu badan. memandangkan hak hadanah lebih berpihak kepada ibu, anak itu di dalam jagaan bekas isterinya.

    kami berkahwin setelah 2 tahun mereka bercerai. Masalah nya pihak bekas isteri suami saya seperti tidak dapat menerima kenyataan yg suami saya telah berkahwin lain dan menjadikan anak mereka sebagai senjata utk membalas dendam.

    sepanjang sebelum kami berkahwin suami saya tk pernah culas memberi nafkah kepada anaknya. namun setelah pihak bekas isterinya menghidu ttg pertunangan kami ( walaupun ketika itu mereka sudah setahun bercerai) dia tidak lagi membenarkan suami saya berjumpa dgn anak mereka. sehinggalah suami saya terpaksa membuat keputusan drastik menghentikan pemberian nafkah anaknya selagi beliau tidak di izinkan berjumpa dgn anak mereka.

    Kalau tk silap saya hampir 2 thn nafkah anak mereka tk berbayar kerana bekas isteri suami saya berdegil tk izinkan suami saya berjumpa dgn anak mereka.

    setelah anak mereka berusia 5 thn ( tahun lepas) bekas isteri suami saya mengalah menghubungi pihak suami saya utk meminta nafkah anak mereka dan mengizinkan suami saya berjumpa anak mereka. Malangnya ketika itu anak mereka sudah tidak mengenali suami saya lagi dan enggan utk berjumpa. suami saya pula bersetuju demi kebaikan anak mereka dan mengambil keputusan menyambung memberi nafkah anak mereka seperti dahulu

    Masalahnya, anak mereka ketika itu baru memasuki tadika. Bekas isteri nya itu meminta utk berkongsi yuran tadika anak mereka yg berjumlah RM700++ seorg ( kerana yuran pendaftaran RM1400++)Suami saya menolak kerana duit beliau tidak mencukupi dan hanya bersetuju utk memberinya jika dia punya wang lebih. Namun wang nafkah bulanan tetap beliau beri( memandangkan ketika itu saya sudah pun mempunyai seorg anak dan ketika itu saya sedang sarat mengandung anak kembar saya)

    Bekas isteri suami saya telah memfailkan tuntutan nafkah anak dan tunggakan nafkah yg lepas ( 2 tahun sebelum itu)

    ketika di mahkamah rendah suami saya sekali mengalah dan bersetuju utk tuntutan kenaikan nafkah anak mereka tetapi meminta budi bicara bekas isteri nya itu utk mempertimbangkan nafkah anak yg tertunggak itu. ( tertulis dlm perintah mahkamah RM1000 setiap tahun setiap bulan 12 selama 4 thn)

    kini suami saya sering mendapat ugutan akan mendapat tindakan mahkamah dr pihak bekas isterinya sekiranya suami saya enggan berikan jumlah wang yg di minta ( tunggakan nafkah)

    Persoalannya, boleh kah suami saya menolak utk tidak memberinya memandangkan kedudukan kewangan kami yg sgt ketat kini dgn tanggungan ank yg masih kecil seramai tiga org ( setahun 7 bulan, dan dua bayi kembar berusia 5 bulan) Bil hospital anak kembar kami di hospital pun masih lagi tertunggak tidak berbayar di HUKM berjumlah RM15 ribu kerana anak saya di tahan di NICU selama sebulan setengah.

    Bolehkan suami saya membuat tuntutan mengambil anak beliau memandangkan dia tak mampu memberikan jumlah tuntutan ( tunggakan RM1000 setiap bulan 12 setiap tahun selama 4 thn)yg di minta itu tapi mampu utk menjaga anak beliau jika di dlm jagaan kami. ( kami mempunyai pembantu rumah yg kini menjaga 3 org anak kami yg boleh di harap menjaga anak mereka itu memandangkan usia anak mereka itu sudah 6 thn kini dan boleh berdikari.tambahan pula anak mereka akan berada di tadika setengah hari di mana tidaklah membebankan pembantu rumah kami utk menjaganya)

    Saya dah tak sanggup lagi memikirkan masalah mereka kerana sejak kami berkahwin pihak bekas isteri suami saya tak habis2 membuat pelbagai cara utk menyusahkan hidup kami itu tak termasuk usaha meruntuhkan rumahtangga kami. isu nafkah anak sering dijadikan senjata utama beliau utk menyerang kami. Bila kami penuhi tuntutan beliau , isu nafkah tertunggak pula di gunakan…. tolonglah kami….kami bukan org senang yg sentiasa boleh memenuhi permintaan dia.

  51. zuera said

    Assalamualaikum..
    Saya telah bercerai dgn suami saya dan mempunyai 3 cahayamata.kesemuanya dibawah jagaan saya.Kini saya telah pun bernikah utk kali ke 2.Masalah saya, baru2 ini saya membuat permohonan pertukaran sekolah utk anak saya yg berumur 8 tahun.Saya kemukakan document saya dan suami saya yg ke 2.Tetapi pihak jabatan pelajaran meminta surat pengesahan hak jagaan anak dari mahkamah.Saya kurang pasti.Adakah perlu sedangkan hak mmg pada saya? Bagaimana sy perlu mendapatkan hak bersurat tersebut?

  52. assalamualaikum.wbt
    saya ingin mengetahui mengenai sejarah pengajian “syariah dan undang-undang” di ipta/s di malaysia serta ipta/s yang menawarkannya.

    terima kasih

  53. siti said

    salam..
    saya ingin bertanya mengenai isu caruman kwsp..
    persoalannya bagaimanakah perlaksanaan dan apa bentuk dan halangan – halangan terhadap perintah mahkamah syariah terhadap caruman kwsp?
    sajauhmanakah bidangkuasa mahkamah syariah dlm menyelesaikan kes- kes berkaitan kwsp,
    contohnya jika si isteri yang telah bercerai ingin memohon tuntutan nafkah yang tertunggak daripada bekas suaminya dari wang kwsp suaminya..
    harap dapat jelaskan..
    trima kasih..

  54. cik lula said

    assalam..saya nak tnye berkenaan konflik undang2 yang timbul dalam kes Sukma Darmawan Sasmitaan Madja?bole eloberate sket x..sYukran:)

  55. mira said

    assalamualaikum…bolehkah anda menjelaskan tentang pensabitan nasab dalam islam, hikmah dan impaknya terhadap pembentukan ummah, terutamanya di malaysia. apa pendapat anda tentang masalah sosial seperti zina yang memberi kesan secara langsung terhadap keturunan sesebuah keluarga…sekian, wassalam….

  56. nurdalila said

    assalamualaikum..
    saya nak tahu lebih lanjut tentang baitulmal..baitulmal ni di bawah naungan siapa dan apakah aset bagi baitulmal.tq

    JAWAPAN

    Untuk makluman, baitulmal terletak di bawah bidangkuasa negeri dan diurus oleh Majlis Agama ISlam setiap negeri. Berkaitan aset baitulmal, kebanyakannya adalah daripada zakat. Terdapat juga sumber lain seperti wakaf. Setiap aset tersebut akan dilaburkan mengikut syariat.

  57. Suhaile Mukahar said

    Askum. Saya nak bertanya tentang masalah lafaz rujuk.Saya telah bercerai dengan suami. Dalam tempoh eddah,bekas suami saya telah berkata kepada saya seperti berikut:’kita rujuk ye’,sambil dia memeluk saya dan anak kami.Saya bersetuju untuk kembali kepadanya.Adakah lafaz tersebut sah untuk kami rujuk? Selepas itu bekas suami saya menunda beberapa kali untuk mendaftarkan rujuk dengan pelbagai alasan sehinggalah saya tamat tempoh eddah.Kebetulan kami sama- sama tersilap perkiraan tentang masa eddah saya.Adakah suami saya telah dikira ada merujuk saya dan perlukah beliau untuk terus membuat akuan bersumpah di mahkamah syariah kerana sekarang saya sudah habis eddah? Apakah prosedur sepatutnya? Pada masa lafaz tersebut tiada saksi,hanya dengan kehadiran anak kami yang berusia 2 tahun setengah. Saya ingin tahu apakah lafaz tersebut adalah termasuk dalam lafaz rujuk yang sah di sisi syarak? Terima kasih En. Syafiqe.

    JAWAPAN:

    Pada dasarnya rujuk boleh berlaku apabila suami melafazkannya secara jelas seperti ” aku merujuk kau kembali” dan isteri bersetuju. Terdapat pandangan mazhab lain (maliki jika saya tidak silap) yang menyatakan rujuk boleh berlaku juga apabila suami isteri telah bersetubuh semasa temph eddah. Walaubagaimanapun, menurut kitab fiqh manhaji karangan dr mustofa al-Khin, rujuk boleh disaksikan oleh 2 orang saksi namun ia hanya sunat sahaja. Tetapi puan perlu pastikan bahawa perceraian puan adalah merupakan talak satu atau dua dan bukannya talak tiga. Ini kerana jika talak tiga, rujuk tidak boleh dibuat dalam tempoh eddah. Pada pandangan peribadi saya, adalah lebih baik puan merujuk kepada mahkamah sariah bagi memutuskannya. Prosedur yang boleh dibuat adalah dengan membuat permohonan di mahkamah syariah. Lebih mudah jika dapatkan khidmat peguam syarie. Terima kasih

  58. wan mohd zawawi said

    Assalamualaikum…Tuan,

    Saya telah mendapat perintah mahkamah tanpa bicara atas persetujuan bersama didepan Hakim yang dimana anak perempuan berumur 8 tahun dibawah jagaan saya dan lelaki 6 tahun dibawah jagaan beliau.

    Didalam perintah disebutkan tiada paksaan terhadap anak perempuan samada bermalam atau berjunpa setiap 2 minggu sekali.

    Yang jadi masaalah ialah anak perempuan tidak mahu berjumpa atau bermalam dengan ibunya tanpa ada hasutan dari keluarga saya.Keadaan yang sebenar kerana perasaan takut fobia dengan ibunya yang suka merotan,pemarah dan tidak pandai mengambil hati.Sebelum ini anak menangis ketakutan apabila ditanya berjumpa ibunya.

    Soalan saya.

    Adakah mahkamah akan merekodkan perintah paksaan berjumpa atau bermalam terhadap anak walaupun perempuan berumur 8tahun kes seperti saya yang ibunya ingin menfailkan kes semula di mahkamah tinggi S.Alam.Saya ada dua kali buat laporan polis bersama anak yang dimana anak tidak mahu berjumpa atau bermalam seperti diperintahkan.

    Saya sebagai bapa tidak sanggup memaksa anak kerana takut akan menggangu pelajaran dan tekanan perasaan beliau tanpa ada sebarang niat hasutan atau kepentingan yang dimana setiap bapa hanya inginkan anaknya bahagia dan sihat tak lebih dari itu walaupun anak itu belum cukup umur 9tahun.Saya faham perasaan seorang ibu yang dimana melahirkan anak tetapi itu kemahuan anak sendiri tidak mahu berjumpa ataupun bercakap dalam telefon.

    sekian. t.kasih

    JAWAPAN:

    Sebenarnya meskipun mahkamah telah membuat perintah ibu berhak melawat dan berjumpa anak, namun perintah itu boleh diubah. Ini keranan dalam aspek jagaan atau hadhanah ini, kebajikan anak adalah yang paling utama. Ensik boleh membuat permohonan di mahkamah untuk memmohon pindaan pad aperintah tersebut dengan menyatakan hujah-hujah serta bukti yang bersesuaian menunjukkan ibu tersebut tiada hak melawat dan berjumpa anak.

  59. Norizam Abdol said

    Asalamualikum

    Ibu saya telah meninggal dunia 13tahun lalu, dan ayah saya telah berkawin lain dan mendapat 2 orang anak hasil perkongsian dengan isteri yang baru, ayah saya baru saja meninggal dunia, dan ada meninggalkan harta, dan semua harta yang ditinggalkan ini ada lah harta sepencarian dengan ibu saya. Soalan saya ada kah harta ini harus dibahagi 2 dulu sebagai harta sepencarian antara ayah dan ibu saya sebelum dibahagikan kepada isteri yang baru dan anak anak, apakah ada undang undang atau hukum yang dapat diguna pakai bagi mendapatkan hak itu, kerana semasa hayat ayah saya dia tidak menjalankan amanah ini.Sekian, terima kasih.

    JAWAPAN

    Apa yang jelas dalam kes ini adalah harta spepencarian itu perlulah ditentukan terlebih dahulu milik ibu encik semasa tempoh perkahwinan dulu. Terdapat peruntukan yang memberi bidnagkuasa kepada mahkamah untuk menentukan hal tersebut. AP ayang penting adalah perlu dibuktikan seseuatu harta itu adalah jelas merupakan harta yang diperolehi oleh kedua-dua pihak semasa tempoh perkahwinan dulu. Walaubagaimanapun, sekiranya mislanya hakim telah memberi keputusan tentang sesuatu harta sepencarian, harta itu perlulah dibahagikan secara faraid kerana ibu encik telah meninggal dunia.

  60. Afif said

    saudara syafik.. saya baru bernikah tiga tahun lepas dgn wanita pilihan sendiri. untuk tidak mahu memanjangkan tempoh kami bernikah 5 bulan selepas bercinta.. 11 hari sblm nikah saya mengetahui yg isteri bukan lah suci tiada unsur paksaan untuk dia berbuat demikian melainkan keinginan sendiri yang tidak diberi perhatian oleh keluarga…
    sukar untuk saya menerima tetapi majlis ttp diteruskan.. masalah yg timbul ialah sugar daddy yang membela beliau adalah dari golongan kaya yang berkereta besar mempunyai apartmen dan mampu menyewa bilik2 hotel mewah untuknya walhal umurnya pd ketika itu hanya 14-15 thn.. istri tidak secara direct membandingkan kemampuan saya darisegi kewangan tetapi lynan yang diberikan menggambarkan sebegitu, sering menolak ajakan suami dgn alasan penat, x larat mandi wajib,sakit, bila dipanjangkan cerita yang sering dikatakan adalah menjadi tugas suami untuk membuat isteri berkeinginan, jgn salahkan isteri bila suami tidak pandai. sedangkan isteri memilih untuk lelaki yang teruna sebagai suami. dah tentu lah timbul hal begitu. mmg dia kurangkan untuk meminta benda2berharga ttp sbb saya tidak berkemampuan sbegitulah dia secara luarsedar tidak upaya melayan saya lebih dari sugardaddy nya.. terbaru saya mengetahui bukan sekadar sugar daddynya(non muslim) sahaja yang pernah menidurinya tetapi juga bbrp boyfriend lain yang dia ada(tidak semua) termasuk bukan islam.sehingga skrng masih menyedari terujanya dia pada lelaki berbangsa sama, cenderung kpd amalan dan pntg larang mereka ( tidak mengamalkan tetapi ditimbang sebagai panduan sekali sekala ) Mkn nasi pun nak pakai cop stik.
    saya tlh tiada keinginan untuk hidup bersamanya lagi, krn perhatian dan layanan yg sebegini( belum hal makan pakai ).. seandainya berlaku perceraian ant kami adakah perlu untuk saya membayar mutaah atau apa2 sahaja denda, pampasan krn telah menikahi dan tidur dgnnya sdngkan mmg sebelum berkahwin harga dirinya telah diserah kpd org lain..
    bolehkah disebut pada alasan perceraian yang suami tidak mampu menanggung isteri, tidak mampu menjadi suami yang baik krn mahu menjaga rahsia isteri dari pengetahuan keluarganya ( ayah sakit jantung ) dalam masa sama saya tidak pula mahu diburukkan secara melampau2 atau menjadi sbb utama perceraian.
    ( tidak adil kalau menyatakan hanya perkara negatif di atas, dia juga mempunyai kebaikan dari sudut yg positif seorng yang berkayakinan tinggi, disenangi kawan2, romantik dan menuntut romantik, berkeinginan tinggi, terancang, cantik dan amat berani)

    JAWAPAN:

    Saya cadangkan terlebih dahulu untuk meminta khidmat kaunseling di jabatan agama. JIka tidak boleh selesai, maka boleh dibuat penyelesaian secara majlis sulh dan tahkim. Jika tiada penyelesaiana maka perceraian adalah jalan terakhir. Memang benar jika bercerai, saudara masih perlu memberi mutaah, nafkah harta sepencarian (jika dituntut) dll. Namun jika itu jalan terbaik, maka kita perlulah menerimanya. Walaubagaimanapun, adalah penting untuk menunjuk isteri saudara jalan yang sebenar lebih-lebih lagi sekiranya saudara sudah tidak lagi bersamanya. Kita tidak mahu dia hidup berterusan sedemikian rupa.

  61. sharina sharudin said

    Asaalamualaikum w.b.t
    terimakasih kerana menyediakan ruangan seperti ini. masalah saya.
    saya telah ditinggalkan suami tanpa nafkah zahir dan batin selama 4 bulan. kami tiada anak.
    saya tinggal di kedah, suami di pahang dan pernikahan di daftarkan di terengganu. saya ingin menunutut cerai.

    a) di pejabat agama manakah saya perlu daftarkan permohonan ini.
    b) sekiranya saya ingin mgunakan khidmat guaman, perlukah saya mencari di terengganu bg memudahkan proses tersebut. ada cadangan peguam utk saya hubungi.t.kasih

    JAWPAN:

    Lebih mudah jika mohon cerai takliq kerana puan dakwa suami telah tinggalkan puan dan tidak dapat nafkah 4 bulan. Cerai takliq ialah apabila suami melanggar syarat2 takliq seperti dinyatakan semasa pernikahan dulu. Permohonan lebih mudah jika dibuat di terengganu. begitu juga peguam syarie juga boleh dapatkan di terengganu. Namun, maaf saya tidak mempunyai maklumat peguam syarie di terengganu

  62. Azzaha said

    Assalamualaikum
    Arwah ibu mertua saya telah menukar hak milik tanah 1/3 atas nama beliau dan 2/3 sebagai nazar amanah bagi bahagia yang belum dibahagikan kepada kakak ipar saya. Kakak ipar saya merupakan satu-satunya anak perempuan. Penukaran nama ini telah dibuat pada tahun 1977 tanpa pengetahuan 4 anak lelaki yang lain. Cara penukaran itu amat diragui dan dengan sifat suaminya yang tidak amanah seolah-olah telah wujud penipuan.Soalan saya, masihkah ada peluang untuk anak-anak lelaki lain menuntut hak mereka. Setahu saya jika harta itu dihibah masih perlu unsur keadilan.

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 51 other followers

%d bloggers like this: