S y a r i a h & Law in MALAYSIA – Version 2.0 -

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

  • Sumbangan Artikel

    Saya mengalu-alukan kepada semua pengunjung laman web ini untuk menyumbangkan sebarang artikel ilmiah berkaitan Undang-undang Syariah di Malaysia. Sila hantar artikel kepada email saya syafiqe@gmail.com. Sila tulis nama penuh anda berserta jawatan atau penuntut di institusi mana sekiranya ada.
  • KEMUKAKAN KEMUSYKILAN ANDA

    Sebarang pertanyaan berkaitan isu-isu melibatkan perundangan dan pentadbiran Islam di Malaysia samaada undang-undang keluarga Islam, Jenayah Islam, Perbankan dan Kewangan Islam dan sebagainya boleh kemukakan persoalan di bahagian "KEMUKAKAN PERSOALAN ANDA". Hanya soalan yang terpilih sahaja akan disiarkan.
  • UNDIAN

  • BLOG STATS

    • 315,214 pengunjung
  • web stats
  • Subscribe

HARTA SEPENCARIAN : KONSEP DAN AMALAN

Posted by syafiqe on March 4, 2008

                                                   

 

 

Pada dasarnya, konsep harta sepencarian tidak dibincangkan secara khusus oleh para ulama’. Malah tidak ada sebarang dalil nas yang jelas berkaitannya. Namun para ulama’ telah memberi pelbagai pandangan dalam membicarakan tentang harta sepencarian. Ada yang menyebut ia sebagai “Mata’ al-Bayt” iaitu perkakasan rumah dan ada yang menyebut sebagai “Mal al-Zawjayn” yang bermaksud harta suami isteri.

Apa yang jelas, harta sepencarian tidak boleh dianggap sebagai satu aqad perkongsian (al-Syarikah). Ini kerana harta sepencarian dikuatkuasakan melalui perkongsian hasil suami dan isteri. Walaupun ketika aqad nikah wujud satu bentuk aqad, namun ia tidak boleh dianggap aqad bagi kontrak secara langsung menimbulkan harta sepencarian. Ini kerana, ijab dan qabul tersebut hanyalah bertujuan menghalalkan satu pergaulan antara suami dan isteri sahaja.

Adat Melayu

Jika dilihat sejarah lampau, harta sepencarian telahpun dianggap sebagai satu bentuk adat dalam masyarakat Melayu. Menurut Adat Pepatih, ia disebut sebagai ”carian laki bini”. Misalnya dalam kes Hasmah lwn Jalil, telah diputuskan bahawa harta carian laki bini hendaklah dibahagikan dua antara suami dan isteri apabila berlaku perceraian.

Malah jika diamati, sebelum pindaan Perkara 121(1A), kebanyakan keputusan para hakim Inggeris berkaitan harta sepencarian lebih

cenderung merujuk kepada pemakaian adat setempat orang Melayu. Dalam kes Robert lwn Boto’, diputuskan bahawa harta yang menjadi pertikaian dianggap sebagai harta sepencarian dan mahkamah akan membahagikan setiap setengah bahagian jika pihak-pihak bersetuju. Ini adalah berdasarkan kepada anggapan bahawa ia adalah satu adat dan bukannya hukum syarak.

Hukum Syarak

Persoalannya kini, adakah harta sepencarian itu diktiraf oleh hukum syarak? Sepertimana disebut sebelum ini, meskipun harta sepencarian tidak dijelaskan oleh apa-apa dalil nas, namun ulama’ masih lagi memperakuinya berdasarkan konsep uruf (adat) dan maslahah setempat. Ini mengambilkira soal keadilan kedua-dua pihak selaras firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nur Ayat 32 menyatakan “orang –orang lelaki beroleh bahagian daripada usahanya dan orang-orang perempuan beroleh bahagian daripada usahanya juga”. Maka apabila sesuatu uruf itu diperakui baik dan sesuai oleh undang-undang kedudukannya, maka ia akan menjadi peraturan yang perlu dipatuhi. Malah ia selaras dengan kaedah fiqh antaranya ialah ”adat yang diakui sebagai hukum” dan juga ”uruf itu diiktibarkan oleh syarak”.

Oleh itu, kini hata sepencarian telahpun dianggap sebahagian daripada undang-undang Islam. Malah Mahkamah Syariah telahpun diberi bidangkuasa khusus dan eksklusif bagi membicarakannya. Ia juga telah diperuntukan dalam semua Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam di setiap negeri dan juga dalam Arahan Amalan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

Misalnya dibawah Seksyen 2 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 “harta sepencarian” ditafsirkan sebagai harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuat kuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak. Berdasarkan takrif yang diperuntukan, bolehlah difahami bahawa harta sepencarian termasuklah harta samada harta alih atau tidak alih yang diperoleh suami dan isteri melalui usaha mereka bersama dan bukannya daripada satu pihak sahaja semasa perkahwinan. Harta yang dikumpul selepas perceraian atau kematian tidaklah boleh dianggap sebagai harta sepencarian.

Sumbangan tidak langsung

Namun kini, konsep harta sepencarian telah mula diluaskan termasuk juga harta yang diperoleh suami melalui usahanya sendiri semasa perkahwinan dengan sumbangan secara tidak langsung daripada isteri. Sumbangan tidak langsung bermaksud suatu usaha yang disumbangkan oleh mana-mana pasangan dalam mendapatkan harta itu di mana usaha yang disumbangkan adalah kecil berbanding dengan hasil atau manfaat sumbangan itu yang menghasilkan sesuatu harta yang besar.

Ini bermaksud, salah satu pasangan memberi sumbangan secara tidak langsung samaada melalui idea, dorongan, nasihat, keselesaan, ketenteraman dan sebagainya kepada pasangan satu lagi yang berusaha dan berjaya dalam mendapatkan harta itu. Dalam kes Tengku Anum Zaharah, mahkamah memutuskan bahawa harta yang menjadi pertikaian ialah harta sepencarian hasil daripada sumbangan tidak langsung isteri yang berketurunan berpengaruh. Kesan pengaruh isteri membolehkan suaminya mendapat gelaran Dato’ dan berjaya memajukan perniagaannya.

Tuntutan

Bagi tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Syariah, ia boleh dilaksanakan dalam tiga keadaan iaitu tuntutan selepas perceraian, tuntutan semasa perkahwinan dan juga tuntutan selepas kematian. Bagi tuntutan selepas perceraian, Seksyen 122 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 misalnya memperuntukkan bahawa mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk memerintahkan pembahagian harta sepencarian apabila mahkamah itu membenarkan lafaz cerai atau perintah perceraian. Oleh itu, mahkamah hanya berbidangkuasa membicarakan kes harta sepencarian di mahkamah di negeri di mana perceraian berlaku dan didaftarkan.

Tuntutan harta sepencarian juga boleh dibuat semasa tempoh perkahwinan. Seksyen 23(10)(b) memperuntukan bahawa isteri boleh memohon perintah daripada mahkamah supaya diadakan terlebih dahulu pembahagian harta sepencarian sebelum permohonan poligami disahkan. Malah Seksyen 119(11) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003 menyebut bahawa sebelum Mahkamah mengesahkan keluar agama, satu perintah untuk membahagikan harta sepencarian hendaklah dilaksanakan. Kedua-dua peruntukan tersebut berkaitan dengan permohonan poligami dan juga keluar agama Islam.

Bagi tuntutan selepas kematian, meskipun tiada peruntukan khusus yang membolehkan mahkamah membahagikan harta sepencarian sekiranya akibat kematian, namun fatwa negeri Selangor menjelaskan bahawa jika berlaku kematian, maka pihak yang hidup boleh memohon pengisytiharan harta sepencarian sebelum harta itu menjadi harta pusaka. Jadi pihak itu perlu membuktikan bahawa sebahagian harta itu adalah harta sepencarian.

Penyelesaian

Kaedah penyelesaian apabila melibatkan harta sepencarian ialah melalui kaedah sulh iaitu dengan cara berdamai samada melalui pengakuan dan penyerahan hak pemilikan kepada satu pihak lagi atau nilai harta yang dipersetujui dibahagi mengikut persetujuan. Persetujuan ini boleh dibuat samaada di luar mahkamah atau di hadapan pegawai sulh dan kemudian ianya akan diendors sebagai satu perintah oleh mahkamah.

Kaedah lain adalah melalui persetujuan semasa perbicaraan sedang berlangsung. Hakim kebiasaannya akan memberi peluang kepada kdua-dua pihak untuk mencapai persetujuan bersama. Maka persetujuan ini akan diendors sebagai satu perintah Mahkamah.

Sekiranya kedua-dua kaedah tersebut tidak dapat menyelesaikan pertikaian, maka mahkamah akan meneliti setiap keterangan dan penghujahan pihak-pihak. Seterusnya mahkamah akan memutuskan pembahagian harta sepencarian tersebut melalui perintah mahkamah.

About these ads

45 Responses to “HARTA SEPENCARIAN : KONSEP DAN AMALAN”

  1. elise said

    saya hanya inginkan hak yang paling mudah atau sebagai saguhati selepas menyerahkan hak penjagaan satu-satunya anak perempuan saya yang ketika ini berusia 9 tahun kepada bekas suami saya.

    hak itu di berikan setelah ibu saya meninggal dunia, sya bekerja di luar kawasan dan permintaan anak itu sendiri.

    perasaan saya memang tidak boleh di nafikan.. tetapi demi kepentingan dan masa depan anak tunggal saya itu, saya sanggup berkorban.

    ketika ini saya sedang menghadapi peringkat hidup yang amat mencabar dari semua sudut, bukan utk menjual anak atau apa sekalipun tapi berikanlah sedikit babtuan…

    JAWAPAN:

    Sebenarnya saya juga memahami perasaan puan sebagai seorang ibu. Walaubagaimanapun, mahkamah telahpun memutuskan hak penjagaan diserahkan kepada bapa. Malah ia merupakan pilihan anak itu sendiri setelah mahkamah membenarkan anak itu untuk membuat khiyar (pilihan) untuk memilih ibu atau bapa.

    Namun sebenarnya, jika puan bertnaya berkenaan dengan saguhati, sebenarnya di dalam peruntukan undang-undang di Malaysia tidak memperuntukan sebarang peruntukan sedemikian. Apa yang ada adalah hak puan untuk melawat anak tersebut. Mahkamah boleh memerintahkan hak lawatan kepada pihak yang tidak mendapat hak jagaan tersebut. Dalam hal ini, permohonan boleh di buat di mahkamah.

  2. Abdul Razak said

    Adakah gugur hak untuk tuntutan harta sepencarian bagi isteri yg diceraikan kerana curang atau derhaka?

    JAWAPAN:

    Tidak gugur hak isteri untuk tuntut harta spencarian. Jika nafkah… ya

  3. Suami malang said

    Assalam Tuan,
    Sejauh mana penjelasan Akta Jenayh Syariah 1997 (WP), dibawah seksyen 36,37 dan 38 telah dilaksnakan dalam mahkamah Syrie Malysia. Adakah contoh2 Kes yang pernah didakwa atau di batalkan, bagaimana proses tersebut dijalankan?

  4. Abdul Razak said

    Terima kasih atas jawapan untuk soalan saya terdahulu.Satu lagi kemuskilan,jika harta sepencarian,contohnya rumah masih belum selesai hutangnya dan suami masih terus membayar hutang untuk rumah itu,bagaimanakah perkiraan untuk pembahagian harta sepencarian bagi rumah itu.
    Contohnya,
    Baki hutang rumah:RM100,000
    Nilai semasa rumah:RM105,000
    Adakah perlu dijual rumah itu dan hasilnya dibahagikan antara suami dan isteri?Tapi bagi kes di atas jika dijual mungkin tiada langsung keuntungan.

  5. Mohd Amir said

    please define Syariah Criminal Act 1997(WP) Secstion 36,37,38.
    Kindly provide a few sample cases which being convicted and success defended

  6. nuraz said

    Seorang isteri lebih banyak mengeluarkan belanja daripada suaminya. Contoh : belanja dan perkakas dapur, perbelanjaan anak2 belajar, perkakas rumah, kereta (kongsi) dan motosikal, pakaian dan keperluan isteri itu sendiri.
    Sekiranya berlaku perceraian, apakah semua itu dikira sebagai harta sepencarian? Maksud saya seperti perkakas rumah, kereta dan motosikal tersebut.

    JAWAPAN:

    ya. pada dasarnya semua tersebut diangap harta sepncarian. Apa yang penting adalah perlu dibuktikan bahawa semua barang tersebut dimiliki dan dibeli oleh anda.

  7. nuraz said

    Sekiranya seorang isteri diceraikan oleh suaminya, apakah yang perlu dilakukan oleh isteri tersebut?
    Berapa lamakah isteri tersebut boleh menduduki rumah suaminya itu?
    Dan apakah barang yang boleh dibawa keluar oleh isteri tersebut dari rumah suaminya itu?

  8. isa alimin said

    Surat An-Nuur ayat 32 diatas apa betul maknanya yang tertulis diatas???????????????? kalau saya tidak silap bunyi ayat tersebeut dalam Al-Quran Terjemahan ” 32. dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha mengetahui” jadi makna diatas macam mana??????

  9. Baha' said

    Salam….

    Betul apa yang dicakap oleh isa_nuris@yahoo.com

    ayat yang termaktub diatas bukan surat An-Nur ayat 32 tetapi Surat An-Nisa’ ayat 32

    syukran…. Allah Yahdii lana wa lakum amiin….

    salam….

  10. isa alimin said

    surat An-nur ayat 32 tu bukan itu maknanya kot????? ustaz tengok lain ayat2 rasanya Surat An-nisa’ ayat 32>>>>>> jangan keliru tuan>>>>> salam kenal

  11. PJA said

    bagaimana pula jika suami membeli rumah tersebut sebelum berkahwin dan masih menanggung hutang membayar rumah tersebut (tetapi disewa oleh org lain), adakah dikira sbg harta sepencarian?

  12. suriani said

    jika isteri curang dan kami bercerai, isteri mahu tuntut harta sepencarian..boleh tak saya failkan kes isteri nusyuz untuk mengelakkan harta saya banyak jatuh ke tangan isteri

  13. ana said

    Saya mempunyai seorang suami yang kedekut walaupun dia kaya. Saya banyak menggunakan duit untuk urusan anak , diri sendiri dan rumahtangga manakala dia membayar yang lain. Saya kini rasa tidak selamat untuk terus hidup bersamanya terutama selepas dia pernah menyatakan untuk berkahwin lain dulu. Saya terfikir banyak yang tidak diberikan kepada saya dari yang sepatutnya. Pembelian harta seperti kereta , rumah dan lain -lain ada sumbangan duit saya juga tapi dulu saya hanya bagi, tak catat. Semua atas namanya, jika terjadi sesuatu seperti dia curang , mati kahwin lain dan sebagainya apa akan jadi pada saya. Pokoknya disini bolehkah saya buat tuntutan harta sepencarian sebelum terjadi sesuatu dan saya kehilangan hak ke atas harta-harta itu .

  14. [...] HARTA SEPENCARIAN Possibly related posts: (automatically generated)Prohibited Degrees of Kindred and AffinityDistribution of Inheritance According to the Book of Allah (Al-Quran)Is Gatekeeping Part of Your Parenting Style?“Mom, can I have a brother?” [...]

  15. kamarazaman said

    Bagaimana kaedah untuk mengisytiharkan harta (rumah) yang dibeli atas nama suami tetapi dibayar bersama-sama dengan isteri jumlah ansuran pinjaman, sebagai harta sepencarian?

    Adakah perlu diuruskan oleh peguam semasa hidup si suami atau si suami boleh mengisytihar harta sebagai harta sepencarian dengan Amanah Raya Berhad.

    Terima kasih.

  16. emy said

    bagaimana perkiraan tuntutan harta sepencarian selepas bercerai jika kedai yang saya usahakan atas nama saya tetapi hak kakak saya iaitu modal 100% dari kakak saya?

  17. Maznah said

    Sekiranya suami telah meninggal dunia, adakah isteri berhak menuntut harta sepencarian sebelum harta diagihkan secara faraid kepada waris-waris iaitu isteri, anak-anak dan anak-anak tiri?

  18. Sodali Saripin said

    Harta sepencarian dijadikan undang-undang tanpa penyelidikan yang rapi. Pembuat dasar kurang menyelidik dan kurang bertanya sebelum menjadikan sesuatu itu undang-undang terutama sekali dalam kes ‘sumbangan suami/isteri secara tidak langsung seperti penjaggan anak, sumbangan dari segi ide dan lain-lain’. Pengorbanan suami atau isteri dari segi pinjaman bank lebih besar dari ‘menjaga anak’ misalnya. Dan tidak masuk akal kalau seseorang itu boleh mengumpul harta benda dengan menjaga anak saja tanpa pinjaman dari bank. Kerana duit bank kita berjaya bukan dengan sumbangan menjaga anak atau ide. Carilah cara lain untuk memberi sesuatu kepada suami atau isteri kerana penjagaan anak. Takkan kita ketandusan ide?

  19. Nani said

    salam,

    seorang isteri yang berbangsa indonesia pernah memberitahu kepada suaminya bahawa apabila dia sudah berumur 40 ke atas dia akan pulang ke negeri kelahirannya samada si suami mahu ikut serta atau pun tidak.tujuan dia berkata begitu supaya hasil tuntutan harta sepencariannya lebih besar nilainya. maksudnya di sini,si suami berniaga dan dia mahu menuntut separuh daripada harta yang telah dikumpul oleh suaminya kelak. soalan saya , bolehkah seorang isteri (yang nusyuz) menuntut harta sepencarian sedangkan hanya si suami yang mencari nafkah dan menanggung semua perbelanjaan termasuk menyediakan tempat penginapan, perbelanjaan persekolahan anak dan sebagainya, jika ditakdirkan berlaku perceraian. bagaimana cara pembahagiannya? adakah 50-50?

  20. Al Insyirah said

    seorang isteri telah bercerai dengan suaminya lebih kurang 4 tahun yang lalu. Beliau tidak membuat tuntutan terhadap harta sepencarian. Baru-baru ini bekas suaminya telah berkahwin lain dan bekas isteri ingin membuat tuntutan terhadap harta sepencarian semasa hidup sebagai suami isteri dahulu. Bolehkah perkara itu terjadi? Adakah bekas isteri tersebut masih boleh menuntut harta sepencarian mereka ?

  21. noor said

    assalamulaikum,

    suami saya menganggur pada masa saya membeli rumah dan membuat potongan bulanan melalui gaji saya. adakah rumah itu dikira sebagai harta sepencarian? dan bolehkah suami menuntut haknya keatas rumah tersebut?

  22. bluedove said

    assalamualaikum…

    saya ingin bertanyakan banyak soalan..
    saya dalam proses bercerai dengan suami dan mempunyai 2 orang anak lelaki.
    punca penceraian saya disebabkan oleh permintaan saya kerana tidak sanggup untuk berpoligami. saya tidak pernah bekerja sejak berkahwin. pendapatan suami saya 3000+- sebulan dan bekerja sebagai tentera.

    1) layak kah saya menuntut harta sepencarian seperti rumah yang saya diami semasa perkahwinan walaupun rumah itu sepenuhnya atas bayaran bekas suami saya. jika layak, bagaimana dengan baki pembayaran rumah tersebut?

    2) layakkah saya menuntut hak penjagaan anak saya sepenuhnya dan meminta nafkah anak? berapakah kadar maksimum yang boleh saya minta?

    3) bolehkah saya menuntut apa-apa selain dari harta sepencarian?

  23. nurul_kamil said

    saya ingin bertanya mengenai pembahagian harta si mati, sebelum mninggal, si mati ada membuat penamaan bagi simpanan pekerja(KWSP). si mati meninggalkan seorang balu, 6 orang anak (seorang lelaki dan 5 orang perempuan).
    1)arwah membahagikan simpanannya penamaan sama rata iaitu 1/7 bahagian setiap seorang. selepas kematiannya, anak lelaki tidak bersetuju di atas pembahagian harta ini kerana dia berpendapat bahawa dia berhak mendapat 2 bahagian merujuk kepada hukum faraid. oleh itu, adakah kena ikut sebagaimana wasiat atau hukum faraid.adakah menjadi kesalahan jika mengikut wasiat?

    2) adakah KWSP harta sepencarian suami isteri? bagaimanakah pula cara pembahagiannya? (selepas kematian)

  24. Siti said

    Apabila saya bercerai dengan suami saya, saya tidak menuntut apa-apa harta sepencarian daripada bekas suami saya. Tetapi, sekarang, kami berkahwin semula selepas beberapa tahun. Dalam situasi saya, bolehkah saya tuntut harta yang suami saya beli selepas penceraian tetapi sebelum berkahwin semula?(contoh: rumah yang didiami oleh kami sekarang tetapi di beli semasa penceraian kami)

  25. iz said

    salam..

    saya cuma nak bertanya berkenaan dengan situasi seperti berikut:

    -sekiranya si suami ada membeli kereta selepas dia berkhawin tetapi didaftarkan atas nama si suami itu sendiri, persoalanya adakah ia dikira harta sepencarian apabila berlakunya penceraian?

  26. haliza said

    1) harta sepencarian.
    saya baru membeli rumah dengan pinjaman kerajaan semasa perkahwinan kami. bayaran pinjaman baru 11 bulan dari 25 tahun (300 bulan). suami tidak pernah membantu bayar. bekas suami tidak pernah memberi nafkah kewangan bagi saya atau anak sepanjang perkahwinan kami. baru-baru ini berlaku perceraian. adakah suami boleh menuntut harta sepencarian dari rumah tersebut? sekiranya beliau meberikan nafkah tertunggak, adakah beliau berhak menuntut ke ats rumah tersebut. sekiranya saya meninggal dunia, adakah rumah tersebut akan diserahkan kepada bekas suami? bagi makluman tuan, pinjaman kerajaan ada tertulis nama suami dan hanya boleh diubah selepas selesai pembayaran kelak. apakah yang wajar saya lakukan agar sekiranya berlaku ke ats diri saya (seperti kematian), rumah tersebut diserahkan kepada anak kami (baru berusia setahun setengah). apakah pilihan tindaka yang saya ada?

  27. Azman Mohd Sah said

    saya ada mempunyai sebuah rumah yang dibeli atas nama bekas isteri,tetapi pinjaman bank atas nama bersama,bagaimana hendak membagikan aset rumah itu antara kami berdua kerana bekas isteri tidak mahu membuat pembayaran dibank.Bank juga selalu menghubungi saya untuk membuat pembayaran.Bolahkah tuan memberitahu saya apa penyeselaian yang patut saya buat?.

  28. hallie said

    Akum,

    Adik lelaki telah bercerai baru2 ini dengan bekas isterinya yg dikahwini selama hampir 12thn. Selama perkhawinan tersebut, mereka telah dianugerahkan 5 anak berusia di antara 10-2thn dan bekas isterinya adalah seorang surirumah. Adik saya memberikan nafkah berbentuk wang belanja RM1,800 sebulan di mana RM500 adalah nafkah untuk si isteri yang merupakan susrirumah tangga dan tidak pernah berkerja selama berkahwin. Disampint itu, adik saya telah meninggalkan rumah kos rendah untuk didiami oleh bekas isteri dan anak-anaknya (rumah tersebut di atas nama adik saya) dan sebuah kereta untuk dipakai yang juga di atas nama adik saya. Beliau yang membuat pembayaran ke atas rumah dan kereta tersebut dan terkini tahun belaiu telah mengeluarkan sebanyak RM40 ribu daripada akaun II KWSP pembayaran bulanan ansuran rumah tersebut.

    Meskipun mereka telah bercerai pada awal Jun yang lalu, namun adik lelaki terus memberi nafkah sebanyak RM1,800 seperti biasa. Oleh kerana surat cerai belum dikeluarkan maka, adik saya masih tidak dapat memberikan nafkah edah dan mutaah terhadap bekas isterinya.

    Namun apa yang dikesali adalah bekas isterinya agak tamak dengan mengatakan akan menuntut harta sepencarian daripada adik lelaki saya sedangkan rumah, kereta dan wang nafkah telah diberi sedangkan beliau tiada pekerjaan selama ini dan hanya dtanggung adik saya dan masih mengatakan beliau berhak atas harta sepencarian adik saya. Adik saya tiada harta lain selain rumah, kereta tersebut. Sekiranya mahkamah hanya melihat harta sepencarian boleh dituntut secara tidak langsung sumbangan bekas isteri tidak bekerja, maka kes adik saya dilihat tidak adil kerana segalanya telah diberikan meskipun bekas isterinya tidak sedikitpun membantu adik saya sehingga mendapat semua hartanya kerana selama berkahwin dengannya, adik saya tiada sesen pun wang simpanan jika dibandingkan sebelum mereka berkahwin sedangkan adik saya bekerja di syarikat minyak. Jika dilihat sebelum berkahwin, adik saya mampu menggunakan kereta Honda, namun selepas kahwin beliau hanya mampu menggunakan Kancil. Maka di mana sumbangan bekas isteri sekiranya hanya membebankan suami dengan hanya tahu merenggek mahukan anak sehingga tidak memikir masalah kewangan suami?

    Sekiranya bekas isterinya memberi sumbangan banyak, beliau tidak akan diceraikan sebanyak 4kali lafaz ditempat berlainan meskipun hakim hanya menerima lafaz pertama saja untuk sahkan lafaz tersebut.

    Mohon bantuan pihak Tuan.

  29. hallie said

    Akum,

    Edah bekas isteri adik lelaki bermula daripada awal Jun. Selama 3bulan 10hari atau 3kali bersuci, bekas isterinya dibenarkan tinggal di rumah adik saya, menggunakan kereta adik saya, menerima nafkah untuk anak-anak, dan menjaga anak-anak adik saya kerana had hadanah belum disahkan, maka sekiranya adik saya ingin membuat tuntutan anak-anaknya, adakah beliau perlu menunggu selepas tamat tempoh edah atau adik saya layak menuntut sekiranya bekas isterinya masih tiada pekerjaan selepas edah.

    Mohon nasihat.

  30. siti said

    saya sebagai anak ingin mengetahui layak kah bapa tiri saya meghalau kami 4 beradik keluar dari rumah dengan alasan mengatakan rumah yg dimiliki oleh ibu sy adalah miliknya juga bdasarkn konsep hata sepencarian.dia juga mengatakan bahawa kami tidak layak mengadakan majlis perkahwinan sekiranya kami ingin berkahwin kelak di rumah tersebut tanpa kebenaran darinya. malah die juga mengatakan harta di dalam rumah itu adalah milik ank kandung nya yang diperolehi hasil daripada perkahwinan nya dgn ibu kami.dan kami tak berhak apa2 pun atas rumah itu.saya keliru kerana kami tiada tempat untuk ditujui dan ingin tahu apa hak kami dalam kes ini?saya juga hairan kenapa dia berani berbuat begitu sedangkan rumah itu dibeli oleh ibu saya untuk tempat teduhnya di hari tua dan tidak pernah membuat wasiat mengatakn rumah itu akan diturunkan pd adik tiri sy.

  31. FazruL said

    assalamualaikum..

    saya ada satu masalah yang belum selesai mengenai harta sepencarian ini.. semasa perceraian kedua ibu dan bapa saya, mahkamah telah memutuskan dan memerintahkan salah satu harta sepencarian iaitu sebuah rumah ( yang kami tinggal sekarang )akan diberikan kepada ibu saya apabila telah selesai bayaran hutang pinjaman perumahan..

    akan tetapi selepas hutang dilangsaikan, bapa saya masih lagi enggan melepaskannya dan berdolak dalih utk cuba menjualkannya serta memanjangkan masa dlm proses pertukaran nama.

    akan tetapi ayah saya sekarang sudah terlantar sakit dan tiada keupayaan utk melakukan proses pertukaran nama.. jika sekiranya ayah saya sudah tiada, apakah kami anak beranak masih lagi boleh terus menuntutnya atau perlu menggunakan kaedah sistem faraid?

  32. sariffah nurul aidah said

    Assalamualaikum,soalan saya.arwah abah saya berpisah mati dengan ibu saya dan arwah abah saya ada meninggalkan sebidang tanah dan sebuah rumah.bolehkah ibu saya menuntut rumah dan tanah tersebut sebagai harta sepencarian.memandangkan tanah dan rumah tersebut diperolehi atas pencarian ibu dan arwah abah saya.
    sekian dan terima kasih.

    • hidayah said

      waalaikumsalam.ibu puan boleh buat tuntutan harta sepencarian di mahkamah syariah.ahli waris kepada arwah ayah dijadokan sebagai defendan.jika semua defendan bersetuju dengan tuntutan ibu, lagi senang n cepat kes dislesaikan.jika ada yg tidak bersetuju mungkin akan ambil masa sedikit unutk bicara depan Yang Arif Hakim..wallahua’lam :)

  33. farhana said

    jika si isteri tlh memiliki rumah&kreta sblm berkahwin & pembayaran bulanan trsebut dlm tempoh perkahwinan. Adakah itu dikira harta sepencarian?

  34. Anuar said

    Ibu saya meninggal dahulu sebelum kematian ayah saya. Apakah harta sepencarian arwah ibu (Rancangan Felda) boleh di tuntut oleh waris

  35. Kak_Chik said

    Assalammualaikum,
    Saya ada persoalan yang ingin saya ajukan.Persoalan tersebut ialah tentang tuntutan harta
    sepencarian sekiranya berlakunya penceraian. Untuk pengetahuan anda, saya masih
    belum berkahwin tetapi persoalan ini timbul bila kakak saya berhadapan dengan
    situasi keretakan rumah tangga baru-baru ini. Kakak saya dalam proses
    mengesahkan penceraian dengan suaminya. Kakak saya ada membeli sebuah tanah yang
    dibeli daripada pakcik kami. Tanah yang dibeli tu atas nama kakak saya.
    Baru-baru ni abang ipar saya ada meminta kakak saya jual tanah tu sebab dia kata
    dia hanya menumpang. Mungkin bagi dia jika dia bercerai dgn kakak saya dia
    mahukan semula duit yang pernah dia keluarkan semasa proses pembelian tanah itu.
    Saya sendiri tak pasti berapa banyak duit yang dia gunakan tetapi yang saya tahu
    kakak saya yang banyak bersusah payah untuk dapatkan tanah tu. Apa yang ingin
    saya tahu sekarang ini, bolehkah seorang bekas suami menuntut harta sepencarian
    dengan bekas isteri iaitu sebarang harta yang atas nama isteri seperti situasi
    kakak saya ni? Yang saya tahu bekas isteri boleh menuntut harta sepencarian
    dengan bekas suami.
    Harap anda dapat menghuraikan supaya saya dapat memahaminya dan dapat juga
    membantu kakak saya.

  36. hafizah said

    salam..saya nk tanya, ayah angkat saya baru meninggal dunia kira2 4bulan yang lepas.. arwah n ibu angkat tiada anak kandung.. sekarang, adik2 arwah sibuk menguruskan harta pusaka..mereka nk memfaraidkan semua harta arwah termasuk rumah yang kami diami sekrang..persoalannya sekiranya ibu angkat saya hendak menuntut harta sepencarian adakah dia mempunyai hak??

  37. amna najiha said

    saya ada seorang anak perempuan dan saya bekerja. saya ingin tahu apakah hak saya dalam harta sepencarian sekiranya suami meninggal.

  38. Mohamad said

    Assalamualaikum.
    Saya ada sedikit kemusykilan:
    Bapa saya telah membuat wasiat melalui Amanah Raya selepas ibu meninggal dunia. Bapa berkahwin lain dan membuat wasiat baru dengan penambahan nama isteri kedua. Malangnya setahun kemudian bapa meninggal dunia sebelum sempat menyempurna dan menandatangani wasiat kedua. Persoalannya adakah wasiat kedua itu boleh diguna pakai. Apakah hak isteri kedua di dalam pembahagian harta? Adakah beliau layak untuk menerimanya.
    Sekian. Wassalam.

  39. Sara said

    Salam,
    Saya telah membeli sebuah rumah. Pinjaman bank adalah atas nama isteri seorang tetapi perjanjian jual beli adalan nama isteri dan suami. Saya hendak bertanya, jika suami tiada lagi, adakah keluarga (ibubapa/adik beradik belah suami) boleh menuntut harta tersebut? Sedangkan isteri masih ada. Pembayaran rumah tersebut adalah sama rata diantara sumai dan isteri?
    Sekian terima kasih.

  40. wan said

    assalamualaikum…
    saya telah berpisah dengan bekas isteri sudah 1 tahun lebih.selepas berpisah saya telah terima tuntutan-tuntutan yg bg saya tidak munasabah dan berat untuk saya jalankan iaitu harta sepncarian yang mana bekas isteri tidak membantu sedikit pn dari segi kewangan untuk miliki apa yg saya miliki sekarang.dlm tuntutannya ialah mahu 50% daripada harga pasaran rumah yg saya miliki sekarang dan kenderaan yg saya miliki.untuk makluman juga kereta dibeli atas nama saya dan beliau hanya mnjadi penjamin.rumah pulak diletakkan atas 2 nama kerana join loan tetapi pembayaran dilakukan oleh saya seorang.rumah dibeli semasa bersama dan bayaran bulanan dibayar selepas berpisah.boleh terangkan apa yg patut saya lakukan kerana rumah yg saya beli sekarang didiami oleh kedua org tua saya….saya sekarang jd tertekan dgn semua ini dan sy juga tidak langsung tahu menahu mengenai undang-undang syariah…harap tuan dapat membantu saya…terima kasih
    wassalam….

  41. AZLINA BINTI MUHAMED said

    SAYA TLAH BERPISAH LBIH S.TAHUN YG LALU….MSALAH SYA TUTUTAN HARTA SPENCARIAN SPERTI RUMAH DAN KERETA .HARTA2 TU DI BELI SEBELUM BERCERAI… KRETA SUDAH HABIS BAYAR MCAM RUMAH MSIH DLM PEROSES BAYAR……SAYA X ADA DOKUMEN RUMAH DGN KERETA SEMUA PADA SUAMI….TPI RUMAH TU ADALAH NAMA BERSAMA……MCAM MNA SYA NK TUTUT HARTA SEPENCARIAN TU……SAYA HARAP KJA SAMA PIHAK TUAN DAPAT MEMBANTU……

    • Ibu tunggal said

      Puan azlina boleh dapatkan dokumen melalui carian lot rumah di pejabat tanah. Kemudian kaveat rumah tersebut agar tidak berlaku jual beli tanpa pengetahuan puan.

  42. MIA said

    TOLONG JAWAB.SAYA PUN NAK TAHU PERKEMBANGAN DAN JAWAPAN YANG ARIF.PERSEDIAAN MELANGKAH KE ALAM NYATA PERKAHWINAN.BUKAN DONGENG.

  43. Dayang said

    Saya dan suami bekerja.malangnya semua perbelanjaan ditanggung oleh saya termasuk makan pakai suami dan dua org anak kami.gaji suami dibelanjakan untuk keluarga mentua, termasuk adik-adik ipar.mentua bersama kami.malah bapa mentua seorang kaki judi.saya pernah berseloroh meminta nafkah walaupun rm20 sebulan.jawapan suami agak mengecewakan kerana suami beranggapan gaji saya lebih besar daripadanya dan tidak perlu diberikan wang.kadang-kadang saya terfikir apa gunanya sebuah perkhwinan jia suami tidak memberikan apa-apa perbelanjaan untuk keluarganya sendiri.adakah jalan untuk saya menuntut hak sebagai isteri walaupun suami tidak berpoligami tetapi mengutamakan keluarganya?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 51 other followers

%d bloggers like this: