S y a r i a h & Law in MALAYSIA – Version 2.0 -

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

  • Sumbangan Artikel

    Saya mengalu-alukan kepada semua pengunjung laman web ini untuk menyumbangkan sebarang artikel ilmiah berkaitan Undang-undang Syariah di Malaysia. Sila hantar artikel kepada email saya syafiqe@gmail.com. Sila tulis nama penuh anda berserta jawatan atau penuntut di institusi mana sekiranya ada.
  • KEMUKAKAN KEMUSYKILAN ANDA

    Sebarang pertanyaan berkaitan isu-isu melibatkan perundangan dan pentadbiran Islam di Malaysia samaada undang-undang keluarga Islam, Jenayah Islam, Perbankan dan Kewangan Islam dan sebagainya boleh kemukakan persoalan di bahagian "KEMUKAKAN PERSOALAN ANDA". Hanya soalan yang terpilih sahaja akan disiarkan.
  • UNDIAN

  • BLOG STATS

    • 315,232 pengunjung
  • web stats
  • Subscribe

[PEGUAM SYARIE MENJAWAB] Harus wasiat semua harta kepada anak

Posted by syafiqe on May 30, 2008

Soalan:
Merujuk permasalahan bekas isteri dari Perlis pada 8 Mei lalu, saya mulai terfikir permasalahan yang mungkin saya hadapi. Saya dan suami mempunyai empat anak dan semuanya perempuan. Ini bermakna kami tidak mempunyai waris anak lelaki. Adakah dibolehkan dalam Undang-Undang Islam bagi kami untuk mewasiatkan harta yang kami ada ketika hidup kepada semua anak kami melalui mana-mana pemegang amanah?

Azizah,

Kuala Lumpur.

Jawapan:
Bagi menjawab persoalan puan, rujukan adalah melalui Bab Wasiat, Kitab Fikah Mazhab Syafie oleh Dr Mustofa Al Khin, Dr Mustofa Al Bugho dan Ali Asy Syarbaji. Hukum asal ketika peringkat awal kedatangan Islam berkaitan wasiat adalah wajib mewasiatkan semua harta kepada ibu bapa dan sanak-saudara. Dalilnya firman Allah bermaksud: Kamu diwajibkan apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika dia ada meninggalkan harta, (hendaklah dia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang yang bertakwa. (Al Baqarah:180)

Namun, kewajipan itu dimansuhkan dengan ayat-ayat dan hadis-hadis yang berkaitan dengan pusaka. Cuma amalan berwasiat masih digalakkan dengan had maksimum satu pertiga saja daripada harta dan diberikan kepada selain ahli waris. Kitab Fikah Mazhab Syafie merujuk Abdullah bin Abbas r.a, berkata: Hukum wasiat terus diamalkan berdasarkan firman Allah bermaksud: Kamu diwajibkan apabila seseorang daripada kamu hampir mati, jika dia ada meninggalkan harta, (hendaklah dia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat…sehinggalah ayat ini dimansuhkan dengan ayat pusaka Abu Daud dalam Kitab Wasiat, Bab Hadis Memansuhkan Wasiat Kepada Ibu bapa dan Kerabat. Rasulullah bersabda bermaksud: Sesungguhnya Allah mengurniakan hak kepada setiap yang berhak. Tidak harus wasiat untuk pewaris. (Riwayat Abu Daud).

Peraturan asas wasiat, ia hanya boleh diberikan kepada bukan waris. Anak adalah ahli waris, oleh itu merujuk nas, tidak boleh membuat wasiat kepada anak berkenaan. Tujuan peraturan ini adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mengharapkan pahala serta memenuhi segala kekurangan ketika hayat pembuat wasiat. Anak dan waris lain mendapat bahagian mereka melalui pusaka.

Di dalam kes puan, puan ingin mewasiatkan semua harta kepada semua anak perempuan kerana tiada anak lelaki. Jika merujuk nas dan pendapat utama mazhab Syafie, wasiat sebegini hukumnya harus, tetapi tidak boleh dilaksanakan kecuali selepas mendapat persetujuan waris lain. Hanya dengan persetujuan waris lain barulah wasiat itu boleh dilaksanakan. Waris lain puan merujuk sama ada ibu bapa, abang atau adik lelaki puan di mana mereka berhak melalui hukum faraid mendapat bahagian melalui pusaka puan. Oleh itu, sama ada puan dan suami membuat wasiat semua harta atau 1/3 saja kepada anak perempuan saja walaupun melalui mana-mana pemegang amanah, hukum asalnya sama seperti pendapat utama mazhab Syafie itu. Ia juga merujuk sabda Rasullullah s.a.w bermaksud: Tidak harus wasiat kepada waris kecuali diizinkan oleh waris yang lain (Riwayat Daruqutni daripada Ibnu Abbas r.a).

Beberapa perkara perlu diketahui puan berkaitan wasiat kepada waris ini iaitu:

1) Jika wasiat ditujukan kepada waris, penerimaan atau penolakan waris ketika hayat pewasiat tidak memberikan sebarang kesan kerana pewaris tidak mempunyai sebarang hak dalam pusaka ketika hayat pewasiat. Mana-mana waris yang menerima wasiat melalui wasiat ketika hidup pewasiat, boleh menolaknya selepas kematian pewasiat. Mana-mana waris yang menolak harta ketika pewasiat masih hidup, boleh menerimanya selepas kematian pewasiat. Oleh itu, setiap waris tidak terikat dengan mana-mana perjanjian wasiat yang dibuat ketika hayat pewasiat.

2) Penerima wasiat mesti menjadi waris ketika kematian pewasiat, bukan ketika wasiat dibuat. Jika pewasiat mewasiatkan harta kepada saudaranya kerana beliau tidak mempunyai anak, tetapi sebelum pewasiat mati, pewasiat mendapat anak lelaki, wasiat itu sah dan boleh dilaksanakan kerana pada masa kematiannya, saudaranya bukan lagi waris yang berhak menerima pusaka kerana anak lelaki menghalang saudara kandung daripada mendapat pusaka.

3) Jika selepas kematian pewasiat, sebahagian pewaris setuju dan sebahagian lagi membantah, maka hukumnya perlu diperinci. Wasiat dibatalkan daripada bahagian waris membantah dan dilaksanakan pada bahagian waris yang setuju mengikut bahagian mereka dalam pusaka.

4) Jika wasiat berkaitan wakaf dan hadiah dibuat kepada waris ketika pewasiat hampir mati ia juga memerlukan persetujuan waris yang lain.

Merujuk Ahmad Hidayat Buang dalam Bagaimana Membuat Wasiat, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, hikmah waris tidak berhak menerima wasiat daripada pewasiat adalah kerana hak mereka sudah dijamin hukum syarak melalui hukum faraid. Maka, pewasiat tidak wajar merosakkan keseimbangan agihan pusaka secara faraid yang ditetapkan hukum syarak.

Jawapan soalan oleh Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Siti Razasah binti Abd Razak. Sebarang komentar boleh dihantar ke exco@yahoo.com. Layari http:// peguamsyarie.blogspot

About these ads

16 Responses to “[PEGUAM SYARIE MENJAWAB] Harus wasiat semua harta kepada anak”

  1. haslan said

    Saya ingin bertanya berkenaan dgn harta peninggalan oleh soerang ibu.. Scenarionya seperti berikut:
    Ibu saya telah meninggal dunia akhir tahun lepas semasa menunaikan fardhu haji di Mekah. Beliau telah meniggalkan sedikit wang di dalam akaun tabung haji (balance duit menunaikan haji, ada lebihkurang rm2500). Setelah segala urusan yg berkaitan di selesaikan, wang baki di dalam akaun tabung haji arwah ibu saya telah di pindahkan ke akaun saya (saya adalah penama di dalam urusan dgn tabung haji).
    Soalan saya ialah seperti berikut:
    a- perlukah zakat di keluarkan utk wang tersebut
    b- bolehkah wang itu didermakan kepada sekolah-sekolah agama (sperti sekolah tahfiz)
    c- mestikah wang itu di dermakan kepada anak anak yatim sahaja

    Utk pengetahuan kami adik beradik telah bersetuju wang itu didermakan sahaja kepada pihak yg berkenaan.

    Sekian

    JAWAPAN

    a) Persoalan sama ada wang RM2500 itu perlu dikeluarkan zakat atau tidak bergantung kepada syarat-syarat yg ditetap terutamanya berkaitan adakah cukup haul dan nisabnya. Haul adalah apabila nilai tersebut telah cukup setahun, maka perlu dikeluarkan zakat. Tapi jika ia tidak mencapai kadar nisab yg memerlukan dikeluarkan zakat, maka tidak perlu dikeluarkan zakat. Jika diperhatikan kini, kadar nisab semasa adalah kira-kira RM6400(bagi Selangor). Bagi negeri lain pula berbeza. Namun pada pandangan saya kadar RM 2500 itu masih belum mencapai kadar minimum nisab walaupun telah cukup haulnya selama 1 tahun.

    b) Ya boleh sekiranya wang itu didermakan kepada sekolah tahfiz dan sebagainya kecuali sekiranya ibu saudara ada berwasiat sebelum kematiannya supaya wang itu diserahkan kepada sesiapa.

    c) Sebenarnya tidak semestinya wang itu diderma kepada anak yatim sahaja. Ianya masih boleh disedekahkan kepada fakir atau miskin atau sesiapa yang berhak. Malah wang tersebut juga boleh digunakan untuk tujuan wakaf dengan membeli al-quran dan diwakafkan di surau atau sebagainya. Selagimana wang itu tidak disalahgunakan dan selagi ibu saudara tidak membuat sebarang wasiat terhadap wang tersebut

  2. syira said

    assalammualiakum…seperti yang kita tahu..wasiat tidak boleh diusik oleh orang lain kecuali kepada indvidu yang diwasiatkan..yang menjadi tanda tanya kepada saya, adakah boleh jika kita hendak menambah jumlah wasiat yang sedia ada itu. Sebagai contoh, dalam surat wasiat si mati memberi sejumlah wang bernilai RM10,000..dan pihak yang menjaga si pewaris tersebut ingin menambah nilai di dalam wasiat tersebut menjadi RM15,000.. Adakah ini dibolehkan?…terima kasih..=)

    JAWAPAN:

    Adalah jelas jawapannya tidak boleh kerana pihak yang menjaga si pewaris tidak berhak untuk membuat sebarang penambahan atau pengurangan kerana jumlah harta yang telah ditetapkan wasiatnya oleh si mati. Hanya pembuat wasiat (si mati) sahaja yang berhak untuk membuat sebarang pindaan pada wasiatnya selagimana dia masih hidup.

  3. kak mas said

    salam……….saya ingin mengemukakan 3soalan soalan……….suami akak saya berkahwin 2 tanpa izin dari kakak saya….jadi, dia ingin memohon fasakh..soalan 1)adakah akak saya berhak untuk minta fasakh? sebelum akak saya mengemukakan permohonannya ke mahkamah, suaminya telah menceraikan dia dengan talak 3….soaln 2)adakah dia berhak untuk dapat Muta’ah? 3) bagaimana dgn nafkah?

    JAWAPAN:

    Ya dia berhak untuk mendapatkan nafkah meliputi nafkah eddah dan anak, mutaah malah berhak menuntut harta spencarian. Oleh sebab dia telah diceraikan talaq tiga, maka mahkamah akan putuskan dulu samaada lafaz itu benar-benar telah jatuh talaq.

  4. julia said

    Arwah ayah saya telah menyerahkan hak milik harta sebidang tanah semasa masih hidup dengan memindahkan harta tersebut kepada saya melalui Memorandum of transfer di hadapan kerani jabatan tanah atas dasar kasih sayang dan rela hati kepada anak perempuan pertamanya yang berlainan agama dengan bapa. untuk pengetahuan ayah saya dan adik-adik saya yang lain telah memeluk agama islam, tinggal saya seorang yang belum memeluk islam kerana beberapa faktor keluarga di pihak suami saya. masalahnya, adik-adik saya yang muslim menuntut kembali harta tersebut atas alasan, saya berlainan agama dengan mereka dan tidak berhak mendapat harta dari seorang bapa yang telah memeluk islam. dalam perbicaraan di mahkamah anak negeri, mahkamah anak negeri telah memutuskan yg harta tersebut adalah milik saya kerana penyerahan hak berlaku sebelum kematian ayah saya. Tetapi kerana adik-adik saya tidak berpuas hati, mereka membawa semula kes ini ke mahkamah syariah…minta penjelasan,

  5. Huda Abdullah said

    Assalamualakum kepada hamba Allah

    Saya seorang mualaf dan telah berkahwin hampir 13 tahun. Selama ini saya yang tanggung semua perbelanjaan rumah, makan, dan nafkah anak. Sekarang saya dapati suami saya telah berkahwin lagi satu tanpa pengetahuan saya dan mempunyai seorang anak. Di manakah hak saya selama 13 tahun saya berkongsi hidup dengan dia tanpa sebarang nafkah di beri kepada saya dan anak.
    1. Bolehkah saya minta fasakh dengan tuntutan pampasan selama 11 tahun nafkah anak yang tidak pernah dia beri.
    2. Bolehkah saya tuntut pampasas penghinaan di mana dia tidak pernah menunjukkan kami jalan yang betul di mana dia telah bawa saya memeluk islam.
    3. Bolehkan saya tuntut pampasan di mana saya telah menolongnya dalam segi kewangan apabila dia dlm kesusahan hingga saya berhutang dengan bank.

    sekian terima kasih.

  6. Eita said

    Saya ingin bertanya tentang masalah yg saya hadapi, ketika ini saya dalam proses perceraian dgn suami, yg menjadi masalah mula-mula suami saya setuju untuk bercerai sekarang ni dia nak rujuk balik. Tetapi saya masih tidak boleh menerimanya kembali atas sebab-sebab tertentu. Yg menjadi isu sekarang ni tentang Hak Jagaan Sementara & Hak Jagaan Kekal.
    Buat masa skrg saya menempatkan anak-anak saya yang pertama (8 tahun) dan kedua (7 tahun) pada ibu bapa saya dikampung manakala yang kecil bersama saya. Saya seorang ibu yg bekerja cuma buat masa skrg saya tinggal bersama dgn adik kerana suami tinggal di rumah saya.
    Saya sudah pergi untuk sebutan di Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam tetapi Hakim tidak dpt menerima penyampaian yg di sampaikan oleh saya dan saya kena pergi lagi itu sebutan kedua. Saya ingin tahu cara bagaimana untuk menyampaikan kata-kata yang baik bagi mendapatkan Hak Jagaan Anak. Kerana anak-anak saya menghadapi masaalah untuk pendaftaran ke Sekolah baru di kampung disebabkan tiada perintah hak jagaan anak daripada mahkamah tinggi syariah. Tolong sgt saya perlukan bantuan.

  7. ziera said

    Assalamualaikum wbt..

    Saya ziera. ayah kawan saya telah meninggal dunia 2 minggu yang lalu. Ayahnya tidak sempat untuk menamakan semua harta pusaka kepada nama-nama yang berkenaan. kawan saya merupakan anak tunggal. dia juga mempunyai adik-beradik tiri seramai 4 org daripada perkahwinan ayahnya yang terdahulu. semasa ayahnya hidup dan sakit, anak-anak tiri nya tidak pernah menjaga mahupun melihat keadaan ayahnya. Selepas ayahnya meninggal dunia, semua anak-anak tirinya menuntut harta yang ditinggalkan oleh ayahnya. Masalahnya sekarang, harta tersebut adalah pencarian antara ibu n ayah kawan saya dan tiada kena mengena dengan keluarga anak-anak tiri ayahnya. sekarang, pihak amanah rakyat dah bekukan kesemua harta tersebut. dan selepas ini, pembahagian harta akan dilakukan. apa tindakan yang patut kawan saya lakukan sekarang kerana harta tersebut bukan lah banyak mana dan dia kini tinggal berdua dengan ibu yg telah tidak bekerja…lagipun umur kawan saya baru hendak mencecah 21 tahun pada tahun ini. Semasa hayat arwah ayahnya ada menyatakan yang dia tidak akan beri semua harta kepada anak tirinya tetapi tiada hitam putih. kawan saya takut kesemua harta tersebut terlepas ke tangan anak-anak tiri ayah nya kerana mereka sememangnya hendak menjatuhkan dia dan ibunya. Kawan saya betul-betul buntu memandangkan pihak mahkamah juga mahu dapatkan semua dokumen berkenaan harta tersebut pada kawan saya. harap ustaz/ustazah dapat membantu.

  8. Nur said

    Salam..

    Jika wasiat hanya bagi 1/3 harta sahaja dan bukan kepada ahli waris, adakah untuk ahli waris digunakan sistem faraid?

    Adakah perlu untuk dibuat wasiat? Apakah kelebihannya?

    • zaidi said

      mmg wasiat utk 1/3 je. langkah nak selamat tuk beri harta melalui hibah , pemberian semasa hidup…boleh renew pada bila2 sebelum meninggal. harta akn d serah mengikit hibah. hubungi amanah raya atau peguam tuk pertolongan…

  9. piya said

    salam…saya sangat memerlukan bantuan.. saya x tau status saya,, sah ke pernikahan saya ini….saya DI AKAD NIKAH KAN oleh imam kmpg tampa surat nikah tampa wali atas sebab tertentu..masa tu umur saya bru 18 thun…. apa patut saya buat.. tolong beri saya panduan..apa kah hukuman makamah syariah terhadap kami apa kah status anak saya nti…saya harap encik dapat membantu saya

    SEKIAN TERIMA KASIH..

  10. sue said

    assalamualaikum..

    saya sangat memerlukan pandangan tuan…suami saya telah meninggal dunia akibat kemalangan 3 bulan lepas. saya mempunyai anak lelaki dan perempuan masing2 berumur 4thn & 6thn. sepanjang tempoh edah adakah saya layak untuk mendapat duit nafkah dari keluarga mertua saya ? bolehkan saya menuntut bayaran nafkah untuk anak-anak2 saya kerana saya tidak bekerja ?
    saya harap tuan dapat membantu. terima kasih

  11. marina said

    Assalamu’alaikum,

    Saya seorg isteri yg tlh berkahwin selama 20 thn tp tiada anak manakala suami ada 2 org anak melalui perkahwinan terdahulu. Masalahnya suami telahpun menamakan semua hartanya termasuk rumah yg didiami kpd anaknya dan tidak meninggalkan apa2 kepada saya.
    Adakah saya berhak menuntut bahagian saya selepas kematiannya? Apakah hak saya sebagai isteri selama 20 tahun tidak layak mendapat apa2 peninggalan suami?

  12. rosly said

    assalam saya ingin bertanya abg kpd bapa saya ada meninggalkan harta pusaka……. dia tidak mampunyai anak lelaki dan hanya mempunyai anak perempuan,bekas isterinya ingin menjual harta puasaka tersebut kononya ingin membeli kereta baru…..adakah bapa saya dan adik lelaki nya yang lain juga mempunyai hak ke atas harta tersebut

    • zaidi said

      sebaiknyew perlu isi borang pusaka dr pejbat ptg wisma persekutuan yg berdekatan…xbleh tukar harta tanpa bicara kuasa melainkan sudah ade hibah ataupun pertukaran semasa aruah masih hidup

  13. Ahmad Azrai said

    T.kasih..
    Keterangan jelas. Cuma saya nak bertanya satu perkara..
    Saya ada seorang isteri dan 4 orang anak (2 lelaki & 2 perempuan). Kemudian saya telah mengahwini seorang janda (bercerai hidup) beranak 1 (lelaki, hak penjagaan kpd bekas suami). Selepas 3 tahun berkahwin, isteri kedua saya itu (guru) membeli sebuah rumah pinjaman kerajaan (isteri sahaja) tetapi turut meletakkan saya sebagai penama kedua rumah tersebut..saya membayar rumah tersebut separuh, secara tunai kepadanya setiap bulan..kami belum dikurniakan zuriat..sekiranya saya lebih dahulu meninggal dunia, adakah waris saya (anak2 dgn isateri pertama) ada hak ke atas bahagian nama saya itu pada rumah tersebut?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 51 other followers

%d bloggers like this: