S y a r i a h & Law in MALAYSIA – Version 2.0 -

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

  • Sumbangan Artikel

    Saya mengalu-alukan kepada semua pengunjung laman web ini untuk menyumbangkan sebarang artikel ilmiah berkaitan Undang-undang Syariah di Malaysia. Sila hantar artikel kepada email saya syafiqe@gmail.com. Sila tulis nama penuh anda berserta jawatan atau penuntut di institusi mana sekiranya ada.
  • KEMUKAKAN KEMUSYKILAN ANDA

    Sebarang pertanyaan berkaitan isu-isu melibatkan perundangan dan pentadbiran Islam di Malaysia samaada undang-undang keluarga Islam, Jenayah Islam, Perbankan dan Kewangan Islam dan sebagainya boleh kemukakan persoalan di bahagian "KEMUKAKAN PERSOALAN ANDA". Hanya soalan yang terpilih sahaja akan disiarkan.
  • UNDIAN

  • BLOG STATS

    • 316,203 pengunjung
  • web stats
  • Subscribe

INSTITUSI BAITULMAL : KONSEP LAMPAU DAN MASA KINI

Posted by syafiqe on August 12, 2008

Oleh: Mohamad Syafiqe bin Abdul Rahim

Pada umumnya hanya terdapat satu sahaja institusi kewangan dan pemegang amanah harta dalam Islam iaitu Baitulmal. Harta-harta yang terkumpul dalam khazanah Baitulmal merupakan harta negara dan dimiliki oleh semua rakyat yang tinggal di negara tersebut. Baitulmal mengikut pandangan al-Mawardi menggambarkan ia seperti tempat merekodkan pembahagian dan pengumpulan harta.[ Al-Mawardi, 1983, al-Ahkam al-Sultaniyyah, Dar al-Shahab li al-Tiba'ah, Kaherah, hal. 124]

Jika dilihat tafsiran mengikut Dictionary of Islam, ia boleh ditakrifkan sebagai perbendaharaan negara yang menerima wang yang dipungut oleh negara Islam dari pelbagai sumber seperti zakat, ghanimah, jizyah dan lain-lain.[Patrick Thomas Huges, 1964, Dictionary of Islam, Lahore Premier Book House, Lahore, hal. 35]

Pada zaman awal Islam, Baitulmal tidak begitu menonjol kepentingannya. Ini disebabkan perkembangannya pada waktu itu agak terbatas dan sumber pendapatan negara tidak banyak dan sukar untuk mengurusnya. Masalah lebihan harta juga tidak timbul kerana sebanyak mana pendapatan diperoleh, maka sebanyak itulah juga ia dibelanjakan. Secara ringkas, Baitulmal ketika zaman awal Islam khususnya ketika zaman Rasullulah boleh diringkaskan seperti berikut:

  1. Tidak ada tempat tertentu untuk menyimpan harta
  2. Sumber terhad
  3. Wujud dana adhoc
  4. Prosedur agihan mudah dan ringkas di mana sesuatu harta itu akan terus dibahagi tanpa disimpan.

Walaubagaimanapun, keadaan ini berubah pada zaman Umar al-Khatab apabila semakin banyak wilayah dikuasai. Harta rampasan perang yang banyak serta tanah baru yang dikuasai telah mendatangkan masalah baru dalam pentadbiran zaman Umar al-Khatab. Oleh itu telah dicadangkan untuk ditubuhkan Diwan bagi menjaga kepentingan harta tersebut dan kegunaannya. Dengan itu juga, Saidina Umar al-Khatab telah meletakkan asas dalam pentadbiran dan penyelarasan Baitulmal sesuai dengan perkembangan sosial dan ekonomi ketika itu. Maka bertitik tolak dari situlah, Baitulmal terbentuk secara rasmi dalam negara Islam. [Hailani Muji Tahir, 1982, Baitulmal:Institusi Kewangan Negara Islam, al-Rahmaniyyah, Kuala Lumpur, hal.60]

Jika dilihat dari konteks Baitulmal di awal Islam, ternyata ia merupakan satu perbendaharaan bagi sebuah negara. Namun bagi Malaysia kini, ianya telah disempitkan skop dan fungsinya. Kini telah telah wujud dua pecahan dalam pentadbiran perbendaharaan negara iaitu melalui Kementerian Kewangan dan juga Baitulmal. Baitulmal kini telah dibentuk sebagai Kumpulan Amanah Majlis dan hanya diletakkan di bawah perbendaharaan negeri sahaja.

Ini dapat dilihat berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan berdasarkan Jadual 9 Senarai 2 Senarai Negeri yang memberi kuasa kepada negeri dalam bidang kuasa Zakat Fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya.

Struktur pentadbiran Kumpulan Wang dan Baitulmal terletak di bawah satu badan yang dikenali sebagai Majlis Agama Islam. Majlis bertindak sebagai pengurus dalam menguruskan pentadbiran Baitulmal di sesebuah negeri. Seksyen 81(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003(selepas ini disebut EPAIS) menjelaskan tentang penubuhan sebuah kumpulan wang yang dinamakan sebagai Baitulmal di Selangor. Seksyen 81(3) pula seterusnya menyebut dan menjelaskan bahawa semua wang dan harta dalam Baitulmal adalah menjadi hak Majlis untuk mentadbir dan terletak hak pada Majlis.

Walaubagaimanapun, terdapat juga negeri yang mengasingkan tugas Baitulmal kepada satu perbadanan khusus. Sebagai contoh ialah Perbadanan Baitulmal Sabah yang ditubuhkan di bawah Enakmen Perbadanan Baitulmal 1998. Seksyen 3 Enakmen tersebut telah menyebut tentang penubuhan Perbadanan Baitulmal di negeri Sabah. Pada pandangan penulis, usaha Sabah untuk “mengkorporatkan” institusi Baitulmal adalah harus dipuji. Ini kerana hampir semua Enakmen Pentadbiran Negeri telah diperuntukan tentang kuasa Majlis untuk menubuhkan perbadanan. Contohnya ialah dalam Seksyen 8(1) EPAIS yang memberi kuasa kepada Majlis untuk menubuhkan perbadanan dan Majlis juga berkuasa untuk mentadbir perbadanan tersebut.

Menyentuh tentang sumber, Perkara 97(3) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa apa-apa zakat, fitrah, Baitulmal dan hasil-hasil agama Islam yang seumpamanya hendaklah dimasukkan ke dalam suatu Kumpulan Wang Berasingan. Berdasarkan peruntukan tersebut, ini menunjukkan bahawa Baitulmal merupakan salah satu daripada Kumpulan Wang Majlis yang menjadi bidang kuasa Majlis untuk mentadbirnya.

Sepertimana ynag telah dijelaskan sebelum ini, negeri berkuasa untuk menubuhkan satu Kumpulan Wang di setiap negeri masing-masing. Sebagai contoh, dalam Seksyen 81(1) EPAIS manakala bagi Wilayah Persekutuan bidangkuasa Baitulmal ditentukan berdasarkan Kaedah-kaedah Baitulmal (Wilayah Persekutuan) (Perbelanjaan dan Penggunaan) 1980 (Pindaan) 1996. Kebanyakan negeri menyebut Baitulmal sebagai satu Kumpulan Wang atau Kumpulan Wang Baitulmal dan ada juga yang menyebut Kumpulan wang Khairat Am. Meskipun namanya berbeza-beza mengikut negeri, namun fungsinya adalah sama.

Namun apa yang lebih menarik di sini ialah Baitulmal juga boleh meliputi orang bukan Islam (non-muslim). Sebagai contoh dalam Seksyen 100 Ordinan Sarawak (Perbadanan) 1984 membolehkan orang bukan Islam untuk mencarum dalam Baitulmal. Begitu juga dalam Kaedah Wakaf Johor 1983 yang membolehkan wakaf dibuat oleh orang bukan Islam.

Selain itu, segala aset dalam Baitulmal juga boleh dilaburkan dari semasa ke semasa. Berdasarkan Seksyen 81(4) EPAIS menjelaskan bahawa segala aset atau Kumpulan Wang yang terletak hak pada Majlis boleh dijual atau dilaburkan. Malah Seksyen 81(5) juga menyebut bahawa Majlis dengan kelulusan Sultan boleh membuat peraturan tentang pemungutan, pentadbiran dan pembahagian semua harta Baitulmal.

Jelas disini bahawa terdapat satu perbandingan yang amat ketara institusi Baitulmal pada masa lampau dan masa kini. Perbezaan yang paling ketara adalah dari segi pentadbiran Baitulmal kini yang lebih tersusun dan sistematik. Malah telah wujud pelbagai peruntukan yang memberi bidangkuasa kepada Majlis dalam mentadbir Baitulmal supaya menjadi sebuah institusi yang dapat menjamin kebajikan masyarakat Islam di Malaysia. Setiap peruntukan yang dibuat adalah berdasarkan kepada prinsip keperluan masa kini yang memerlukan reformasi dan perubahan yang dapat membawa dan memastikan institusi Baitulmal sentiasa releven pada setiap zaman.

About these ads

8 Responses to “INSTITUSI BAITULMAL : KONSEP LAMPAU DAN MASA KINI”

  1. roslieza said

    blh x bgi perbezaan antara fungsi baitulmal dengan zakat

  2. [...] rented a small one-bedroom apartment in some low cost in Klang. So poor she was on charity from the Baitulmal and was a registered charity case with them. So poor you called her neighbor if you had to speak to [...]

  3. juliana mohamed said

    Assalamualaikum wbt. Saya ingin memberitahu bahawa saya pernah bekerja di Sarawak dan Kumpulan Wang Baitul Mal Sarawak telah memotong sebanyak RM4.00 daripada gaji saya. Sehingga sekarang, walaupun saya telah berpindah ke Semenanjung, wang gaji saya masih dipotong. Saya bekerja di Sarawak dari tahun 2000 hingga 2003 tetapi sehingga sekarang potongan masih dilakukan.

    Saya harap komen saya mendapat jawapan daripada pihak yang berkenaan.

    Terima kasih.

  4. Izdihar said

    Aslm alkm.

    Apakah Peranan Lengkap Baitul Mal?

    Adakah pengecilan peranan itu bererti Baitul Mal masih boleh didefinasikan sebagai bernama Baitul Mal dalam Syariah?.

    Tolong berikan sejak bila Baitul Mal beroperasi dan sehingga bila ia tamat?

    Tolong Berikan sejak bila pula Bank beroperasi dan sehingga bila? dan bermula di tangan siapa?

    Apakan kronologi peranan Baitul Mal bermula dari Rasulullah hingga Sultan Abdul Hamid, Khalifah Othmaniah Turki-1924?

    Ingatlah Islam itu Luas seumpama Laut. bukannya Sempit seperti akuarium.

    Wallahu Aalam.

  5. syuhada ahamad said

    salam..saya ingin bertanya…bagaimanakah baitulmal menguruskan harta-harta yang diharamkan

  6. Reyza said

    boleh tak tolong jelaskan semua fungsi-fungsi baitulmal pada zaman mula pembinaannya sehingga sekarang ..

  7. as said

    boleh tak baitulmal membantu untuk meringankan beban bayaran bil hospital seperti untuk buat pembedahan .?

  8. Amin said

    Assalamualaikum,
    Maaf saja nk tanya, ada tak pinjaman peribadi dari baitulmal untuk membuat bayaran menyelesaikan hutang dengan bank?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 51 other followers

%d bloggers like this: